Kalau tak ada apa - apa kenapa Tok Mat panik semacam ? Semalam dihubungi oleh teman wartawan memberitahu ketika di tanya oleh wartawan di macam 'jem' ....dia cuma kata kalau sesiapa berani 'lompat' keluar Bn maka dia akan bubar DUN.
Mungkin Tok Mat lupa nak bubar DUN bukan kuasa dia tetapi kuasa DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Mengikut Tok Mat jika DUN bubar dia yakin Bn akan menang semua kerusi termasuk yang kini di miliki PAKATAN.
Wahai kekanda Tok Mat .....kalau atok 'confident' sangat kenapa tunggu sekarang...kan atok selalu cakap ADUN PAKATAN sering menjadi pengacau...maka kalau atok berani pergilah mengadap Yam Tuan sembah minta bubar DUN sekarang....apa takut kan atok kata boleh menang semua.....
Tok Mat....yang saya ketengahkan dalam sidang media tersebut ialah bagaimana orang Bn termasuk wakil rakyat Bn sendiri boran dengan politik dalaman dan rasuah yang tak kesudahan dalam Bn.....terakhir cheGuBard dedahkan laporan polis yang dibuat oleh orang Umno sendiri betapa SPRM diperguna untuk 'pekena' sesama sendiri.
Dalam satu majlis baru - baru ini atok 'membebel' kata lompat - lompat parti takdo maruah...tapi bilo ADUN Bahau lompat ke MCA aritu atok kato keputusan bijak pulak...?
Yang buat keputusan dengan berani dan kerana masa depan rakyat itu 'hebat' namanya....PAKATAN tak tawar apa - apa kami cuma tawarkan landasan perjuangan siapa nak turut serta boleh bersama.
Tetapi Bn tawar ringgit berjuta, jawatan malah tak cukup dengan itu ugutan lagi.
Bagi kes PERAK pula cuma mampu berdoa semua teman pimpinan di sana yang kini diserang Najib harap dapat bertahan dari tawaran dan ugutan tersebut. Kes dua ADUN tersebut cheGuBard kenal mereka peribadi. Mereka terlalu agak kuathir dengan kes rasuah yang dimana mereka diperangkap. Harap mereka tidak keliru dengan ugutan penjara atau bebas dengan memasuki Umno.
Harap Jamal dan Kapt Osman tidak keliru dengan ugutan tersebut. Ramai peguam menyatakan kes tersebut amat lemah.
Tawaran bukan sedikit ramai yang telah ditawarkan. Kasevan-Adun Hutan Melintang Perak contohnya pernah ditemui oleh bekas 'pemimpin' Angkatan Muda keADILan membawa tawaran jutaan ringgit bagi pihak Najib.
Jika tawaran mereka kerana isu melayu mereka ini menipu !! Seorang Ahli Parlimen keADILan di Selangor yang juga terlibat dalam aktiviti Hindraf pernah ditemui oleh bekas 'pemimpin' Angkatan Muda menawarkan jika setuju keluar akan mewah dan Najib akan keluarga perlahan - lahan pejuang Hindarf di Kemunting.
ini bawah ini pula lagi kes tawaran Bn
YB Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
2hb Februari, 2009
Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.
Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.
Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.
Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.
Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.
Sekian, terimakasih,
Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
BN/UMNO dan Rasuah/pujuk/ugut, ini semua sinonim.
ReplyDeleteNama Najib dah hancur habis. Nak jadi PM cam ne. Kes Altantuya dikaitkan dengannya. Kes Scorpene dikaitkan dgnnya. Kes Eurocopter dikaitkan dengannya.
Kes tawaran hingga RM50 juta untuk ADUN-ADUN keluar Pakatan dan masuk BN dikaitkan dengannya.
SPRM/Polis ni ada mata dan telinga tak? Ke Pekak?
umno parti laknat..sebab itu pemimpinnya suka bersumpah laknat...
ReplyDeleteMemang tak dinafikan, banyak kes yang telah dikaitkan dengan Najib sejak kebelakangan ini termasuklah kes terbaru ini. Semuanya boleh menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai bakal PM dan Presiden UMNO. Ia juga merupakan 'point' yang kuat bagi pembangkang untuk menjatuhkan UMNO. Maka dengan 'point' yang ada ditambah pula dengan perencah tambahan, maka jadilah isu itu lebih sensasi...
ReplyDeleteMulut bolehlah cakap Pakatan berjuang atas nama rakyat, tapi tindakan ke arah itu, tak serupa dengan apa yang dicakapkan...Sudahlah.. Pakatan meRapu...
ReplyDeleteHangat!!! dan Panas!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteSeorang ADUN N9 bersetuju untuk bersama-sama Pakatan Rakyat,ini diakui oleh PA ADUN berkenaan,ADUN berkenaan akan mengistiharkan keluar UMNO semasa lawatan Anwar ke N9 dalam masa terdekat ini.tunggu dan lihat bagaimana reaksi Tok Mat Rantau.Nak tahu siapa dia,Tunggu................