Tuesday, February 24, 2009

Esok himpunan tetap diteruskan !

Pertama sekali terima kasih kepada seorang anak Negeri Sembilan yang sudah lama menetap mencari rezeki di Selangor atas sumbangan beliau 'RM 100' yang disalurkan terus ke A/c Bank Hong Leong 19951001018 (Badrul Hisham Shaharin). Menurut sms nya RM 100 itu untuk bantu buat banner, risalah atau apa sahaja untuk program esok. Memanglah banyak pakai dana untuk esok dan kempen seterusnya Perang dengan SPRMdan orang politik (bn) yang berselindung dibaliknya. Terima kasih atas sumbangan tanpa diminta tersebut.

Program himpunan esok akan diteruskan.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Ibu Pejabat SPRM Putrajaya




Tidak dapat dipastikan kebenaranya, namun maklumat diperolehi Ketua Pesuruhjaya SPRM sudah mengarahkan laporan polis dibuat kerana wujud 'ancaman' kepada SPRM esok.
Kepada semua ingat ini bukan keganasan tetapi amaran keras dan tegas !! Bangkit.... sila klik sini untuk membaca lanjut
Kemungkinan sekatan jalan raya. Tidak kira berapa orang yang akan hadir esok.Protes tetap diteruskan! Esok juga ada 'hadiah' buat pertubuhan bukan kerajaan 'GERAK'

1 comment:

  1. Anonymous4:19 PM

    Setakat cakap kat mulut kata himpunan ini bukan keganasan memang lah senang. Tapi bila dah jadi keganasan, korang buat bodoh je pula. Dah sedia maklum, selalunya perhimpunan macam ni pasti akan timbul keganasan disebabkan penyokong taksub korang... Menyusahkan orang betul...

    ReplyDelete