2. Tidak lain sokongan Mahathir ialah kepada Muhiyuddin Yassin. Maka persoalanya bersihkah Muhiyuddin ? Dijemput membaca beberapa tulisan lama saya berkenaan Muhiyuddin,
- Senarai Pengkianatan Muhiyuddin di Johor
- Adakah Muhiyuddin cukup putih ?
- Muhiyuddin Mahu tipu siapa ?
- Serangan Muhiyuddin dan kaitan tauke judi
Muhiyuddin ialah hanya satu lagi tokoh umno yang punya perbagai rekod negatif khususnya salah guna kuasa. Ia dinamakan Mahathir kerana ia seperti mana Mahathir yakin terhadap Najib mampu menjadi kuda tunggangannya, namun Mahathir melawan Najib kerana Najib gagal menjadi tunggangan terbaik dan akur 100% tunai kehendaknya. Percayalah kalaupun Muhiyuddin menjadi PM nanti dan Mahathir terus bernafas pasti Mahathir juga akan cuba gulingkanya kecuali Muhiyuddin mampu menjadi kuda dan penjilat terbaik.
3. Dr Mahathir sudah sangat tua dan nyanyuk walaupun kelihatan sihat kerana kekuatan nafsu rakusnya. Ini jelas apabila dia mengkritik Najib menggunakan undang - undang mendepani lawan politik. Dr. Mahathir lupakah dengan operasi lalang, operasi memali dan perbagai sejarah pembunuhan dan penangkapan tanpa bicara yang dia lakukan terhadap musuh politiknya. Malah kena ingat juga pegawai kerajaan biasa yang tidak menyokong malah hanya hadir ceramah pembangkang akan ditukar serta merta oleh Mahathir. Pasti rakyat Malaysia tidak lupa Tun Salleh Abbas, hakim yang menjadi mangsa Mahathir yang akhirnya Kerajaan Malaysia terpaksa membayar jumlah besar wang rakyat setelah terbukti kezaliman Mahathir ke atas Salleh Abbas.
SAMM mengutuk tangkapan dan manipulasi undang - undang oleh Najib terhadap mereka yang dilihat musuh politiknya namun jika Najib zalim maka Mahathir ialah Bapak kepada segala kepala bapak kezaliman dalam negara yang kita pernah gelar Mahafiraun.
Mungkin Kuli dan kawan - kawanya juga segar ingatan mereka bagaimana Mahathir tutup lampu menipu kira undi dalam pemilihan Umno yang akhirnya menyingkirkan kumpulan ini sehingga lahirnya parti Semangat 46.
4. Sindrom pelupa atau nyanyuk atau menipu ini bukan sahaja dihidapi Mahathir tetapi peguamnya yang juga bekas setiausahanya iaitu Mathias Chang yang mengatakan Najib bacul kerana menggunakan SOSMA ke atas pengkritik. Wahai Mathias kamu pernah bekerja bawah Mahathir selaku PM adakah kamu lupa bahawa Mahathir lebih zalim dengan ISAnya yang lebih jelas dan terang tanpa bicara, zalim dan celaka.
5. Penyakit pelupa nyanyuk teruk atau sengaja menipu diri sendiri ini juga menjangkit kepada kawan - kawan politik Mahathir seperti Sanusi Jonid yang tiba - tiba membela 'masyarakat Majmuk'. Bukankah kelompok Mahathir termasuk Sanusi ini ketika dalam kekuasaan sering membakar sentimen perkauman demi mengalihkan isu atau memperkukuh sokongan. Malah Sanusi jangan lupa Mahathir antara watak utama pencetus rusuhan kaum 13 Mei 1969, dan ketika kekuasaan Mahathirlah sering menggunakan ugutan 13 Mei kepada rakyat.
6. Penyakit pelupa nyanyuk teruk atau sengaja menipu diri ini merebak dengan cepat mangsa terbarunya ialah Ling Liong Sik. Dia tiba - tiba muncul mendesak Najib letak jawatan kerana katanya Najib mengambil duit rakyat. Bersetuju dengan kata - kata Ling Liong Sik ini tetapi adakah dia layak berkata sedemikian rupa kerana dia juga pakar menelan duit rakyat. Ingat kes PKFZ yang yang Ling Liong Sik terlibat membidankanya yang asalnya 1997 nilai yang diluluskan kerajaan hanyalah RM1.1b namun ketika proses merialisasikanya kerana proses komisyen dalm lain - lain kos akhirnya ialah RM4.6b. Penambahan kos yang menggila ini telah menyebabkan Ling Liong Sik dihadapkan ke mahkamah tetapi akhirnya kerana menampilkan Mahathir sebagai saksi pembela yang pada ketika itu Perdana Menteri dia terlepas secara teknikal sahaja. Mana perginya RM3.5b wang rakyat itu ? Ling Liong Sik juga harus menilai harta kekayaan kaum kerabatnya sebelum begitu gah bercakap soal integriti.
7. Terbaru titah raja digunakan kem Mahathir sebagai talian hayat baru mereka. Ya, dalam satu keadaan cheGuBard bersetuju dengan titah raja yang mendesak ke arah mempercepatkan siasatan terhadap 1MDB namun asas pemisahan kuasa juga wajar menjadi pertimbangan dalam perkara ini. Namun puak - puak menyokong Mahathir (sama ada dalam Umno mahupun pembangkang yang menggunakan hujah ini) harus jangan nampak sangat pelupa teruk atau nak menipu diri sendiri. Kamu junjung kononya Raja - raja Melayu tetapi rakyat tidak lupa kerana pada zaman Mahathir bagaimana teruk Mahathir dengan perbagai cara menghina dan menghimpit Raja Melayu demi meneruskan kelangsungan kekuasaan regimnya.
8. Rakyat jangan mudah tertipu dengan Mahathir dan agenya yang mengalami Alzheimer terpilih yang sangat kronik. Mahathir hanya mahu Umno terus berkuasa dengan Perdana Menteri yang setia menjadi kuda tunggangannya. Pembangkang jangan jadi bodoh mengikut dan mengherokan Mahathir.
Ayuh hadapi Bn dengan kekuatan rakyat, ini masa terbaik jangan sia - siakan dengan menjadi tunggangan Mahathir yang akhirnya semua akan kecewa.
jemput juga baca : apa dia kempen #sudahlahMahathir ? sila klik
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
jemput juga baca : apa dia kempen #sudahlahMahathir ? sila klik
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
PKR pun asyik nak backstab masing2 buat ape? kalau ada PRU silap hari bulan abis Selangor jatuh kat UMNO, nak2 PAS kena tendang keluar
ReplyDeleteChegu Bard di pihak pembangkang (kalau tak salah saya Chegu maseh dlm Kem yang sama) hanya comment & sokong 'on the matter that is at the material time', bukan buta-buta sokong. Dengan itu sewajarnya kita kata benar apabila perkara itu benar dan sebaliknya. Sebagai manusia yang waras berfikiran kita perlu terima apa itu benar dan buang apa itu tidak benar. Itulah pendirian kita yang terbaik. Lawan membuta seharuslah ditinggalkan.
ReplyDeleteAdat politik manipulasi keadaan.Tak semua yang ko kata betul.ko pun ada matlamat politik ko manipulasi benda yang dah lepas.kalo org percaya apa ko cakap dah lama Khairi kalah kat rembau.
ReplyDeleteBadrul perosak pkr..stop destroying the party
ReplyDeleteBadrul perosak pkr..stop destroying the party
ReplyDelete