Thursday, February 12, 2009

Bn panik : akhbar dirampas, ceramah dibekukan - malaysiakini

YB Tian dan Zunar dalam sidang media semalam di pejabat suara keadilan menunjukkan keluaran yang telah hilang 20,000 kerana dirampas dipasaran tanpa alasan.

Nampaknya peristiwa 1998 berulang cuma dalam 'scale' yang sedikit berbeza. Jika 1998, Dr.Mahathir tersilap kira. Dia sendiri tidak menjangkakan pemecatan Timbalanya mampu mencetuskan kebangkitan rakyat yang cukup hebat. Begitu juga dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak, mungkin Najib memang menjangkakan protes namun dia sudah pasti tidak menjangkakan suhu protes sebegini hebat hingga menjadikan dia sebagai sasaran 'penghinaan yang tidak kurang hebat'.

Bn tidak banyak belajar, cara mereka berdepan dengan kebangkitan rakyat juga masih sama. 1998 mereka terus hebat menyerang Anwar dan 2009 ini mereka terus menerus menyerang Nizar yang kononya derhaka.

Media perdana dan keseluruhan instrumen kerajaan khususnya polis dipergunakan sepenuhnya.

Tidak tahan dengan suhu kebangkitan rakyat, maka diharamkanlah semua bentuk perhimpunan termasuk ceramah politik di Perak (tetapi mengikut maklumat juga melibatkan banyak kawasan di luar Perak) sila klik untuk bacaan lanjut. Akhbar Harakah dan Suara Keadilan dirampas (sila klik sini untuk bacaan lanjut).

Semalam dalam satu sidang media menurut YB Tian Chua, Ketua Penerangan KEADILAN menyatakan tidak kurang dari 20,000 akhbar Suara Keadilan telah dirampas di seluruh negara tanpa alasan.

Selain dari bertujuan menghalang maklumat tersebar mungkin rampasan besar - besaran ini juga bertujuan untuk melumpuhkan Suara Keadilan dalam aspek perniagaan dengan merugikan syarikat ini. Bayangkan bukan sedikit kerugian apabila akhbar dirampas. Siapa yang akan membayar gaji pekerja, kos cetakan dan banyak lagi kos yang telah dikeluarkan.

Kita menjangkakan perkara ini akan berterusan, rasanya tidak guna kita cuma merungut dan mengutuk tindakan panik Bn ini. Bagi pihak KEADILAN cheGuBard mohon semua untuk membantu penyebaran maklumat dengan melanggan terus Suara Keadilan. sila klik sini untuk melanggan terus Suara Keadilan, dan klik sini untuk mendapatkan berita terkini melalui sistem sms ADIL News Net.

Dalam perkembangan berkaitan KEADILAN Rembau akan mengadakan sesi Himpunan Rakyat 'Penerangan Isu Perak' pada 13 Febuari 2009 bermula jam 8.45 malam di depan Pejabat KEADILAN Rembau, Taman Seri Rembau (bersebelahan Pejabat Daerah Rembau). Program ini akan dihadiri oleh beberapa ADUN PAKATAN dari Perak selain tokoh tempatan seperti YB Dato Kamarul Baharin Abbas (Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan), YB Taufek Ghani (ADUN Paroi) dan selain itu akan ditayangkan video masej khas dari YAB Datuk Seri Nizar (Menteri Besar Perak). Majlis ini terbuka dan semua dijemput hadir.

6 comments:

  1. Anonymous12:33 PM

    korang jangan percayalah dengan akhbar harakah dan suara keadilan semuanya propaganda aje. yang pasti nizar telah menderhaka dan kena minta maaf secara terbuka kepada paduka seri sultan perak. dan nizar kena berani letak jawatan jangan jadi macam pondan tua. tian chua lagi lah tak boleh percaya, korang lupa ker isu taiwan tu, satu dunia kena tipu kononnya pergi taiwan nak bincang pasal lompat parti.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:40 PM

    korang jangan percaya dengan harakah dan suara keadilan, semuanya propaganda aje. yang pasti nizar dah menderhaka pada sultan perak dan dia perlu minta maaf secara terbuka pada paduka seri sultan perak. dia juga kena berani letak jawatan jangan jadi macam pondan tua. tian chua pun jangan percaya, korang semua dah lupa, satu dunia kena tipu kononnya dia dan mangkuk-mangkuk yang pergi taiwan pasal nak bincang lompat parti.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:48 PM

    wei bardak..ko da la prasan nak jd yb..sdp2 je kata kebangkitan rakyat.ko sdr x yg ko msh dpt sokongan minoriti kt negara ni.jgn sdp2 koba kitorang nak sokong parti jubo ni.ko nak tgk org rombau trn ckp x pueh hati kek kau ko? jgn nak main2.xkan dapek PR printah mlaysia ni.kim slm..

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:48 PM

    korang jangan percayalah dengan akhbar penjilat bn dan suara penjilat bn semuanya propaganda aje. yang pasti najis telah menderhaka dan kena minta maaf secara terbuka kepada paduka seri rakyat perak. dan najis kena berani letak jawatan jangan jadi macam pondan tua. penyokong2 bn lagi lah tak boleh percaya, korang lupa ker isu taiwan tu, satu dunia kena tipu kononnya pergi taiwan nak bincang pasal lawatan sambil belajar...apa isi kursus.

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:24 AM

    bodo punya penyokong BN. buta hati perut btl la.. sumpah mati hidup balik pun BN tidak ku pangkah lqagi... pooooorahhhhhh

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:50 AM

    bodo punya penyokong BN. buta hati perut btl la.. sumpah mati hidup balik pun BN tidak ku pangkah lqagi... pooooorahhhhhh

    ReplyDelete