Thursday, February 05, 2009

Rayuan rakyat kepada Sultan

che'GuBard pernah menulis beberapa kali mengenai sejarah hubungan rakyat dengan raja Melayu. Sekurang kurangnya tercatat dalam sejarah bagaimana rakyat sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan raja Melayu.

Ketika Sir Mac Michael datang untuk memdapatkan tandatangan Raja - raja Melayu dia telah turun dengan perbagai ugutan. Antaranya ialah tindakan boleh diambil ke atas Raja - Raja Melayu jika tidak hendak turunkan tandatangan dengan mendedahkan 'jenayah' ada Raja - raja Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Mungkin kerana perbagai ugutan dan tipu daya hampir keseluruhan Raja - raja Melayu menurunkan tandatangan mempersetujui Malayan Union dan dengan sendirinya menghakis kedaulatan Raja - raja Melayu.

Namun menyedari hakikat itu rakyat tanpa mengira latar belakang bangkit. Cadangan Malayan Union di tolak. PUTERA AMCJA sebuah organisasi massa menggabungkan semua penduduk Tanah Melayu tanpa kira bangsa dan latar telah mencadangkan "Perlembagaan Rakyat" menggantikan Malayan Union. Malangnya kerana pada ketika itu oleh kerana mood AMCJA terlalu kuat maka British akur dengan mood Umno.....

Institusi Istana yang menyedari mereka tidak keseorangan dan rakyat bangkit bersama mereka akhirnya bersama menentang dan sehingga kini kedaulatan terpelihara. Jika tidak institusi beraja akan duduk di muzium sahaja.

Namun ada juga kekadang rakyat terkeliru khususnya apabila krisis perlembagaan bagaimana Umno mengelirukan rakyat merampas kedaulatan raja....ketika itu istitusi raja diragut sedikit kedaulatan tanpa rakyat bangkit.

Di Terengganu apabila Raja di hina (termasuk menggelar Sultan dengan perkataan 'natang)- dalam isu pemilihan Menteri Besar. Rakyat bangkit membela maruah.

Perhimpunan BERSIH berbaju Kuning menyaksikan kejayaan gerakan rakyat menyatukan semua bangsa dan keturunan sekali lagi berpuluh ribu melaungkan DAULAT TUANKU di depan istana negara.

Rakyat dan Istana ada recam sejarah....rakyat bangkit mempertahankan raja berdaulat.

Perkembangan terbaru di Perak sekali lagi menguji hubungan raja dan rakyat.

Kepada seluruh rakyat anak Perak mahupun sesiapa yang prihatin sila hantar masej jelas kepada Sultan Perak.

email : pejsultan@sultan.perak.gov.my
fax : 05 2410676
Tel : 05 2533524

buku tetamu laman web Istana Perak : http://books.dreambook.com/duli/duli.html

Segera hantar email fax dan telefon untuk nyatakan pendirian.

1 comment:

  1. Anonymous8:33 PM

    tahniah chegu...anda telah menyediakan...

    http://books.dreambook.com/duli/duli.html

    ...untuk rakan-rakan anda memaki hamun Sultan.

    "Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata...(termasuk mencaci raja...)

    Semoga anda tidak lupa bahawa nama kita Melayu kerana kita mempunyai raja...

    Anda seorang yang amat menyedihkan...

    ikhlas dari saya, Anak Melayu yang menjunjung Raja. nik ahmad.

    ReplyDelete