Thursday, February 26, 2009

Hujah TV9 : Prof. Agus bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak ....

gambar dari minaq_jinggo semasa tengah iklan.

Pernah juga beberapa kali menonton rancangan Hujah di Tv9. Rancangan ini dikira menarik dengan kehadiran provokator cum moderator yang baik iaitu Prof. Agus. Baru - baru ini rancangan ini telah berjaya menghimpunkan 3 calon ketua pemuda Umno Malaysia. Walaupun tak sempat menonton secara live namun ada teman yang sudi buat salinan VCD dan akhirnya berjaya menonton.

Jujurnya tiada hujah baru, semua hujah politik. Mungkin ada sedikit harapan kepada Khairy tetapi malangnya dia mampu berhujah tetapi rasanya dia terlalu jauh dari aspek perlaksanaan kata-kata.

Tidak minat komen panjang cuma rasanya komen 'cheahmad' mungkin boleh dikongsi. sila klik untuk baca

Debat, Forum ialah budaya politik matang. Cuma agaknya berani tak Prof Agus atau pihak Tv9 memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri rancangannya. Dan yang lebih penting beranikah Najib hadir....kalau Shabri Chik meleleh dan berbuih air liur takut Najib meleleh air mata saja....

1 comment:

  1. gmbr jinggo tu, masa iklan tu tak payah la nk touch up KHIR Toyol tu, muka dia dah berseri dgn jamu tempe kan? Cairlah Botox tu nnti!

    ReplyDelete