Thursday, December 14, 2017

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan pendakwa

Catatan umum

14 Disember 2017




1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi apabila 12 Disember 2017 apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan menolak rayuan pendakwaraya. Yang Arif Hakim SM Komaty telah menolak rayuan pejabat peguam negara dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang mana pada 14 Oktober lalu telah membebaskan che'GuBard atas pertuduhan berkaitan kesalahan menganjurkan Himpunan BlackOut 505 pada Mei 2013. Himpunan Blackout 505 yang dihadiri hampir 50,000 orang itu diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya ekoran pembongkaran penipuan pilihanraya umum ke 13.

2. Kes ini berjalan cukup lama, diperingkat Mahkamah Sesyen sudah dua kali dilepas tanpa bebas dan tiga kali didakwa semula. Pada peringkat pemulaan saya diwakili oleh peguam dari PKR namun kerana kritikan terbuka saya terhadap korupsi berkaitan Azmin Ali, apabila pendakwaan semula peguam PKR yang sebelum itu tidak muncul membantu. Namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam YB Gobind Sigh Deo dan Peguam Sdr Haijan yang telah membantu saya secara 'pro bono' sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan. Tindakan pejabat peguam negara ini boleh disifatkan membuang masa mahkamah, dalam keadaan banyak kes tertangguh yang jauh lebih penting tetapi terpaksa melayan kes 'politik' seperti ini. Sebelum ini pun sudah ada keputusan mahkamah pun yang menyatakan Akta Perhimpunan Aman yang mana pertuduhan ini disandarkan bercanggah dengan perlembagaan.
 (untuk baca lanjut klik)

3. Sehari sebelum keputusan ini dibacakan saya telah pun menghubungi beberapa' adik beradik tua' keluarga besar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dimana jika keputusan mahkamah memutuskan saya bersalah dan saya didenda maka saya memutuskan tidak akan membayar denda dan lebih rela ke penjara. Saya juga meminta jangan ada kutipan derma khususnya dikalangan SAMM berkenaan denda saya ini. Saya sebut pada mereka dengan jelas cukuplah selama ini saya mempengaruhi mereka berjuang sehingga bergolok bergadai dan memberi kesan besar terhadap keluarga tanggungan mereka yang mana akhirnya bila ada kuasa sedikit ramai yang korup dan kaya raya hasil korupsi dalam kekuasaan yang minima itu. Jika ada wang jangan kutip untuk kes ini sebaliknya bawalah anak - anak berjalan sempena cuti sekolah dan gunakan untuk beli peralatan sekolah yang cukup untuk keluarga. Saya juga memesan tidak perlu nak bakar lilin dan seumpamanya sebab semua ini akhirnya akan dianggap luka kecil ditangan orang kaya yang berkuasan.

(untuk bacaan lanjut klik)
4. Saya memutuskan untuk tidak membayar denda malah sedia ke penjara sebagai menifestasi kekecewaan bagi membuka mata betapa perjuangan ini sangat tidak berprinsip dan penuh kemunafikan.Ya kita lawan keptokrasi besar tapi masa yang sama dalam kita berlumpa 'kelepet' (korup) dan dengan mudah siapa dedah 'kelepet' dikalangan pembangkang maka ia akan dilebel makan dedak. Sedangkan bukalah mata yang menuduh orang makan dedak itu semuanya makin kaya dan hidup mewah yang berjuang atas prinsip terus kekal begitu sejak dulu. Kemunafikan yang keterlaluan juga apabila yang korup dan melanun serta menghancurkan sistem negara kita serang tetapi sebaik sahaja bertukar untuk duduk bersama kita sanjung malah siapa pertikai akan dianggap musuh. Bukan sahaja Mahathir tetapi lihat Abdul Rashid Asari bekas Ketua SPR yang sangat korup dan menggunakan kedudukanya mengancurkan sistem demokrasi negara. Tanpa menjalani apa hukuman dan tanpa ada sebarang 'pemulangan rompakan rakyat' dia hanya tidak mendapat habuan di sebelah Najib Razak dia beralih kem dan mula menzikirkan slogan rakyat secara penuh kemunafikan. Yang bersusah payah melawan SPR dalam perbagai kes ada yang terus terbiar malah ada kes yang belum selesai namun si barua Rashid diangkat menjadi hero. Bayangkan kelompok ini punya kuasa apa nasib rakyat sekalianya ? Adakah ia hanya operasi menggantikan Coca Cola dengan Pepsi atau Babi dengan Khinzir ?

5. Itulah latar belakang keputusan saya 11 Disember 2017 yang tidak mahu membayar denda jika didapati bersalah. Namun keputusan sebaliknya, Alhamdulillah walaubagaimana pun saya tidak akan henti mengajak rakyat terus bercakap atas prinsip dan menolak kemunafikan memperkudakan nama rakyat semata.

6. Bagi kes ini pejabat peguam negara boleh merayu satu peringkat lagi. Peguam Gobind sudah menyatakan jika rayuan dibuat dia sedia tampil mewakili saya namun menyifatkan tindakan jika peguam negara rayu ia tindakan membuang masa. Saya juga masih ada satu lagi kes di peringkat rayuan juga diwakili oleh Peguam Gobind dan Haijan Omar. Terima kasih yang sentiasa mendoakan serta memberikan sokongan. T.Kasih keluarga besar SAMM, kalian anugerah Allah pada saya.

Memetik kata seorang pejuang revolisuner rumpun ini.



catatan oleh ; che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comment:

  1. Anonymous7:46 AM

    Bila kita sudah tiada, tiada siapapun akan mengingati perjuangan sia2 seperti saudara dan saya buat itu. Ia tidak akan ke mana. Seperti saya, sesudah saya tua keadaan masih lagi sama....

    ReplyDelete