Tuesday, October 27, 2009

Kerajaan Negeri Sembilan hutang RM2.14 b



LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

4 comments:

  1. Anonymous3:19 PM

    Tidak hairan Projek Bekalan Air meningkat.

    Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri, masalah kami, Penduduk Labu, hampir selesai!!

    Apa pakatan buat? Beri info yang panas2 sahaja, tanpa ulasan seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Rakyatselangor7:40 PM

    Kami dapat air free..korang?

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:15 AM

    diorg dapat air kumbah jerk laaa..akekeke

    ReplyDelete
  4. Anonymous3:03 PM

    biarkan org labu terjun dgn labu-labunyz

    ReplyDelete