Monday, October 01, 2007

Bebaskan segera Farooq Tariq dan semua tahanan politik Pakistan

27 September lepas saya telah mendapat email dari Parti Buruh Pakistan yang menerangkan kedudukan semasa Pakistan dan mengenai protes serta tahanan yang dilakukan oleh Regim pemerintah ke atas aktivis politik.

Kenyataan melalui email dari Parti Buruh Pakistan itu turut membangkitkan persoalan 'kenapa masyarakat dunia' terlalu memberikan perhatian kepada Burma semata mata dengan melupakan malah menyokong regim Diktator di bawah Ganeral Parvez Musharraf di Pakistan yang kononya sedang giat dalam perang anti pengganas.

Di sini ingin saya perjelaskan bukanya masyarakat dunia memilih untuk bersikap pilih kasih dalam mengenengahkan isu sebaliknya ia adalah kerana liputan media yang terhad yang mampu diperolehi oleh kumpulan masyarakat progresif di dalam dunia yang hampir dikuasai kapitalis ini.

Dengan tidak menafikan perjuangan dan pengorbanan teman - teman di Pakistan yang turut bangkit memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi menentang regim tentera yang menguasai Pakistan, berkongsi aspirasi dengan masyarakat yang prihatin mengutuk tindakan keterlaluan Regim Tentera Musharraf yang menggunakan kuasa menangkap lawan politik.

Dengan ini mendesak Faruq Tariq, Setiausaha Agong Parti Buruh Pakistan dan semua tahanan politik. Alasan tangkapan sebahagian dari kempen anti pengganas adalah alasan yang tidak boleh diterima pakai.

Manusia pasti bertindak jika hank mereka dicabuli. Adakah bertindak mempertahankan hak kerana undang undang gagal mempertahankannya satu keganasan ? Satu saja cara untuk memerangi 'pengganasatau keganasan' (jika ia wujud) iaitu dengan memberikan keadilan kepada semua. Kembalikan demokrasi kepada rakyat Pakistan !

Faruq Tariq bukanlah asing, beliau sememangnya dikenali sebagai watak yang menetang secara terang dan praktikal setiap kali penindasan berlaku. Dari isu besar yang kompleks kepada isu yang mudah dan ringkas beliau sentiasa ke depan 'turun tangan'.

Masih diingati beliau merupakan antara watak yang ke depan semasa protes menentang perkomersialan WSF di Nairobi pada Januari 2007. Dalam usaha membantah ini beliau tidak sekadar protes tetapi beliau sendiri mengumpulkan kumpulan yang prihatin dengan membuka kedai 'anti bushblair curry'. Beliau benar memahami perjuangan adalah pelaksanaan kata - kata dengan beliau sendiri yang memasak dan menjualnya sehingga semua dapat menikmati makanan yang enak dan murah. Tindakan beliau ini merupakan memori yang tidak boleh dilupakan oleh majoriti aktivis yang menyertai WSF awal tahun ini.

Kemudian beliau juga di ingati kerana penglibatan aktif beliau semasa persidangan di Kathmandu hujung Julai 2007 berhubung dengan Perhimpunan Agung South Asian Aliance of Poverty Eradication (SAAPE), beliau antara tulang belakang yang menjayakan persidangan itu.

Sesungguhnya banyak penindasan dan kekejaman yang berlaku dalam dunia yang rosak sistemnya ini. Dunia yang penuh penindasan dan kepura puraan ini seharusnya ditamatkan segera ! Ia hanya boleh ditamatkan dengan kesedaran massa dan penyatuan marhaenis bersama menentang dimana sahaja berlaku kezaliman.


salinan email dari Pakistan

Dear comrades!

Farooq Tariq, General Secretary Labor Party Pakistan, along with 10 party members, was arrested once again on Thursday (27th Sept 07), from outside Lahore High Court, third time in last three months. He was under ground for the last three days as police was looking for him to arrest him. On Thursday he surfaced for a while to participate in lawyers protest rally against General Mushrraf. Labor Party fully participated in the rally to mark protest against the filing of nomination papers by General Mushrraf for the second presidential term. The moment Farooq tried to board his car after the termination of rally at about 12 noon, a contingent of Punjab police encircled him and arrested him without showing any arrest warrants. Police also arrested 10 other party members, most of them brick kiln workers, who were peacefully dispersing after the rally. Police drove them all to Old Anarkali Police Station and detained there.

When party comrades, friends and journalists reached the police station to meet detained comrades they were refused to see them. Police also refused to reveal details of the arrests. After four hour police allowed to see the arrested comrades, and by then they registered a case against them under Terrorist Act and 16 MPO.

Meanwhile in the afternoon, members of Labor party Pakistan held a protest demo in front of Lahore Press Club to condemn the arrests and demanded immediate release of the arrested comrades and all political prisoners. According to police the arrested comrades will be produced before the anti terrorist court on Friday. Human Rights activist Asma Jehangir, Rabeya Bajwa advocate and Abid Saqi advocate will defend Farooq Tariq and 10 other arrested party comrades.

Following are the names of the comrades arrested by police: Farooq Tariq , Javed Masih, Sabir Hussain , Waris Masih, Mohammad Munir , Mohammad Sadiq , Mohammad Iqbal , Allah Ditta Masih, Mohammad Hassan , Allah Ditta, Qasim Ali, Khaliq Shah
on behalf of Labor Party Pakistan Ph: 0321-9402325

No comments:

Post a Comment