Hujung minggu lepas agak memeranjatkan apabila lebih 2000 orang dari perbagai kaum datang menghadiri Majlis Penerangan Isu Perak yang di anjurkan oleh Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru. Majlis yang sepatutnya diadakan di sebuah padang terpaksa dialihkan ke kawasan hadapan rumah kerana permit telah ditarik saat akhir kononya kerana wujud arahan khas dari Bukit Aman meminta semua ceramah khususnya berkaitan PAKATAN harus jangan dibenarkan selama 2 minggu.
Namun setelah berbincang ceramah di teruskan namun dialihkan ke sebuah rumah. Tahniah buat Angkatan Muda Bayan Baru di bawah Saudara Azrizal Tahir bersama pasukan anak mudanya yang begitu cekap sekali dan tahniah juga kepada Hj. Malek, tuan rumah yang begitu berani membenarkan rumahnya digunakan dalam keadaan PDRM memberikan tekanan.
Majlis dimulakan oleh Azrizal Tahir, di ikuti Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Malek(yang hanya berucap ringkas kerana bergegeas untuk menghadiri sebuah majlis di kawasanya), YB Sim (ADUN kawasan tersebut Pantai Jerejak) dan kemudian pula Ust. Siddiq Noor dari Dewan Ulama Pas Negeri Perak sebelum malam itu che'GuBard diberikan masa sejam untuk menerangkan kepada hadiri isu politik terkini.
antara hadirin yang hadir
Kelihatan YB Sim bersama hadirin
mengaminkan doa yang diimamkan oleh Ust Siddiq Noor
Kelihatan YB Sim bersama hadirin
mengaminkan doa yang diimamkan oleh Ust Siddiq Noor
gambar dari belakang 'crowd' yang begitu jauh dari pentas, mujur sistem siaraya malam tersebut 'hebat'
Isu di Perak ini sedang dipergunakan oleh Bn untuk mengelirukan rakyat. Majlis penerangan akan diteruskan. Mohon semua 'ranting' parti menganjurkan sesi penerangan kecil dan besar demi mengelakan rakyat terkeliru.
semua gambar sumbangan ; blog kasi pecah lah...
chegu...saya bukan ahli mana-mana parti..tapi saya undi DAP untuk Parlimen dan keADILan untuk BN dalam PRU lalu....
ReplyDeletesaya dengar ucapan u malam tu lepas nie pergi jahanam Bn... saya rasa Umno betul2 dah tipu org melayu
BLOG N 25 BUKIT SELAMBAU TELAH SIAP,SILA LINK DARI BLOG CHEGUE BARD..SEKIAN TERIMA KASIH..
ReplyDeleteIya ke 2000 orang? Tak nampak macam 2000 orang pun.. Atau saudara buat anggaran sendiri saja.. Sebelum ni saudara tuduh media laporkan angka tipu dalam demo yang melibatkan penyokong kerajaan.. Entah-entah saudarapun tipu angka juga kot...
ReplyDeleteCeramahnya hebat dan informatif, penceramahnya amat hebat. Jgn lupa di Kuala Krau, 7-3-09
ReplyDeleteBehind this mask, it's not just a face, it's an idea.. Bullets can't kill the Idealisme
ReplyDeletesetelah kita dikejutkan dgn taktik Trojan Horse maka sepatutnya kita membalas balik umpanan ini. Jgn dirisaukan sgt tentang permainan mereka. Rakyat sekarang cerdik menilainya dan saya merasakan perang psikologi PR berjaya.
ReplyDeleteTatkala imej UMNO/BN luntur oleh disebabkan permainan mereka sendiri (laksana jatuhnya empayar Rom) dan kredibiliti Najib dan pemimpin2 yg lain, maka strategi yg boleh diambil adalah dari sudut ekonomi dan maklumat berterusan
Maneuvering explains the dangers of direct conflict and how to win those confrontations when they are forced upon you.
Variation in Tactics focuses on the need for flexibility in your responses. It explains how to respond to shifting circumstances successfully.
Tactical Dispositions explains the importance of defending existing positions until you can advance them and how you must recognize opportunities, not try to create them.
Waging War explains how to understand the economic nature of competition and how success requires making the winning play, which in turn, requires limiting the cost of competition and conflict.
maksud saya disini kita mesti terangkan kelemahan mereka dalam ekonomi dan beri penyelesaian/rancangan kita kepada setiap permasalahan ekonomi yg ada.
rakyat sekarang mahu pemerintah yg telus tidak, membazir dsb. faktor ekonomi, perancangan masa depan negara adlah penting diutarakan sekarang. Ini kerana negara sperti hilang arah tuju akibat ketidaktentuan dasar kerajaan (atleast masa Mahathir ada nampak arahnya)
dan akhir sekali ketegasan PR dalam menangani ADUN/MP Tidor. Jika mereka gagal, kita kena terus terang dgn masyarakat dan sediakan pasukan bantuan utk memenangi hati rakyat kawasan tersebut.
Lawan tetap lawan. Yg benar kita sokong, yg salah kita tegur dan tentang berabisan.
harap maaf Chegubard andai ada tersalah kata, hanya sekadar pandangan dari rakyat biasa yg memerhati dahulu sebelum keluar memberi keputusan.
Terima kasih atas semua komen.
ReplyDeleteZul Bayan Baru nie - Zul Mamak ke ?
PRK Bukit Selambau - saya sudah buat posting khas promote blog sdr. tahniah tapi mesti update dan buat menarik sikit.
Sepot - terpulang pada saudara tetapi angka tepat tidak tahu cuma saudara boleh dapatkan cd ceramah malam tu dan nilai sendiri crowd yang hadir
Hj. Suhaimi - InsyaAllah 7 Mac kita jumpa cuma doa ia tak bertindih dengan pilihanraya kecil
Mullahkane - terima kasih
Shitsurei - terima kasih atas input sdr. nota diambil !