Tuesday, February 24, 2009

Mana lebih hina raja Karpal atau calon Timbalan Presiden Umno ?


Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib ialah Ketua Penerangan UMNO dan sejak Mac 2008, beliau menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kini beliau merupakan calon Timbalan Presiden Umno (paling tidak porpular).

Beliau merupakan pemimpin Umno yang paling 'sayangkan Raja-Raja Melayu sehingga sanggup 'memanjat pagar Istana dan membawa lari, Tengku Zahariah (adik beradik tiri Sultan Selangor sekarang ini) . Almarhum Sultan Selangor amat murka namun kemurkaan baginda terpaksa ditelan kerana Umno lebih membela pemimpinya dari raja Melayu.

Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Dikatakan beliau telah membayar denda mutaah sebanyak RM16 juta apabila mereka bercerai. Persoalanya mana Muhammad Taib dapat mengumpulkan harta sebanyak itu ?

Perkahwinan mereka dilakukan di hadapan jurunikah di Kampong Takbai, Narathiwat, Thailand pada 17 Julai 1987 . Lokasi tersebut di antara Rantau Panjang dan terpaksa menyeberangani Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebenarnya Sultan Selangor tidak setuju dengan perkahwinan ini walaupun Kuyah pernah berkahwin sebelum itu dengan Syed Amir Zainal-Abidin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 23 September 1971 dan mempunyai anak seperti Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail.

Muhammad Taib juga pernah ditangkap kerana membawa wang keluar negara.

Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.

Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan BM Taib di Singapura, iaitu adik kepada Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dengan harga $520,000 pada 1990.

Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.

Beliau bukan sahaja pengkhianat terhadap raja atau bangsa tetapi beliau ialah pengkhianat kepada negara.

Muhammad Muhd Taib pernah mengkritik kuat penulis blog dan menggelar mereka yang menggunakan alamat web luar negara sebagai pengecut dan bersifat pondan.[5]

"Why I say they are coward? Because they are afraid of using (web) addresses in the country but use overseas addresses to slam our country leaders. Is this the character of a man? This is not a man, this is a 'pondan'."

Pada 15 April 2008, dia telah menubuhkan blognya dengan menggunakana nama sebenarnya. cheGuBard baru sebentar tadi menulis satu surat cabaran untuk beliau berdebat isu derhaka dan kianat....dan telah di hantar ke blog beliau...adakah beliau berani ? atau menjadi pondan apabila menjadi blogger seperti yang beliau pernah katakan ...?

1 comment:

  1. Anonymous2:22 PM

    saya mengenali adik kepada md taib ni dan sepanjang saya kenal hassan b. hj m. taib ni,dia seorang yg sgt2 suka bersedekah..tapi xpenah menghebohkan pada sesiapa seperti kebanyakan org..beliau juga telah menubuhkan "KDH" iaitu hasil gabungan initial nama beliau dan isterinya di mana salah sebuah dari rumahnya yg terletak di sungai buloh dijadikan gelanggang badminton dan tempat bersukan lain utk belia..dan tak salah kalau saya ckp beliau memperuntukkan beratus2 ribu utk kebajikan...beliau juga mempunyai beberapa anak angkat yg di'adopt' dari rumah anak2 yatim..bayangkan betapa kayanya hassan ni tapi dalam pandangan saya beliau bukan jenis yg main kotor..tapi saya hanya boleh mengutarakan apa yg saya lihat...yg selebihnya hanya Allah yg maha mengetahui...

    ReplyDelete