Walaupun makluman program singkat dan tidak sempat tersebar tidak kurang dari 500 orang menghadiri Majlis yang diadakan di hadapan Pejabat KEADILAN Rembau.antara hadirin yang hadir
Ceramah malam itu dimulakan oleh Ust. Khairul Wafa, Ketua Penerangan DPPNS yang mewakili YB. Taufek, kemudian diikuti oleh Sdr. Hasni, Setiausaha GMP yang telah menerangkan fakta sebenar dalam isu bahasa. cheGuBard kemudian memberikan penerangan isu semasa sebelum bacaan sajak oleh Dinsman dan kemudian diakhiri dengan Penerangan Isu Perak oleh YB Lih Kang (ADUN Teja).
Ke esokan harinya cheGuBard berada di utara pula untuk bertemu dengan rakan-rakan pimpinan muda parti untuk merencana beberapa program terdekat khususnya menjurus kearah pilihanraya sebelum malamnya berceramah di hadapan ribuan hadiri di Sg.Petani.
Nampaknya harapan Umno Bn memutar belitkan fakta mengenai pengkianatan terhadap raja Melayu dengan tujuan menjauhkan sokongan Melayu kepada PAKATAN hanya sia-sia. Lagi ramai orang datang ceramah untuk mengetahui isu sebenar.
No comments:
Post a Comment