27 September 2016
- Ramai yang hantar mesej minta komen saya berkenaan Mahathir jumpa Agong persembah Deklarasinya.
- Beberapa minggu lepas kedengaran Mahathir Mohamad mengadap DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong yang mana kononya bagi urusan menyerahkan dokumen yang dia namakan Deklarasi Rakyat. Pertemuan ini sebenarnya dengan sendirinya menempelak Mahathir dan geng nya sendiri kerana selama ini dia sendiri pernah mengatakan kononya agong kena tahanan rumah cuma kini bila yang Agong bebas tahanan rumah yang dikatakan Mahathir itu.
- Pertemuan ini adalah pertemuan terdesak kerana Mahathir sendiri panik dan malu bila diasak dengan soalan 'adakah deklarasi berakhir di lautan hindi ?" . Ini kerana gegak gempita ketika nak kumpul tandatangan konon kumpul je sokongan genap 1 juta maka akan terus segera mengadap Agong bagi singkir Najib. Namun dah berbulan lamanya lepas istihar dapat sejuta lebih tak hantar - hantar juga ke Istana, maka ramai memandang sinis.
- Gagal hantar ke Istana bukan kerana Agong kena tahan rumah atau sebagainya tetapi kerana untuk senyapkan kepanasan isu pemalsuan akuan sokongan dengan membeli pengkalan data dan menyalin ke dalam borang sokongan online deklarasi tersebut. Penjual pengkalan data tersebut sendiri muncul membuat akuan bersumpah. Dia tetap mempertahankan akuan bersumpahnya walaupun dia diasak dan siap difitnah dengan kewujudan akuan bersumpah palsu. Dia mencabar jika dia menipu dalam surat akuanya maka dia sedia diambil tindakan undang - undang. Mahathir panik dan terpaksa mengaku memang wujud akuan sokongan atau tandatangan palsu dalam Deklarasi rakyat itu.
- Deklarasi terpaksa diperam sekian lama bagi memastikan isu pemalsuan itu sejuk. Namun tak tahan dengan sindiran bertanya mengenai deklarasi kumpulan Mahathir akhirnya muncul menghantar Deklarasi ke Agong. Cuma peliknya gambar tandatangan dan akuan sokongan yang banyak menjadi kemegahan mereka bergambar selama ini tidak dibawa sekali. Mereka cuma muncul di Istana dengan beberapa helai kertas sahaja.
- Mereka cuma mengadap dengan salinan Deklarasi dan tercatat bawahnya konon disokong jutaan rakyat. Malah dilaporkan Mahathir sendiri panik bila Tuanku tanya dia mengenai kesahihan sokongan tersebut. Mahathir sendiri mengaku depan Agong dia tidak dapat pastikan kesahihan tersebut.
- Geng Mahathir tahu kalau bawa Deklarasi dan semua akuan sokongan maka pemeriksaan boleh dibuat. Ambil 100 sample secara rawak dari jutaan tersebut, maka dihubungi melalui email atau telefon untuk buktikan nama mereka dipergunakan. Ini yang mereka takutkan untuk dedah semua senarai akuan sokongan kerana pasti tertangkap penipuan mereka kerana nama orang yang dibeli dari pengkalan data kebanyakanya tidak mengetahuai nama mereka dipalsukan.
- Persoalan yang harus seluruh rakyat Malaysia fikirkan ialah mampukah Malaysia diselamatkan dengan kita mengangkat semula raja fitnah, diktator, mahafiraun Mahathir dan gengnya ?
catatan che'GuBard, SAMM
No comments:
Post a Comment