Monday, February 16, 2009

Siapa pengkhianat ....

Sila klik imej di atas untuk melihat dengan lebih jelas
sila cetak dan edar risalah diatas yang mengisahkan rakaman sejarah bagaimana
MB Umno pernah 'derhaka' kepada Sultan Perak.


Siapa derhaka ?


Semalam membaca muka depan Sinar Harian dengan gah Mukhriz Mahathir membuat kenyataan mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyatakan kononya DSAI lah punca semua kekalutan dan ancaman kepada kedaulatan Raja - raja Melayu.

Mukhriz nampaknya seperti 'hilang punca' ketika mengeluarkan kenyataan tersebut. Sebenarnya Mukhriz sendiri tidak percaya 'kewujudan' kedaulatan raja - raja Melayu . Namun Mukhriz terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut hanya kerana memastikan beliau terus hidup dalam persaingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. Beliau yang diyakini selairan dengan bapanya dalam dalam isu raja - raja Melayu ini terpaksa mengeluarkan kenyataan kerana panik dengan perkembangan terkini melihat bagaimana calon Ketua Pemuda Umno menggunakan kesempatan isu raja melayu untuk meraih sokongan menjelang pemilihan Umno. Bermula dengan Khairy yang 'memunggah pemuda Umno-Bn' berhimpun di Ipoh ....di ikuti dengan Khir Toyo yang mengumpulkan Pemuda Pulau Pinang untuk mengamuk di rumah Karpal Sigh. Mukhriz juga terpaksa mengeluarkan kenyataan sealiran.

Tidak mungkin orang sebijak pandai lagi secerdik Mukhriz boleh terlupa dengan tindakan bapanya sendiri dengan sokongan juak - juak Umno telah mencipta dua kali krisis perlembagaan negara dengan hasilnya berjaya mengikis kuasa raja Melayu.

Karpal hanya memasuki ruang yang dicipta oleh Mahathir, bapa Mukhriz sendiri. Jika memasuki ruang merupakan pengkhianatan maka apa gelaran yang sesuai untuk Bapa Mukhriz dan juak - juak Umno yang menjadi tukang mencipta ruang yang dimasuki itu....?Muka depan Utusan yang merakam krisis perlembagaan, Utusan sejak dahulu alat Umno. Masa Umno gaduh dengan raja dia sebelah Umno tetapi kini nak jadi hero raja....keratan akhbar dengan jelas menyatakan resolusi tajaan Umno yang menyentuh Istana seperti Raja - Raja mesti istihar harta....yang lucunya Raja perlu istihar harta tetapi bagaimana dengan pemimpin Umno....? Maknanya bagi sisi Umno pemimpin Umno raja segala raja tidak perlu dipertikaikan termasuk milikan harta.

buat yang telah lupa baca rakaman ucapan Pemimpin Ulung Umno dalam isu raja Melayu ini.

Ucapan Dr. Mahathir di Parlimen, 18-01-1993

Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.



Masih ingatkah kita ketika hendak merampas kuasa raja Mahathir saban hari menggunakan media membogelkan raja - raja Melayu. Menurut kuncu dan juak Umno ketika itu Raja Melayu jangan diberi kuasa besar sangat dan raja tidak boleh lari dari undang - undang.

Di dedahkan
  • bagaimana kerabat Kelantan membawa lari kereta mewah 'lamboghihi' tanpa cukai (untuk tutup Menteri dan juak Umno yang punggah AP kereta jadi kaya raya)
  • bagaimanakerabat Johor gangster dan terlibat memukul orang ikut suka (tidak pula didedah menteri Umno yang terlibat pembunuhan seperti kes Mustakizah)
  • bagaimanaada raja yang ada kuda yang kos penjagaanya menjangkau RM4,000 sebulan(tidak pula didedah perempuan simpanan menteri yang nak tanggungnya lebih lagi dari tanggung kuda raja)
  • malah di Kelantan ditabal pula ditabalkan Sultan baru di Kota Baru oleh Anuar Musa untuk ganti Sultan Kelantan yang ada
  • malah Mahathir sendiri pernah cuba campur tangan untuk cuba ganti Sultan Terengganu dengan Tun Ali yang katanya lebih layak....
cheGuBard menjunjung duli dengan titah Sultan Selangor tapi harap Tuanku tidak lupa bagaimana seorang pemimpin Umno yang kini sibuk berebut jawatan Timbalan Presiden Umno pernah panjat pagar Istana bawa lari kekanda Tuanku kemudian kahwin di Siam dan selepas itu rasa tak 'syok' dan ceraikannya semula.....

jauh sebelum krisis di Perak, semasa Kongres KEADILAN 2008 sudah punya cadangan yang dan diangkat oleh DSAI dalam ucapan penangguhanya, di mana perwakilan berbilang bangsa dalam KEADILAN secara serius membincangkan usaha mengembalikan kedaulatan dan pemerkasaan Institusi Raja - Raja Melayu. Namun ketika itu usul itu dipandang sepi oleh Utusan Melayu.

1 comment:

  1. Satu pendedahan yang menarik. Berbading PR, UMNO memang seharusnya digelar penderhaka. Tahun 1974, belum lagi wujud pindaan perlembagaan yang mengurangkan kuasa raja-raja. Raja-raja masih di atas undang-undang. Tapi UMNO dengan beraninya memperdaya dan menentang Sultan.

    Berbeza dengan apa yang dilakukan PR. Tindakan diambil berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri dan undang-undang. Kini sudah tahun 2009. Pindaan Perlembagaan tahun 1993 meletakkan Raja-raja di bawah undang-undang. Jadi Raja-raja juga tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Baginda wajib mematuhinya.

    Jadi antara UMNO dan PR, siapa yang derhaka? Rakyat yang celik dapat merungkainya.

    ReplyDelete