Thursday, August 03, 2017

SPRM patut tangkap tuan beg bukan tukang angkat beg

Kenyataan Umum

2 Ogos 2017
ZAHID MD ARIP, AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI BUNGA RAYA CUMA BUDAK SURUHAN ISA SAMAD
FELDA sejak dikorporatkan di bawah Tan Sri Isa Samad sememangnya terlalu banyak kepincangan dan skandal diperkatakan. Bukan sahaja Isa Samad tetapi sebelum ini ligat diperkatakan peranan Isteri dan keluarga Isa Samad juga. Malah jauh awal sebelum ini bukanlah rahsia ada ahli keluarga Isa Samad juga telah disoal siasat oleh SPRM berkaitan skandal mengambil komisyen berkaitan urusan FELDA.


Sejak FELDA dikorporatkan, pihak pembangkang telah menjadikannya antara agenda utama kerana ia berkait rapat dengan kepentingan kira – kira 100,000 keluarga seluruh negara dan lebih lagi kehilangan wang serta kerugian tidak munasabah yang sangat besar telah dikesan.

Setelah wujudnya parti Mahathir iaitu parti cap Bunga Raya, kononya harapan untuk mengubah undi warga FELDA sangat tinggi. Bunga Raya antara yang bergerak masuk keluar kawasan FELDA mendesak siasatan ke atas kehilangan wang FELDA khususnya selepas pemecatan Isa Samad baru baru ini. Namun harapan ini menjadi sedikit kabur apabila SPRM telah menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bunga Raya iaitu Zahid Md Arip kerana terlibat dalam mengambil komisyen dalam rundingan pembelian hotel oleh FELDA Investment Corp (FIC). Di sini barulah terbongkar rupanya pimpinan Bunga Raya juga menjadi sebahagian dari anggota struktur korup FELDA yang telah menghilangkan banyak wang itu.
Bunga Raya dan pembangkang keluar masuk kawasan FELDA desak SPRM bertindak mengenai kerugian dan kehilangan wang FELDA. SPRM pun menjalankan siasatan bermula dengan rundingan pembelian Hotel oleh FIC yang melibatkan nilai ratusan juta ringgit yang mana dikatakan FIC telah membeli beberapa hotel termasuk di London dengan nilai jauh lebih tinggi dari harga pasaran. SPRM membuat serbuan merampas fail – fail berkaitan, setelah dipastikan sememang sahih pembelian jauh di atas harga pasaran maka tangkapan dibuat.
Semalam seorang pemimpin parti cap bunga raya antara yang ditangkap. Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), penangkapan ini masih bersifat politik kerana kes ini kes lama. Menurut maklumat yang diperolehi, SPRM sudah menjalankan siasatan yang mana turut menyoal siasat ahli keluarga Isa Samad namun ia terhenti begitu sahaja.

Maka timbul persoalan, adakah Zahid Md Arip yang merupakan bekas Pemuda Parti Keadilan Nasional ini akan ditangkap jika masih berada dalam Umno dan masih menjadi ketua sebuah gerakan menyerang Anwar (TIBAI)?
Ini bukan sesuatu yang pelik kerana sememangnya semenjak zaman Mahathir menjadi PM, Mahathir telah memperkudakan semua agensi bagi menekan musuh politiknya. Kalau siapa lawan akan ditahan dengan perbagai alasan.
Bagi SAMM Zahid Md Arip hanyalah seorang tukang angkat beg Isa Samad kerana berdasarkan kelulusan akedemik jelas dia sendiri tidak layak pun menjadi pegawai khas kepada Pengerusi FELDA mahupun Pengerusi FGV. SPRM sedang ditertawakan kerana hanya menahan tukang angkat beg. Rakyat sedang menantikan bos iaitu pemilik beg itu ditahan sebagai bukti seriusnya SPRM.
PH khususnya Parti Cap Bunga Raya dituntut untuk menyatakan pendirian apabila terbongkar yang pimpinan tertingginya merupakan sebahagian dari struktur FELDA yang telah menghilang dan mencatatkan kerugian yang tinggi itu. Adakah koruptor akan suci bersih sebaik sahaja menyertai PH atau pembangkang ? Jika begitu Isa Samad atau Najib sendiri jika sertai pembangkang juga akan bersih seperti mana Mahathir ?
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


4 comments:

  1. Anonymous11:19 AM

    Tahniah SAMM atas ketegasan yang berprinsip

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:31 AM

    Bagi PH menang pru dulu. Barulah Daeng Jib dan wak kartolo pemilik beg itu dapat kita tangkap

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:04 PM

    Dah la boy...
    Pergilah masuk hutan duduk atas pokok enau

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:16 AM

    Dah rasa kuat .. mula la tunjuk belang .. mereka ingat mereka sahaja yg berjuang .. terbaik Chegu Bard!

    ReplyDelete