When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara
(1928-1967) International Revolutionary
Monday, February 16, 2009
Laporan penuh, Buliten Rakyat : MB NS dimurkai Istana
Tertarik hati saya untuk menulis mengenai pemimpin tanah tumpah darah diri sendiri. Hari demi hari, tahun demi tahun fikiran ini agak terbuka untuk mendekati arus semasa kepimpinan negara. Bukan hanya sekadar ingin tahu, tetapi perlu untuk didekati kerana ianya melibatkan masa depan anak muda masa kini.Bukankah sudah biasa kita mendengar ungkapan seorang sasterawan ternama Dr. Hamka " Kalau ingin lihat masa depan negara, lihatlah remaja masa ini. Andai rosak remaja pada waktu ini, maka akan rosaklah masa depan negara itu. "Akan tetapi apa yang ingin saya bawakan pada tinta ini adalah pemimpin negara yang memberikan contoh buruk pada anak muda dan remaja pada masa ini. Adakah kita semua hanya memejamkan mata apabila dengan 'slumber'nya pemimpin sekarang ini melakukan RASUAH, MAKSIAT dan MENCARUT tak tentu hala?Tidakkah kita membuka mata atau memekakkan telinga apabila pemimpin kita bersikap sedemikian rupa? Siapa mereka? Saya yakin dan pasti sesiapa sahaja yang peka akan masa depan diri, agama dan negara mereka akan tahu siapa dia pemimpin yang saya sifatkan tersebut.Pada saya, mereka ini belum sedar kerana belum ditimpa azab sepertimana Allah SWT menurunkan azab ke atas kaum nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW yang telah dihancurkan sekelip mata. Mereka dihancurkan bukan sahaja kerana tidak menerima dakwah nabi yang telah diwahyukan oleh Allah, malah mereka juga mencaci dan menghina nabi yang diutuskan Allah SWT.Begitu jugalah sikap yang ditunjukkan pemimpin dunia zaman sekarang. Mereka mengetepikan hukum Allah dan kadang-kadang mereka menghina golongan yang ingin menyambung rantai perjuangan rasulullah. Na'uzubillahi min zalik. Moga Allah berikan mereka hidayah dan petunjuk supaya masyarakat di Malaysia tidak terkena tempias atas laknatnya Allah pada mereka. Salah anak remajakah yang telah dididik dengan pemikiran barat sejak kecil? Salah anak remajakah andai mereka tidak diberikan contoh dan tauladan yang baik oleh pemimpin mereka sendiri? Salahkah anak muda terjerumus ke lembah maksiat sedangkan dataran maksiat semakin banyak disediakan? Ingatlah sahabatku, didalam Al-Quran telah diberikan panduan buat kita untuk memilih pemimpin. Etika menjadi pemimpin dan sebagainya. Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidup kita agar kita selamat di dunia mahupun akhirat kelak. Wallahu 'Alam.

ReplyDelete