Pada tahun 1986, Mahathir memilih untuk menganugerah projek Lebuh Raya Utara Selatan kepada syarikat milik persendirian UEM walaupun pada hakikatnya bahawa tawaran UEM:
– Yang paling mahal,
– Tidak mempunyai pengalaman pembinaan lebuh raya,
– Memerlukan jumlah tertinggi sokongan kewangan kerajaan
– Cadangan kadar tol tertinggi
– Kadar tertinggi kenaikan tol dan tempoh kutipan tol yang paling lama
– Anggaran kutipan tol tertinggi daripada pengguna dua kali ganda berbanding pembida lain.
Konsesi diberikan kepada UEM adalah untuk tempoh 30 tahun dan ia juga membenarkan UEM untuk mengendalikan dan mengenakan tol terhadap pengguna pada bahagian lebuh raya sudah siap dibina oleh Kerajaan.
Daripada 870km lebuh raya, UEM dibayar untuk membina 500km dan diberi percuma 370km yang telah siap dibina menggunakan dana awam untuk mengutip tol.
Sebenarnya. hampir 370km daripada 870km lebuh raya Utara Selatan itu sudah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sebelum ia diswastakan kepada PLUS. Selain itu kerajaan memberi UEM pinjaman sokongan sebanyak RM1.65 bilion daripada RM3.5 bilion anggaran kos pembinaan, kerajaan juga melindungi UEM daripada kenaikan kadar faedah, kenaikan inflasi, kadar mata wang turun naik dan memberikan mereka jaminan trafik minimum.
Ia adalah satu perjanjian yang sangat baik untuk sebuah syarikat swasta dan sebab atau kriteria untuk memilih UEM oleh Mahathir tidak pernah didedahkan kepada umum.
Sesetengah pemimpin pembangkang kini hanya melawan isu yang mereka anggap besar sahaja, ini mengakibatkan isu korupsi kalangan pemimpin pembangkang seperti korupsi Azmin dan kartelnya disapu dibawah karpet sahaja. Sedar atau tidak cara ini sebenarnya sedikit menjadikan rakyat mula meluat. Mana tidaknya banyak isu rakyat yang terus terkesan dengan rakyat tidak dipedulikan.
Satu perkara contohnya, tidak ada seorang pun pemimpin politik yang bercakap mengenai PLUS sebuah rangkaian lebuhraya terbesar yang tidak lagi menerima bayaran tunai bermula 26 April ini. Ini menyusahkan pengguna. Dalam keadaan duit cukup - cukup ditangan rakyat kini rakyat terpaksa meletakkan duit lebih ditangan PLUS walaupun belum mahu digunakan.
Jika seorang meletakkan lebih RM5 sehari dan berapa juta pengendali sistem ini boleh menyimpan tunai dan berapa 'faedah' boleh diperolehi secara gelap dengan mendera rakyat menyimpan tunai tersebut. Dengan sumbangan simpanan awal ini juga rakyat tetap akan didera dengan kenaikan tol dan tidak ada rebet istimewa diperkenalkan.
Sudahlah memang berbilion keuntungan setahun disedut kini dengan melaksanakan sistem mengumpul duit rakyat awal secara jahat yang dibenarkan oleh kerajaan ini bukan sahaja pengendali lebih untung tetapi mereka akan untung berganda kerana akan berlaku pembuangan pekerja tol dan tidak akan mengambil pekerja tol baru pula lagi.
Mahathir telah menandatangi perjanjian TOL Lebuh Raya Plus selama 30 tahun bermula tahun 1998 sehingga tahun 2018. Pada tahn 1999 sekali lagi Mahathir membenarkan kutipan tol ini dilanjutkan kepada 12 tahun lagi sehngga tahun 2030 bai mengelakkn kenaikn kadar tol sebagaimana mengikut perjanjian yang telah ditandatangi pahun 1998. Pada tahn 2005 Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi terpaksa melanjutkan sekali lagi kada tol selama 8 tahun berakhir pada tahu 2038 bagi mengelakkan kenaikan kadar tol sebagaimana seperti perjanjian yang telah ditandatangai oleh Tun Mahathir pada tahun 1998.
Ini semua kerja gila , kini Mahathir tanpa akui sikap zalim dan penyamunya, dia kudakan pembangkang untuk jatuhkan Najib untuk apa ? Untuk legasi korup dan polisi membuat perjanjian untuk kapitalis menyedut darah rakyat diteruskan ?
Najib pun tak payah poyo poo nak lawan Mahathir kalau dasar Mahathir ni kamu tak berani tukar dan kini kamu ada kuasa bukan setakat PLUS mencekik rakyat kini nak kena ada tourch n go pula simpan duit awal dengan PLUS sebelum guna lebuhraya.
Pembangkang terus perjuang isu terpilih dan bertekak sesama mereka, kapitalis terus sedut cekik darah rakyat.
lanjut mengenai UEM dan rompakan awal klik https://www.facebook.com/SudahlahMahathir/posts/1058307527578235