che'GuBard selaku Ketua Bahagian Rembau dengan ini menyokong sepenuhnya kenyataan Ahli Parlimen Rembau ini.
Namun untuk pengetahuan YB Khairy, pemimpin Umno lah yang sering mengganggu proses agihan bantuan tidak kira dari Baitulmal atau mana - mana agensi yang mengagihkan bantuan termasuklah TEKUN , Mara dan seumpamanya. Kami punya rekod aduan ketika pemohon membuat permohonan ada agensi yang bertanyakan keahlian parti politik pemohon. Malah berdasarkan agihan bantuan zakat ketika Perdana Menteri menyampaikan cek ketika melawat Negeri Sembilan pada Ramadhan lepas, agihan diberikan berdasarkan kepentingan politik juga.
Contohnya dua pertubuhan bukan kerajaan yang menfokuskan kegiatan mereka membantu anak yatim dan ibu tunggal di Rembau ini di sisihkan dan diberi amaran kerana terlibat dalam aktiviti membantu rakyat susah di Rembau bersama keADILan. Dua organisasi ini tidak terlibat dalam aktiviti / kegiatan politik bersama keADILan tetapi hanya bersama dalam program kemarasyakatan namun pihak Umno khususnya pihak ADUN Chembong memberikan amaran kepada mereka. Ini amat menyedihkan.
Jika benar YB Khairy jujur dalam mengeluarkan kenyataan tersebut, keADILan Bahagian Rembau sanggup bekerjasama dalam mengumpulkan data rakyat miskin dan agihan bantuan. Harapnya ia bukan hanya kenyataan retorik menjelang pemilihan Umno untuk meraih undi semata.
betullah kata orang badrul sengaja bagi KJ menang dan dia menerima habuan ratusan ribu....
ReplyDeletesekarang dia tengah balas budi bantu Kj memang lawan Mukhriz
ape la..benda betul kj cakap cikgu bad sokong la..jgn la main politik sempit k..pembangkag pun dah matang
ReplyDeleteBetul..
ReplyDeleteSaya ada bukti KJ masukkan 3.7 juta dalam akaun Chegubard untuk rolling bussines KJ (Kopi Jantan)..Sapa nak maklumat perlu belanja saya minium KJ (Kopi Jantan)....hahahahaha
ni yang poning nie kojap kato tok mat bayar bad lawan kj .... ni kato kJ lak yg bagi duit hahahahaha
ReplyDeleteponing ...poning
Biasalah dalam politik. Pembangkang kata UMNO macam tu dan macam ni. UMNO lak kata pembangkang macam tu dan macam ni. Masing-masing nak memperjuangkan agenda masing-masing... Tapi biasanya pembangkanglah yang lebih-lebih mengata kat UMNO...
ReplyDeletetak kisahlah.... bagus ada pembangkang ni... baru parti pemerintah buat keja elok sket.. ye tak?
ReplyDeleteBard juga sudah menjadi sebahagian dari tingkat 4.... kami kecewa menyokong dia...
ReplyDeleteHidup Tok Mat....
mana yg boto kito sokong..mano yg salah kito bangkang...matang la sket brader2 sumo...jgn amalkan politik sempit...
ReplyDeleteKt sini sy x paham,knp syukur magnum dtg mmbantu???Bkn ke magnum agengsi no ramalan?Xkan gune kan duit ekor utk bantu org.Mksud nye disini keadilan mnyokong judi la ye..
ReplyDelete