berikut ialah petikan artikel yang di email kepada cheGuBard mengenai perkembangan terkini ADUN KEADILAN yang dibeli Najib di Perak. Sejauh mana kebenaranya tidak boleh dipastikan tetapi jika ini benar cheGUBard cukup simpati dengan mereka yang cheGuBard kenali secara peribadi.
sila klik sini untuk membaca artikel lengkapKenduri kendara kat Cangkat Jering pun muka dia tak nampak…tak berani nak balik kampong. Hari ni, semua ADUN makan bersama Sultan di istana. Osman Jailu tak dijemput. Nizar dan Ngeh yang dikatakan derhaka pun dijemput dan makan bersama Sultan dalam Istana, tapi katak tiga ekoq tu tak nampak muka. Nak jadi apa? Adik beradik dah tak mengaku sedara, orang kampong dah tak mengaku qariah, orang Umno tak peduli bila depa dah dapat apa yang depa mau, nak jadi apa? Kalau aku la….tak tau la mana nak taruk muka.
Bukan takat Osman…Jamaludin pun macam tu jugak. Hee lagi teruk! Bukan takat dia saja…habis adik beradik, sedara mara dia kena pulau! Tak percaya..pi tengok kat sini dan sini. Datuk Nasa pun dah menung macam ayam berak kapor. Menyesal tak sudah. Kalau sampai tahap bini dia pun dok maki dia…kalau aku…buat border pass, pi duduk diam-diam kat Betong.
No comments:
Post a Comment