Thursday, March 31, 2016

panas dengan pendedahan che'GuBard ; Pemuda Umno sendiri akui tajaan Umrah KJ... soalnya mana dapat duit ?

http://www.suara.tv/2016/03/02/kj-taja-pemuda-umno-tunai-umrah-persediaan-bertanding-naib-presiden-umno/


Dari Mana Khairy Dapat Dana Untuk Menaja 191 Ketua Pemuda UMNO Pergi Umrah?


“Siapa Chegubard nak pertikai tindakan KJ bawa Pemuda pergi umrah, tak malukah kerana dia sendiri tidak diterima di dalam PKR sehingga terpaksa bergelut dengan Azmin tapi bila ada pemimpin Umno buat suatu yang baik tindakan itu dipertikaikan.

“Adakah dia boleh menentukan sama ada ibadah umrah itu diterima Allah atau tidak kerana ibadah tersebut antara pelaku dengan Allah.

“KJ sebagai seorang pemimpin muda bawa anak buah pergi umrah adalah satu perkara yang baik dia (Chegubard) sepatutnya menjadikan ia (pendekatan itu) sebagai contoh kerana KJ mempunyai ciri-ciri kepimpinan sebab bawa orang pergi umrah dan tak bawa orang pergi buat benda yang bukan-bukan” kata Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin

Nazir yang juga merupakan Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan pergerakan itu turut menggesa agar Badrul Hisham tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bodoh yang boleh memalukan dirinya sendiri.

“Bagaimana dia boleh kata tindakan KJ itu sebagai rasuah umrah? Dia tak faham sistem (pemilihan) Umno kerana ia bukan macam dulu tambahan pula Ketua Pemuda hanya mempunyai satu undi sahaja dan untuk melayakkan KJ menang sebagai Naib Presiden beliau memerlukan 160 ribu undi… apa yang dia cakap tu? Baik dia fikir dulu sebelum cakap jangan cakap bodoh, malu dekat orang.

“Baik dia fikir dulu masak-masak sebelum tuduh KJ guna duit rasuah untuk belanja orang pergi umrah sebab dia tahukah duit itu daripada mana kerana ia merupakan satu fitnah dan dosa tersebut lebih teruk daripada membunuh… ~ SuaraTV

Niat Nazir mungkin baik.. iaitu mempertahankan Ketuanya.. malangnya pengakuannya yang mengatakan Khairy telah menaja 191 Ketua Pemuda UMNO Bahagian pergi Umrah telah menimbulkan persoalan dari mana Khairy dapat dana untuk menaja 191 Ketua Pemuda UMNO itu?

Dalam kenyataannya sebelum ini, Syed Rosli menegaskan bahawa ia boleh menyebabkan kos mencecah RM1.4 juta untuk tajaan keseluruhan rombongan.

"Dari manakah Khairy Jamaluddin mendapatkan wang sebanyak itu?

"Berapa gaji seorang ahli parlimen dan menteri. Ini boleh menimbulkan banyak keraguan di kalangan rakyat, ahli-ahli Umno dan pembangkang, " katanya yang mendakwa bahawa ia akan mewujudkan persepsi rasuah.

"Saya tidak menuduh (Khairy) tetapi SPRM perlu menyiasat di manakah dia mendapat sejumlah wang yang besar (untuk menaja rombongan itu)," kata Syed Rosli, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka ~ MalaysiaKini

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil turut mempersoalkannya katanya berkata, anggaran kos RM1.4 juta bagi tajaan itu meragukan apabila dibandingkan dengan jawatan Khairy sebagai menteri belia dan sukan.

"Jika dikira gaji seorang menteri, sudah pasti tidak cukup untuk menampung penajaan sebegitu banyak.

"Adakah jumlah tersebut juga sama sepertimana skandal derma yang menyelubungi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak?

"Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada ia didermakan dengan sebarang balasan. Adakah wang tersebut datang dari mana-mana korporat?

"Jika ya, maka ia perlu disiasat sama ada korporat tersebut mempunyai apa-apa kepentingan dengan jawatan menteri beliau," kata Fadzil dalam satu kenyataan  ~ The Malaysian Insider

Nak jadi hero konon si Nazir tu.. Khairy tak berani nak jawab.. dia pulak pandai-pandai menjawab.. sekarang jawablah dari mana Khairy dapat dana untuk menaja 191 Ketua Pemuda UMNO pergi Umrah?.. Dapat derma dari Arab Saudi jugak ke?

Siapa bodoh sekarang?.. EXCO Pemuda UMNO yang namanya Nazir itu atau CheguBard?.. Kah.. kah.. kah.. 

http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2016/03/dari-mana-khairy-dapat-dana-untuk.html

No comments:

Post a Comment