Tuesday, February 10, 2009

Polis terus seronok diperkudakan


i

Polis sebenarnya bukan setakat diperkudakan malah seronok diperkudakan oleh Umno-bn. Lihat sahaja bagaimana suasana rampasan kuasa di Perak dan suasana ketika kemenangan rakyat di Selangor contohnya.

Di Selangor selepas menang PAKATAN tidak dibenarkan memasuki terus Bangunan Pentadbiran Selangor. Bangunan yang menempatkan pejabat MB Selangor di kepung oleh polis untuk memberi masa Khir Toyo dan kakitangan rasuahnya memusnahkan bukti - bukti rasuah mereka.

Dua gambar di atas kiriman seorang kakitangan yang terlibat dengan pemusnahan bukti rasuah Khir. Yang bagusnya operasi haram ini dilindungi oleh Polis yang berkawal menghalang orang ramai termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dari memasuki pejabatnya sendiri.

Di Perak Polis sekali lagi seronok menjadi kuda kayu apabila menghalang semua exco termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Nizar masuk ke pejabatnya. Kakitangan SUK mengosongkan semua pejabat secara haram. Semua barang milik peribadi pun dihalang oleh Polis untuk ambil.

Dalam isu demonstrasi Polis seronok menjadi kuda menjaga kepentingan Umno Bn dengan menggunakan kekasaran luar prosedur untuk mematahkan tiap bantahan rakyat. Contohnya 'FRU' yang membedil gas pemedih mata jelas bertindak 'ganas' apabila menembak peluru gas tersebut tepat ke orang ramai bukan ke udara seperti biasa. Wanita bertudung labuh disepak dan diterajang.

Namun dalam pada masa yang sama pemuda Umno diberi ruang luas untuk membuat tunjuk perasaan dengan kawalan keselamatan pihak polis kerana pendemo dari Umno ini dibayar untuk menjerit bukan untuk ditempur oleh rakyat Perak. Mereka juga takut sebenarnya. Lagikan Najib juga takut nak datang kerana ada maklumat dia akan dibaling kasut. sila klik sini untuk baca Najib selamat dari dibaling kasut.

Bezakan taraf sokongan rakyat melalui 2 tunjuk perasaan.

Di bawah ini ialah perhimpunan rakyat di Rumah Rasmi MB Perak yang media lapor ada 1-2 ribu orang.
Dibawah ini pula yang media lapor puluh ribu orang.
Sokongan dari Pemuda Melayu KedahSokongan dari Pemuda 'puluhan' Pemuda Tanjung MalimMungkin kerana MIC bangga mendapat MB pertama berdarah India maka MIC telah menggerakkan puluhan ribu penyokong jugaSeperti biasa hadir jaguh demo Umno , Kj dengan gaya hitlernya, walaupun dia tahu kejadian Perak mempercepatkan Bapa Mertuanya disembelih tetapi apa nak buat nak tanding pemuda maka kena turun jugalah.

Polis juga menjaga pemuda Umno demo di Melaka, semalam di Negeri Sembilan dan terbaru kejap tadi di Puduraya tanpa gangguan malah Polis beri kerjasama penuh lagi memenuhkan 'crowd'.

Itupun dah usaha sungguh sungguh bayar pemuda, salah guna nama pertubuhan seperti PAKIDA dll. untuk memunggah dan menghimpunkan pendemo tetapi jelas Umno Bn kena guna media juga buat magic satu jadi 100, 100 jadi 10,000 dan seterusnya. Mungkin ini kelebihan belajar matematik guna bahasa Inggeris.

10 comments:

  1. Anonymous3:10 PM

    Dah takde modal dah ke? Balik-balik isu perusuh kena sepak terajang, kena gas pemedih mata, kena belasah jadi modal untuk meraih simpati rakyat. Padahal tidakkah kita sedari salah siapakah ia terjadi? Siapa yang cari masalah sebenarnya? Kalau dah tau polis dan FRU "ganas", janganlah sertai rusuhan... Polis dan FRU takkan bertindak ganas selagi perusuh tidak bertindak ganas dan bertindak luar kawalan... Takkan rakyat masih tak sedar, siapa sebenarnya yang diperkudakan kalau bukan rakyat atau perusuh. Mereka disuruh untuk tunjuk perasaan dan merusuh kononnya untuk membela kebenaran sedangkan pemimpin mereka langsung tidak berhadapan dengan risiko kena belasah, asap pemedih mata, sepak terajang dan sebagainya... Guna akal bukan guna lutut!

    ReplyDelete
  2. Kah Kah Kah

    Hantam saja la labu

    Kah Kah Kah

    Rusuh ka tak rusuh ka janji kita betul semua

    Kah Kah Kah

    Polis semua salah

    Kah Kah Kah

    Media lapor pun salah

    Kah Kah Kah

    Buat perhimpunan di rembau berapa ramai pulak turun sokong kita

    Kah Kah Kah

    Takpa

    Kah Kah Kah

    Yang penting rakyat tau siapa yang tipu

    Kah Kah Kah

    Jom merusuh ramai-ramai

    Kah Kah Kah

    Masuk lokap tentu makan free

    Kah Kah Kah

    Media lapor boleh jadi glamor

    Kah Kah Kah

    Tak payah masuk AF

    Kah Kah Kah huk huk huk ptuih.

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:25 PM

    Isunya ialah kenapa polis berat sebelah.... Umno demo lindung...yang lain demo pukul...bukan tak suka kena pukul jangan turun demo... tapi polis berat sebelah...

    kenapa dalam kes selangor Polis lindungi operasi khir toyol (bekas MB) musnah fail tetapi di perak polis bertindak lain....?

    pakai nick pun penipu rakyat teruskanlah menipu

    ReplyDelete
  4. Kah Kah Kah

    Betul cakap hang zul

    Kah Kah Kah

    Umno demo kenapa lindung

    Kah Kah Kah

    Adakah sebab umno tak serbu polis

    Kah Kah Kah

    Macam kita yang serbu polis

    Kah Kah Kah

    Sebab tu polis terpaksa bertindak

    Kah Kah Kah

    Butut tak polis

    Kah Kah Kah

    Khir toyo musnah fail

    Kah Kah Kah

    Atau pekerja kerajaan yang musnah

    Kah Kah Kah

    Itu pun tak boleh beza

    Kah Kah Kah

    Pekerja kerajaan pun banyak yang sokong kita

    Kah Kah Kah

    Sebab tu boleh dapat gambar

    Kah Kah Kah

    Siapa cakap yang musnah itu orang umno

    Kah Kah Kah

    Ada bukti ka

    Kah Kah Kah

    Tapi kita ni biasalah suka buat tuduhan dan fitnah

    Kah Kah Kah

    Janji orang percaya

    Kah Kah Kah

    Makan daging saudara sendiri pun sedap

    Kah Kah Kah Huk Huk Huk ptuih..

    ReplyDelete
  5. hahahaha
    hahahaha

    umno demo POLIS jaga
    rakyat demo POLIS cakap JAGA KAU

    umno demo POLIS tak kacau
    rakyat demo POLIS KACAU

    http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/demo-bukan-budaya-kami.html

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:16 PM

    Rakyat semua dah tau dah orang UMNO semuanya kuat menipu,peduli kan dio orang tu cgu bart orang rembau berpuluh ribu undi cikgu tungu dan lihatlah nanti.....setiap pilihan raya kecil umno akan tersungkur dalam keaibpan...2 ekor kat atas tu tak sodar diri lai tu....hontamlah jang umno dah nak lingkup dah masih jobo laiiiii...

    ReplyDelete
  7. Setuju. Nampak sangat polis diperkudakan untuk melindungi kegiatan haram BN terutamanya UMNO.

    Larikan fail, musnahkan dokumen saat kerajaan BN selangor tumbang ... semua tindakan berunsur jenayah itu tidak pernah disiasat oleh polis.

    Sekarang perlindungan diberikan kepada MB Perak yang kesahihannya boleh dipertikaikan; habis perundangan negara diporakperandakan oleh mereka saat negara menghadapi ekonomi gawat. Kehilangan keyakinan pelabur luar terhadap keluhuran undang-undang di Malaysia bakal merumitkan usaha pemulihan ekonomi akibat krisis yang melanda baru-baru ini.

    Cukup buas tindak tanduk UMNO!

    ReplyDelete
  8. Anonymous4:29 PM

    Teruskan menyebarkan fitnah yang memburukkan lagi kerajaan. Bukankah PR dan penyokongnya saja yang betul di muka bumi ini? Teruskan menambah berat bahu kiri anda..

    ReplyDelete
  9. Bukan fitnah..... gambar yang disiar diperolehi dari sumber yang sahih...

    ketika Khir hilang jawatan MB polis kepung bangunan SUK selangor beberapa hari sementara semua bukti dimusnahkan gambar ialah operasi pemusnahan bukti yang diambil oleh kakitangan secara rahsia.

    isunya bukan setakat polis pukul tetapi polis haram kan rakyat biasa berkumpul tetapi kalau umno ia akan dilindungi...

    ReplyDelete
  10. Anonymous5:35 PM

    dalam perlembagaan negara yang kita junjung selama ini membenarkan kita berhimpun,untuk menunjukkan kuasa rakyat,rakyat diberikan kuasa untuk memilih pemimpin.Masalah yang timbul adalah apabila kuasa yang diberikan kepada pihak polis yang dibayar gaji menggunakan duit rakyat yang membayar cukai untuk menjaga keselamatan rakyat telah dicabuli oleh penguasa yang rakus.tak kira sesiapa pun yang berhimpun tidak seharusnya pihak polis mengamalkan sikap double standart,apabila PR mengadakan perhimpunan mempertahankan kuasa rakyat pihak polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan tersebut tetapi apabila BN mengadakan perhimpunan untuk menjaga kepentingan individu tertentu pihak polis hanya memandang sahaja tanpa berani untuk menyuraikan mereka.dimanakah kredibiliti pihak polis?Harus diingatkan disini negara kita menjunjung demokrasi berpalimen,tetapi BN mengamalkan demokrasi hutan rimba.Isu disini bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan pada pasukan polis yang diterajui oleh musa hassan.kepada pemimpin UMNO sekalian bersiap sedialah kamu,sebelum kamu dikapankan dan ditalkinkan.meminjam kata-kata juara raja lawak musim kedua,LU PIKIRLAH SENDIRI.Assalammualaikum

    ReplyDelete