Monday, November 24, 2008

Anti ISA di belasah, pro ISA di benar


Semalam merupakan hari jelas bagi menilai tahap demokrasi Malaysia. Siangnya sekumpulan kononya merupakan gabungan beberapa pertubuhan Melayu - Islam telah berkumpul di sebuah bangunan yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kumpulan ini kononya membincangkan mengenai survival masa depan Melayu. Secara beremosi (tanpa permit) mereka telah keluar dari dewan persidangan berarak di jalan raya menuju ke Balai Polis berhampiran untuk membuat beberapa laporan polis berkenaan beberapa isu yang mereka nilai menghakis hak Melayu.

Ketika ditengah jalan dua kali kejadian anak - anak muda (ada yang diupah) dalam keadaan emosi melemparkan kata kata kesat dan mengancam beberapa orang bukan melayu yang ditemui. Namun polis bersikap begitu profesional dengan mengawal keadaan, lalulintas dan menasihat sahaja.

Paling menarik ialah kumpulan ini menjerit dan memakai baju kekalkan ISA kerana ISA menjaga hak Melayu ... Kumpulan ini hanya kononya terdiri dari NGO tanpa berani mengatakatan melibatkan mana - mana parti politik. Mungkin parti politik perkauman tak berani mengaku bersama kerana takut hilang undi.

Malamnya sekumpulan yang lebih besar lagi dari kumpulan siang tadi dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang bergabung di bawah Gerakan Mansuhkan ISA mengadakan perhimpunan di Padang MPAJ, Pandan. Malangnya ratusan polis dikerahkan ke lokasi untuk menggagalkan program yang diadakan. Malah 9 orang telah ditangkap dan puluhan lagi peserta dikasari oleh Polis.

Tindakan Polis ini amat dikecam.

Kepada kumpulan yang kononya memperjuangkan Melayu dibenar walaupun penuh emosi tetapi Majlis yang lebih terancang bersama semua rakyat Malaysia tanpa kira latar belakang dihalang.

6 comments:

  1. Anonymous5:35 PM

    HIDUP MELAYUUUU....!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kumpulan ini sudah tentu ditaja oleh orang UMNO. Dulu UMNO akan terang-terang membuat provokasi, tetapi selepas kalah teruk dalam PRU lepas, maka terpaksalah menggunakan proksi, contohnya menaja NGO tiga suku ini yang menyokong akta yang zalim.

    Manusia jenis apa yang rela menegakkan benang basah asalkan mendapat uang ...

    Apakah mereka tidak sedar tindakan ini cuma akan menguatkan keazaman rakyat untuk membuang akta ISA.

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:18 PM

    ini dikatakan polis double standart sepatutnya musa hassan letak jawatan.

    ReplyDelete
  4. Inilah politik negara kita di mana kerajaan yang memerintah masih menggunakan taktik-taktik kebudak-budakan untuk kononnya melumpuhkan pembangkang dan penyokongnya.

    Jikalau kita lihat daripada konteks lain, tindakan kerajaan ini akan hanya melemahkan sokongan dan menyinggung persepsi rakyat terhadap parti pemerintah.

    Rakyat dapat menilai kesopannya dan tahap keadilan sesebuah organisasi biar dia NGO atau kerajaan. Rakyat sekarang peka dan matang akan keadaan politik negara dan segala gejala BN yang tamakkan kuasa dan kekayaan dapat dirasai rakyat.

    Kepercayaan kita di dalam PKR adalah terhadap keadilan dan rakyat adalah bersama kita. Inilah yang paling penting buat kita, biar sekarang mahupun masa depan.

    Asalkan rancangan-rancangan kita tidak lari dari perjuangan keadilan kita, segala yang dilakukan kami atau terhadap rakan-rakan kita akan lebih terserlah di hati jwa rakyat.

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:03 AM

    silap haribulan la PERWARIS buat demo hari yang sama dengan GMI. Biar dunia nampak PDRM sememangnya mempraktikan double standard.

    ReplyDelete
  6. Akta Hasutan 1948,Akta ISA 1960
    Inilah undang-undang keadilan yang ditegakkan dalam negara, kesian kalau tengok di Thailand rakyatnya hidup dalam ketakutan, tergugat nasi periuk mereka.
    Alhamdulilah Malasysia masih lagi terkawal, jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga

    p/s penaja - moga rakyatt Malaysia dilindungi dari kecelakaan dan sentiasa disinari dengan keamanan dan kesejahteraan.... Amin.....

    ReplyDelete