Monday, July 23, 2007

Takziah...

Sekitar seminggu lepas terlalu banyak yang berlaku khususnya di Malaysia untuk ditulis atau dikomen tetapi malangnya di kesibukan di Korea ini amat sibuk dengan aktiviti akedemik dan non akedemik. Terpaksa membuat beberapa kerja yang dapat mengumpul sedikit wang untuk 'cover' sikit wang tiket untuk pulang bercuti Ogos ini. Selalunya malam sebelum tidur yang dimanafaatkan untuk menulis tidak lagi boleh berlaku apabila laptop sudah tidak boleh digunakan lagi (hard disc crash)......
Salam takziah kepada keluarga anggota tentera yang terbabit dalam nahas Nuri baru - baru ini. Nampaknya sudah jadi trend anggota tentera Malaysia mati tidak berperang. Persoalan yang perlu ditanya sekarang ini ialah siapa yang harus bertanggung jawab dengan kematian demi kematian anggota tentera kerana kegagalan peralatan ketenteraan negara ini ?
Ini mengingatkan aku dengan cerita hindustan Rang De Basanthi yang menceritakan bagimana kematian seorang juruterbang tentera mati kerana jet MIG yang dibeli oleh India dari Russia gagal berfungsi dengan sempurna. Sebelum itu India semenangnya porpular dengan kejadian jet pejuang terhempas kerana kegagalan pesawat berfungsi dengan sempurna.
Pada mula berita kematian Menteri cuba bermain 'wayang' dengan menunjukkan kononya dia sedih dengan trajedi tersebut.
Kematian juruterbang itu telah membangkitkan protes yang diketuai oleh emak juruterbang tersebut. Desakan siasatan dilakukan terhadap korupsi melibatkan pembelian senjata dan Menteri Pertahanan meletakkan jawatan. Polis digunakan dengan kejam untuk mematahkan protes rakyat sehingga dalam satu demonstrasi depan 'India Gate' emak juruterbang yang mati itu dipukul dipukul polis hingga koma.
Masih teringat dialog Menteri dengan kroni yang mengendalikan pembelian senjata. Menteri gusar dengan protes rakyat ditenangkan oleh kroninya dengan mengatakan "katakan pada rakyat yang apa nak pelik...mereka memilih untuk menjadi tentera ialah mereka yang bersedia mati untuk negara...sekarang atau akan datang pasti mereka akan mati..tunjukkan sahaja kesediahn dan keperihatianan menteri depan rakyat..beri penghargaan dan anugerah pada mereka yang mati...rakyat akan lupa...dan kau akan terus berkuasa dan kita sama sama kaya"....
Selepas kejadian Nuri yang merupakan siri kematian atau pembaziran nyawa anggota tentera Malaysia yang mati bukan kerana perang. Cerita Bollywood ini umpama reflek kepada realiti hari ini. Cuma bezanya dalam filem tersebut rakyat tidak mudah ditipu oleh muka sedih dan air mata buaya si Menteri....
Cadangan kepada dua isu yang di 'pickup' media Malaysia sekitar seminggu lepas iaitu Nuri dan keracunan di kantin sekolah. Kedua isu ini mungkin boleh diselesaikan dengan cara yang sama iaitu yang berkuasa harus berkongsi menggunakan subjek yang sama dengan rakyat kebanyakan.
Di hampir kesemua kantin sekolah di seluruh negara, makanan guru dan murid diasingkan. Malah lazimnya bukan sahaja jenis makanan, bahan bahkan peralatan penyedian makanan juga berbeza untuk murid dan guru. Dan selalunya makanan yang enak dan bersih pasti disediakan untuk guru khasnya pentadbir sekolah seperti Penolong Kanan dan Guru Besar. Malah Kantin akan menyediakan makanan khas jika ada pelawat seperti dari Pejabat Pendidikan dan seumpamanya. Ini untuk meastikan semua yang mempunyai kata pemutus ini selesa untuk melanjutkan lagi kontrak operator kantin. Manakala pemberi pendapatan utama kepada operator kantin iaitu pelajar sekolah selalunya diberikan makanan ala kadar yang kadang kala cara penyediaan kotor dan bahan luput tarikh digunakan sehingga mengakibatkan keracunan makanan.
Kes kematian tentera kerana kegagalan perlatan kententeraan dan keracunan pelajar sekolah ini umpama cerita yang berbalik balik. Bila berlaku semua seperti terkejut tetapi lupa apabila sudah sebulan berlalu. Tidak ada usaha serius dari yang berkuasa.
Satu cara terdekat untuk mencari penyelesaian 'segera' iaitu yang berkuasa guna benda yang sama dengan rakyat kebanyakaan. Di kantin semua guru, pentadbir termasuk jika pegawai jabatan pendidikan lawat sekolah perlu makan makanan yang sama dengan murid, dan semua Menteri Pertahanan termasuk isterinya (Imelda Marcos Malaysia) harus menggunakan Nuri dan apa juga yang biasa digunakan oleh tentera.
Dengan cara ini pasti yang berkuasa pemutus itu pasti sedar betapa mereka meletakkan harga murahnya keselamatan rakyat biasa...........
tapi rasanya mereka akan pilih untuk ulangan wayang tunjuk sedih dan marah bila trajedi berlaku dan lupa bila dah sebulan ....kerana rakyat Malaysia 'sengal'....
Selagi rakyat peluk tubuh kita akan terus di tipu....tunggu apa lagi ?

4 comments:

  1. suruh vip lak naik nuri

    ReplyDelete
  2. duriyen12:36 PM

    Saya nak bagi komen tentang isu keracunan makanan di sekolah. Untuk pengetahuan che gubard, ada sekolah yang tidak mengasingkan makanan antara pelajar dengan guru. Mereka membeli makanan yang sama. Selain itu ada guru yang ditugaskan memantau kantin dari segi penyediaan makanan, kebersihan, harga dan aduan dari guru dan pelajar berkenaan kantin. Eloklah kalau che gu sendiri melihat di sekolah daripada mendengar dari orang lain.

    ReplyDelete
  3. salam....'duriyen'..

    saya amat memahami dan berterima kasih atas teguran saudara.... apa yang saya tulis ialah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sendiri khususnya ketika saya berkhidmat sebagai guru.

    Namun diakui tidak semua sekolah melakukan pengasingan tersebut tetapi majoritinya berlaku.

    terima kasih atas respon anda !

    ReplyDelete
  4. Bukan apa...tunggu najib sendiri yang jatoh terhempas dgn Nuri ni saja baru depa terketaq2 dan dan tukaq pakai helikopter lainn...Akai ada kaaa...?????

    ReplyDelete