T-shirt tertera nama Bersih dan dibelakangnya tertera empat tuntutan utama Bersih terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan Malaysia bakal dipakai oleh semua peserta yang akan menyertai himpunan aman itu nanti.
Namun bagi yang tidak mampu mendapatkan t-shirt tersebut bolehlah menmakai apa jua yang berwarna kuning. Kuning diangkat menjadi warna protes yang dipersetujui oleh semua gabungan BERSIH. Kuning dipilih kerana ia warna yang terang dan menarik.
Kuning ini boleh diterjemahkan denagn perbagai tetapi secara peribadi kuning boleh diterjemahkan sebagai warna 'AWAS' kepada penguasa. Sesuai dengan mood protes BERSIH kuning akan menghantar masej kepada penguasa supaya mengembalikan demokrasi secara pilihanraya yang bersih dan adil.... rakyat sudah bosan dan sedar mengenainya..jika penguasa gagal memberi jaminan pilihanraya yang adil dan bersih maka rakyat akan bangkit menuntutnya.
Jawatankuasa teknikal perhimpunan telah bersetuju dengan tema Selamatkan Malaysia untuk Perhimpunan 10 November 3 Petang tersebut. Rakyat Malaysia diseru turun beramai ramai secara aman dengan bunga kuning, belon dan pakaian serba kuning.Dari tarikh 3 - 10 November rakyat boleh mula menyatakan protes dengan menggunakan warna kuning sama ada riben kuning di baju atau kereta, tali leher kuning, beg kuning atau apa sahaja......
Adakah rakyat Malaysia bersedia dengan tuntutan perubahan Aman seumpama Orange Revolution yang menyaksikan kebangkitan rakyat Ukraine menolak keputusan pilihanraya turun beramai - ramai secara aman di jalanraya dan mengangkat kemudian rakyat sendiri mengisytiharkan Viktor Yushchenko sebagai Presiden secara aman. Ini berlaku kerana amaran - demi amaran diberikan untuk membersihkan pilihanraya tetapi tidak dipedulikan oleh pemerintah Ukraine sebelum itu.
No comments:
Post a Comment