Thursday, January 22, 2009

KJ ktitik Baitulmal pilihj kasih ...syukur MAGNUM datang membantu


Gambar dalam satu program menyampaikan bantuan Parlimen Rembau yang jelas terpampang logo Magnum (sila klik; apa dia Magnum?). Awal Disember lepas Ahli Parlimen Rembau merungut kerana Baitulmal pilih kasih (sila klik untuk baca lanjut) cheGuBard turut mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap sungutan Ahli Parlimen Rembau tersebut (sila klik untuk baca lanjut). Mungkin kerana bosan dengan baitulmal yang tak kasihkannya maka Ahli Parlimen Rembau tersebut telah membawa Magnum untuk membantu orang miskin di Rembau. Tahniah KJ.

(pic di ragut dari blog Harimau Menaip)

9 comments:

  1. 'tahniah' itu satu sindiran........

    saya sengaja menulis begitu biar org yang membaca berfikir....

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:10 PM

    Saya harap Ahli2 agama di Negeri Sembilan dalam berikan pendapat mereka dalam isu ini..(Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Dan Yayasan Sofa )..Jangan jadi SYAITAN BISU...yang membiarkan kemungkaran dan kebaikan bercampur.. Harap dapat ambil tanggungjawab demi amanah Allah SWT...

    ReplyDelete
  3. Kam kam...ahli agama di Negeri Sembilan? Ada ke?

    Kalau ada, den pun nak belajar Mandi Wajib.

    (saja tulis begitu, den nak pembaca berfikir)

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:22 PM

    Ini satu cabaran buat ahli agama..Jgn sehingga mereka disamakan setaraf dengan ahli kelab persatuan aje...Wahai Bang Rimau yang pandai menaip...

    (juga sengaja tulis begitu agar pembaca kot-kot boleh berfikir)

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:38 PM

    keADILan sokong judi.... ucap tahniah pada syarikat judi yang beri sumbangan??

    ReplyDelete
  6. heeeeeee...astagaaaaa... sy yg xbrapa fhm pun blh fhm itu satu sindiran... hmmmmm... sbodoh2 sy pun tau magnum tu apa...

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:55 AM

    Chegubard,

    Mengatakan politik perkauman telah berkubur bersama Piliharaya Umum ke 12 Mac 2008 lalu adalah satu kesimpulan yang simplistik paling salah sekali bagi seseorang rakyat Malaysia. Nampaknya memang sudah ramai yang termakan dengan paluan gendang yang di mainkan oleh individu dan golongan tertentu - Perkauman adalah satu kesalahan yang sangat BESAR dan mestilah di hapuskan sama sekali.

    Nampak jelas bagaimana individu dan kelompok tersebut telah berjaya mempengaruhi orang seperti saudara Bard ini. Tujuannya hanya satu iaitu untuk BERKUASA. Orang seperti Melayu Bard ini semakin hari semakin ramai bilangannya, berjangkit seperti wabak demam denggi. Jika tidak di kawal dan dibiarkan, golongan Melayu inilah yang akan musnahkan Melayu. Bagi mereka, Melayu tidak perlu di pertahankan.

    Pada pandangan saya, Bard dan golongan seangkatan dengannya tidak pernah merasakan banyak penderitaan dalam hidup sebagaimana ramai lagi orang Melayu di luar ini. Bard juga merasakan, keperluan untuk saling membantu, mempertahankan dan memajukan sesama bangsa tidak penting bahkan boleh menjadi KESALAHAN. Mungkin juga Bard tidak pernah mendapat apa-apa faedah dari masyarakat beliau yang di panggil "Melayu" atau hanya jenis "kacang lupakan kulit"

    Bagi saya, kepentingan mempertahankan Bangsa sama jugalah pentingnya mempertahankan keluarga dan Agama. Jikalau Bard tidak mempertahankan Bangsa, adakah golongan lain India dan Cina akan mempertahankan kita.

    Jika Bard mengatakan perasaan perkauman patut di hapuskan, saudara bertanyalah kepada kaum lain terlebih dahulu terutamanya kaum CINA.

    Sebagai contoh realiti perkauman yang masih menebal di Malaysia, saya ingin bertanya saudara 2 soalan,

    (1) Pernahkah saudara Bard bekerja di satu syarikat perniagaan kepunyaan taukeh Cina ataupun big bossnya orang Cina? Kalau pernah, sudah tentu Bard pernah melihat bagaimana kaum kita di diskriminasi dari pelbagai sudut, daripada kenaikan gaji sehinggalah peluang untuk memajukan diri dalam kerjaya.

    Jika belum, ternyata saudara belum cukup memahami realiti perkauman di Malaysia - Perbanyakanlah lagi pengalaman hidup saudara.

    2. Jika saudara Bard seorang peniaga, pernahkah saudara Bard mendapat sokongan dan bantuan dari golongan Cina? Pernahkan mereka membeli barangan/perkhidmatan dari saudara jika mereka boleh dapatkan dari kumpulan mereka.

    Jika saudara juga belum berpengalaman dalam hal begini, tidak salahlah jika saya menyatakan kefahaman saudara mengapa pentingnya mempertahankan Melayu jauh TERSASAR.

    Bard, perlu dinyatakan, walaupun saya pernah menjadi ahli UMNO, tetapi semenjak tahun 1999 saya telah menukar arah. Tidak ada undi saya kepada UMNO/BN dalam 3 pilihanraya sehingga 8 Mac 2008. Saya juga bergerak menjadi agen untuk mempengaruhi seramai mungkin agar mereka menolak UMNO/BN. Jadi, jangan SALAH anggap saya ini mewakili UMNO.

    Saya tidak menyokong UMNO/BN tetapi saya juga menentang mereka yang tidak menyangai BANGSAnya sendiri.

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:24 AM

    Kecoh la korang ni,

    Bila mana PAS dan KeAdilan sokong pembinaan Ladang Babi Mega, korang diam pulak, sampai ahli agama PAS pun sokong, LOlo lagi sokong, Lepas tu, bila hasil BABI dah jual, kerajaan negeri kutip cukai, dan agihkan untuk bina masjid pula, sebab bila dah masuk akaun, tak tau nak beza mana halal dan haram.

    Lembu korban yang halal pun boleh jadi haram jika duit yang digunakan tu duit haram.

    hahaha. ahli Agama PAS pun tak tau mana halal dan Haram, Setakat Ana, Anta dan Unta sahaja..

    Yassalammmm....

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:42 AM

    ader berite yg pnh ku dgr sendiri dari mulut org cine(bkn islam)
    yg mengatekan....
    "kami olang2 cina(BKN ISLAM) xtakut sama ini malayu(ISLAM) yang makan duit halam...
    tp kami takut sama itu malayu yg xmau makan duit halam"
    can somebody tell me about this thing....
    what is happening...???
    HALAM yg dimaksudkan bkn duit jual babi or wat...
    tp RASUAH!!!
    smpi bile??umat islam nk menghine agame sndiri?

    PAS??
    mane hukum islam???
    smpi bile nk berlarutan maksiat??

    ReplyDelete