Selepas Kugan mati pihak PDRM termasuk Ketua Polis Selangor menyatakan Kugan mati kerana penyakit asma bukan dipukul walaupun jelas gambar mayat Kugan mempunyai kesan luka dan lebam yang banyak dan teruk. Laporan bedah siasat yang pertama juga menyatakan sebegitu rupa (asma). Namun keluarga Kugan membuat bedah siasat kedua yang mengesahkan Kugan mati kerana dipukul teruk.
Semalam seorang anggota Polis telah dihadapkan ke mahkamah kerana desakan rakyat menuntut keadilan. Sah Kugan dibunuh. (klik sini untuk baca anggota polis didakwa)
Sebenarnya tidak cukup dengan itu dakwa sekali pasukan forensik yang pertama yang terlibat memalsukan bukti kematian Kugan. Ketua Polis Selangor harus letak jawatan kerana cuai dan memberikan imej buruk kepada Polis serta memberikan kenyataan palsu.
Bayangkan jika ini berlaku kepada keluarga yang susah dan dipendalaman sudah tentu semuanya didiamkan......
terdapat 1535 kes kematian tahanan antara 2003-2007. Siasatan berunsur barbaric di kalangan segelintir polis telah menjejaskan imej keseluruhan PDRM. Pada 1 Ogos 1996 di Dewan Rakyat , Senator Yim Chee Chong menyatakan terdapat polis Malaysia yang melakukan rompakan, merogol dan jenayah berat yang lain.
- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta membicarakan 7 anggota polis yang menyebabkan kecederaan kepada B. Prabakar (28 tahun) dan C.Solomon Raj (18 tahun) di Balai Polis Brickfields pada 2008. Dua remaja ini bekerja sebagai penjaga parkir kereta dan dikatakan terbabit dengan rompakan . Sarjan Mohd Shafiee Abdul Halim, Sarjan Mohd Diah Sulaiman, Sarjan Zulkiplly Taib, Koperal Abdullah Musa, Koperal Zamrin Zaid, L/Kpl Matila @ Saudi Ismail dan L/Kpl Nizam Abdul Wahab daripada Bahagian Siasatan Jenayah didakwa dengan sengaja mencederakan B. Prabakar di pejabat detektif, Balai Polis Brickfields dengan tujuan mendapatkan pengakuan daripadanya melakukan satu kesalahan menakutkan secara jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kononnya Prabakar dan Solomon dicederakan antara jam 10.15pm 23 Disember 2008 hingga 3.30am 24 Disember 2008. Prabakar telah dibayar US$40 oleh polis terbabit agar tidak mensensasikan kes itu [24].Gambar kecederaan akibat disiram dengan air panas telah dipaparkan di akhbar-akhbar utama di Malaysia. Pada 30 Disember 2008, Prabakar membuat laporan polis bahawa dia telah disimbah dengan air panas selepas ditahan di Desa Sri Hartamas pada 23 Disember 2008. Jika sabit kesalahan, 7 anggota polis boleh dihukum sehingga 7 tahun penjara .[25]
- Sanjeev Kumar Krishnan (25 tahun) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA) dan dibebaskan pada 9 September 2008. Dia ditahan polis pada 28 Julai 2007 dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak. Semasa dalam tahanan, dia dikatakan telah disiksa oleh pegawai siasatan khas (SB). Selepas itu kepalanya sakit, tangan kirinya sakit-sakit dan kakinya tidak berfungsi dengan baik. Dia dimasukkan ke Hospital Taiping pada 11 April 2008 kerana kecederaan serius. Dia kini terpaksa menggunakan kerusi roda.[26][27] Isterinya Sharimila a/p Uthia Kumar membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Kuala Lumpur.
- Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim ditumbuk oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dalam lokap Bukit Aman pada 20 September 1998 dalam keadaan mata Anwar ditutup dengan kain. Sebelum itu Anwar dapat mengecam suara Rahim Noor .Mulanya Rahim Noor tidak mengaku dan menuduh Anwar mencederakan diri sendiri. Tetapi kemudian Rahim Noor telah mengaku menumbuk Anwar kerana Anwar memprovokasi dengan perkataan 'Ni bapak anjing' kepadanya . Ketika disoal oleh peguam peguam Teh Poh Teik , Anwar menafikan pernah mengeluarkan kata-kata biadap seumpama itu. Walaupun Anwar Ibrahim seorang Timbalan Perdana Menteri dan sering berurusan dengannya tetapi dia terus diserang . [28]
- Ulaganathan Muniandy , remaja 19 tahun mati dalam tahanan polis di lokap Balai Polis Kajang pada 21 Julai 2003. Dia ditahan pada 12 Mei 2003. Doktor di Hospital Kajang tidak dapat menentukan punca kematian Ulaganathan. Mahkamah Majistret Kajang iaitu YA Mazuliana Bt. Abdul Rashid sepatutnya mendengar kes itu pada 29 Februari 2008. [29] Ibunya amil Selwee a/p Ramasamy.[30]
No comments:
Post a Comment