Hari ini penuh peti email cheguBard@gmail.com dan sms mengenai isu Eli Adun Bukit Lanjat...
Ramai yang kata Eli = Chua Soi Lek dalam KEADILAN, maka cheGuBard tak sama dengan Chua Soi Lek tetapi lebih mirip kepada isu Nasha Aziz.
Isu ini muncul kini kerana kesungguhan rakusnya Bn hendak menawan Selangor. Selepas gagal menfitnah YB Dr. Halimah Ramli ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor digossipkan ditangkap basah di sebuah hotel di Perlabuhan Kelang mereka menyerang yang lain pula. Dalam kes Dr. Halimah, juak Umno (sebuah laman pro Umno kem Mahathir/Najib tetapi anti Abdullah dan KJ) panik kerana di ugut akan di saman.
Taktik yang sama digunakan dalam kes Arumugam, bekas ADUN Bukit Selambau yang berkahwin dua. Sudah puas di tawar, dia diugut tetapi tak 'jalan' juga maka keluarganya diberikan tekanan dengan pendedahan isu ada dua isteri. Arumugam sanggup berdepan dengan ugutan, menolak tawaran tetapi dia tidak sanggup keluarganya diletakkan di bawah spotlight politik. Bosan dengan permainan politik kotor Umno Bn maka dengan maruah dia meletakan jawatan dan mengembalikan kuasa kepada rakyat setempat.
Beliau yang bertanding tiket bebas memenangi kerusi tersebut mengalahkan calon Mic Bn dalam PRU ke 12 selepas SPR menolak kertas pencalonan calon keADILan.
tak sempat menulis panjang ...tunggu esok/lusa.... cheGuBard akan dedah apa cerita sebalik sebaran gambar tersebut ..... organisasi yang pernah cheGuBard sama wujudkan sudah ergadai kepada Khir Toyo......
cheGuBard selama ini diam kerana masih ada sayang.....diam budi dikenang...walaupun sudah lama mencocok mata....malah sanggup diam cheGuBard disalah erti teman sendiri..
Air berkocak tak nampak bayang
bebayang hilang jiwa melayang
diamku bukan kerana tak sayang
ada penghalang buat kuwalang
Bagaimana hendak kutuliskan
ada rentak tapi dah hilang
bagaimana hendak kujelaskan
ada hormat jadi penghalang
Adat pendekar tempur ada adab dan seninya.... ada cerita di sebalik tunduknya...
Jika tak kenal kawan, tak kenal kawan ...maka tiada banyak pilihan.
Buat Eli jangan letak jawatan !!! sila klik sini

Tertarik hati saya untuk menulis mengenai pemimpin tanah tumpah darah diri sendiri. Hari demi hari, tahun demi tahun fikiran ini agak terbuka untuk mendekati arus semasa kepimpinan negara. Bukan hanya sekadar ingin tahu, tetapi perlu untuk didekati kerana ianya melibatkan masa depan anak muda masa kini.Bukankah sudah biasa kita mendengar ungkapan seorang sasterawan ternama Dr. Hamka " Kalau ingin lihat masa depan negara, lihatlah remaja masa ini. Andai rosak remaja pada waktu ini, maka akan rosaklah masa depan negara itu. "Akan tetapi apa yang ingin saya bawakan pada tinta ini adalah pemimpin negara yang memberikan contoh buruk pada anak muda dan remaja pada masa ini. Adakah kita semua hanya memejamkan mata apabila dengan 'slumber'nya pemimpin sekarang ini melakukan RASUAH, MAKSIAT dan MENCARUT tak tentu hala?Tidakkah kita membuka mata atau memekakkan telinga apabila pemimpin kita bersikap sedemikian rupa? Siapa mereka? Saya yakin dan pasti sesiapa sahaja yang peka akan masa depan diri, agama dan negara mereka akan tahu siapa dia pemimpin yang saya sifatkan tersebut.Pada saya, mereka ini belum sedar kerana belum ditimpa azab sepertimana Allah SWT menurunkan azab ke atas kaum nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW yang telah dihancurkan sekelip mata. Mereka dihancurkan bukan sahaja kerana tidak menerima dakwah nabi yang telah diwahyukan oleh Allah, malah mereka juga mencaci dan menghina nabi yang diutuskan Allah SWT.Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan pemimpin dunia zaman sekarang. Mereka mengetepikan hukum Allah dan kadang-kadang mereka menghina golongan yang ingin menyambung rantai perjuangan rasulullah. Na'uzubillahi min zalik. Moga Allah berikan mereka hidayah dan petunjuk supaya masyarakat di Malaysia tidak terkena tempias atas laknatnya Allah pada mereka. Salah anak remajakah yang telah dididik dengan pemikiran barat sejak kecil? Salah anak remajakah andai mereka tidak diberikan contoh dan tauladan yang baik oleh pemimpin mereka sendiri? Salahkah anak muda terjerumus ke lembah maksiat sedangkan dataran maksiat semakin banyak disediakan? Ingatlah sahabatku, didalam Al-Quran telah diberikan panduan buat kita untuk memilih pemimpin. Etika menjadi pemimpin dan sebagainya. Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidup kita agar kita selamat di dunia mahupun akhirat kelak. Wallahu 'Alam.
ReplyDelete