Friday, February 20, 2009

Khir ; Ingatkah kamu pernah pertahankan senator wanita yang 'main' dengan ahli parlimen - malaysiakini

Khir Toyo dibidas suami kepada seorang pemimpin Umno akibat tidak mengambil tindakan keatas kes skandal yang melibatkan isteri beliau, Norhayati Oon beberapa tahun lepas.

Suami Norhayati, Mohd Suffian Abdul Aziz menyifatkan Khir Toyo mengamalkan sikap “cakap tidak serupa bikin” apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto beliau.

Menurutnya, Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya walaupun telah dibuktikan melalui rakaman suara, mesej SMS, video dan foto yang diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

“Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?” kata Suffian seperti dilaporkan Malaysiakini.

Walaupun kontroversi beliau semenjak 2007, jawatan Norhayati sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

Berikut adalah cabutan laporan polis yang dibuat oleh suami Ketua Wanita Umno Bahagian Klang, Mohd Suffian Abdul Aziz berkenaan di Balai Polis Shah Alam bertarikh 8 Oktober 2006:

‘Terkandung di dalam telefon bimbit berkenaan (milik isterinya) ada beberapa gambar-gambar yang tersimpan yang menunjukkan gambar-gambar Dato’ Dr Rahman bin Ismail, Ahli Parlimen Gombak, berpelukan dengan isteri saya di dalam bilik-bilik hotel iaitu di Hotel Riverview, Kota Bharu, Kelantan semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan dan dalam bilik tidur di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.’

No comments:

Post a Comment