Thursday, February 05, 2009

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini - malaysiakini

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

1 comment:

  1. Anonymous3:05 PM

    "Kuasa Rakyat" - jangan lah cepat terlentuk dengan slogan bergini. Anwar and the gang memang bijak membakar sentimen.

    Kalau perkara ini berlaku macam tahun 1999, saya adalah antara orang yang pertama akan berada di Kediaman Rasmi MB. Tapi dengan pelbagai penyelewangan Anwar, PKR & PR, saya seru semua rakan, fikir dahulu sebelum bertindak mengikut paluan gendang kumpulan perosak ini.

    Kumpulan ini telah dengan terang-terangan melayan banga Cina sebagai rakyat kelas 1 di Perak, Melayu dipinggirkan.

    Kepada semua rakyat bergelar MELAYU, silalah pergi jika ANDA bersedia untuk terus melemahkan orang MELAYU - menjadi penderhaka bangsa

    ReplyDelete