artikel ini dipetik dari blog YB Datuk Kamarul Baharin, Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan.
Kalau dulu krisis di kalangan pemimpin UMNO Negeri Sembilan kelihatan nampak reda, selepas berlakunya adegan baling-membaling kerusi pada Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Seremban beberapa bulan lalu, nampaknya 2,3 hari kebelakangan ini UMNO Negeri Sembilan kembali bergolak.-----Kali ini ada di kalangan pemimpin UMNO negeri ini yang didakwa bakal keluar parti & melompat ke parti Pakatan Rakyat. Kita tidak pelik kalau perkara itu dibangkitkan oleh kalangan ahli PKR ataupun pendokong PAS, tapi apa yang menghairankan apabila dakwaan itu dikatakan dibuat oleh orang dalam UMNO sendiri.-----Sampaikan mereka yang dituduh akan keluar parti UMNO terpaksa membuat penafian dalam satu Sidang Media Khas yang turut dihadiri Dato' Mohamad Hasan. Malah ketiga-tiga mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak dalam UMNO yang membuat tuduhan ini.-----Kita tidak mahu menjadi hakim menentukan yang betul, atau yang mana satu yang salah dalam kes sebegini. Tetapi sebagai penganalisis, kita ingin melahirkan kekecewaan apabila berlaku keadaan seperti ini. Malah apabila sampai suatu peringkat, kita lihat ada di kalangan pemimpin UMNO yang masih perlu belajar & perlu dipimpin. Mereka belum layak jadi pemimpin.-----Dari segi intelek, kita yakin masing-masing berpendidikan tingi. Malangnya ramai yang masih kurang dari sudut spiritualnya. Mereka bijak menyeru rakyat supaya bersatu, taat pada pemimpin & segala macam perkara baik, tapi apabila bab merebut jawatan dalam politik, mereka sudah lupa diri, sehingga sanggup membeli undi & mengadu-domba lalu menyebabkan rakyat berpecah-belah.-----Kita yakin majoriti rakyat di negeri ini yang menjadi pemerhati & kita berharap mereka akan menjadikan semua perkara pelik-pelik yang dilihat di Negeri Sembilan amnya & Telok Kemang khususnya semenjak kebelakangan ini sebagai asas untuk membuat pilihan yang tepat apabila peluang mengundi sampai nanti.-----Sesungguhnya kita dalam Pakatan Rakyat komited melaksanakan Misi Mengambilalih Pentadbiran Negeri Sembilan secara tenang.. Ibarat pepatah lama: Ombak yang kecil jangan diabaikan, Robung tak miang bomban pulak yang miang.
When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Wednesday, February 04, 2009
Orang Bn nak saman orang Bn di Negeri Sembilan - malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam chegu bard. sahak tu dah tak ada orang nak dengar cakap dia pasal penipu banyak khususnya pada orang2 melayu dan tak payahlah nak kaitkan dia dengan umno. dia kalau keluar umno pun tak ada orang nak ikut dia tapi mungkin dia lebih lyak masuk adil kerana lantang bersuara dan tiada pengisiian bagi keuntungan Agama dan anak bangsa. Chegu bard amiklah dia masuk pas ke keadilan ke dan memang lebih dari layak dia bersama jemaah dan saya yakin dia akan banyak dapat membantu pakatan rakyat dari 3 orang yang dituduhnya itu. hidup matas dasar isu sahaja dari dulu dan bukan bakat kepimpinan. tksh
ReplyDeleteJang oi, udah-udah la jang oiii
ReplyDeletePerak dah hilang, tak sat lai selangor pun hilang gak...
Taubat la jang oiii, parti kau tu kelam kabut camna nak jaga kepentingan rakyat?? auta tak sudah2 naik menyampah aku nak dengar
Wak din
CAMNILA BADRUL OIIII....BORANG UMNO ADA KAT AKU NI...SIAN TGK KAU NI...KAU MASUK JELA UMNO...ORG KUTUK PUN 2 3 HARI JE...PAS TU OK...ALA KAU KAN BIASE JALAN REVERSE ORG JE TAK NAMPAK SANGAT...PASAL YURAN TU KIRA HALAL JE(FREE).DAH LA TU..
ReplyDeletesalam chegubard,
ReplyDeleteminta izin utk link kan petisyen tak yakin najib sbg PM. tq
badrul ni tak layak di gelar cikgu...
ReplyDeletewak din, ko ckp mcm org xdo otak.ko ingat kito berjuang untuk sapo? untuk rakyat termasuk ko skali. klu xdo kito yg mmbgkang laie sonang org umno nak bgangkn org melayu. klu ko jawo, mmg ptut xdo persaan mcm kito. kito berjuang sumo pakai duit sendiri, klu ko maun buek mcm tu? lu fikir lah sendiri.
ReplyDelete