When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Monday, December 08, 2014
Azmin akan sampaikan cita - cita Mahathir
KENYATAAN MEDIA
TERBUKA
8 DISEMBER 2014
AZMIN SOKONG
PENARIKAN GELARAN DATUK SERI DAN TUDUHAN PENDERHAKA TERHADAP ANWAR IBRAHIM ?
1.
Ada usaha penyokong tuli YB Azmin Ali yang
mengatakan saya dan teman – teman membawa cerita basi dan menjadi alat musuh politik
YB Azmin Ali dengan tidak sudah sudah menyerang beliau.
2.
Ingin ditegaskan saya dan teman – teman tidak
bermusuh dan bermasalah dengan Azmin Ali secara peribadi, tetapi kesalahan
Azmin antaranya ialah Ingkar araham parti dengan melobi diri sendiri untuk
menjadi Menteri Besar sehingga memalukan presiden dan menyebabkan parti dilihat
negatif. Kesalahan ini bukan setakat disapu dibawah karpet tetapi akhirnya dia
berjaya membuat PKR itu membuat ‘u turn’ dengan ketegasan hanya satu calon
tunggal. Ketegasan inilah yang menyebabkan YB Datuk Seri Utama Anwar Ibrahim
digelar penderhaka sehingga ditarik gelaran dan parti serta PR itu sendiri
mendapat impak negative dalam isu perlantikan Menteri Besar baru.
3.
Dalam soal melawan Umno dan Barisan Nasional,
sama sekali saya dan teman – teman tidak kompromi. Kita mengkritik Umno / Bn
sebagai tidak adil dan mengamalkan dua set undang undang tetapi dalam mendepani
isu ini jelas PKR mengamalkan dua set undang – undang. Azmin dan yang rapat
denganya semua lepas tetapi yang lain kritik sikit sudah digantung atau
dipecat. Ini yang perlu diperbetulkan.
4.
Ingat kerana kerakuasan Azmin Ali lah langkah
Kajang yangs eharusnya dibuat secara teliti terpaksa dibuat tergesa gesa,
Tanyalah Presiden PAS bagaimana Azmin pada peringkat awal secara sulit melobi
dirinya tetapi apabila diketahui Anwar Ibrahim, Azmin menyalahkan Hj. Hadi yang
memujuk beliau agar khianati parti dan ini juga antara punca kekalutan dalam PR
itu sendiri.
5.
Pada yang mengatakan kami membawa cerita basi
dan yang sudah itu sudahlah , jawapan kami mudah bagai mana nak sudah kerana
impak kesan tamak Azmin melobi diri terus terjadi dan yang terbaru Anwar
Ibrahim dihina Istana dan ditarik gelaran. Ada pula yang yang mengatakan kami
dibayar oleh Khalid Ibrahim. Saya menjawab tidak satu sen pun kami mendapat
bayaran dari sesiapa, malah dalam hal Khalid sendiri pun berbakul kritik kami
khususnya dalam hal pampasan RM2.6 juta kepada 6 kakitanganya. Audit Selangor
sudah menyatakan perkara itu salah, jika Khalid penuh integrity minta sahaja
bekas kakitangan kamu itu pulangkan pampasan tersebut. Dari jumlahnya sahaja
iaitu RM2.6juta untuk 6 orang sudah tidak munasabah. Selaku MB, disokong Azmin
menggunakan semua saluran undang – undang mendapatkan semula wang tersebut dan
pulangkan semula kepada rakyat Selangor.
6.
Bila kami bercakap soal Azmin kami diserang
sebagai dibayar oleh Khalid. Bila kami bercakap soal Khalid kami dituduh
diperalat Azmin. Mana politik baru dalam PKR ?
7.
Soalnya mana badan disiplin parti dalam isu
Azmin ini ? Jelas kesalahan serius Azmin selaku Timbalan Presiden Parti ingkar
arahan parti dia secara senyap berjumpa ADUN menyusun lobi ke Istana. Siapa pun
Sultan jika menerima nama Presiden secara rasmi tetapi mendapat lobi yang kuat
dari Timbalan Presiden sudah tentu akan meminta lebih dari dua nama kerana
jelas nama satu calon itu tidak mendapat sokongan kukuh.
8.
Parti,PR dan malah tidak keterlaluan dikatakan
Anwar sendiri tanpa mengetahui keadaan yang Timbalan Presiden PKR sabotaj
Presiden telah memilih untuk sedikit berkeras dengan Istana. Bukan sahaja
Anwartetapi rakyat pun mempersoalkan tindakan Istana ketika itu, namun
ketahuilah ia berlaku kerana lobi diri sendiri yang begitu hebat oleh Azmin
Ali.
9.
Akhirnya melalui kawan – kawanya dalam korporat,
politik da nada yang rapat dengan Umno/Bn pun dia berjaya melobi kemudian dia
berjaya membuktikan bukan dia dikawal parti sebaliknya Parti terpaksa membuat
pusingan U berkeras dengan satu calon kepada tunduk longlai bersetuju
pencalonan dia. Dia tidak mempedulikan kesan yang bakal ditanggung parti malah
Anwar Ibrahim sendiri.
10.
Episod terbaru ialah Anwar ditarik gelar oleh
Istana. Kepada Anwar Ibrahim yakinlah penarikan gelar ini walaupun tidak
dinafikan ada kesan kepada pengundi saluran satu khususnya Melayu yang maklumatnya
terbatas namun bagi kami anak muda kami tetap bangga dengan kamu. Anwar tetap
kereta kebal terbaik merempuh regim korupsi ini.
11.
Tetapi muncul persoalanapa peranan Azmin.
Melalui maklumat yang diperolehi, Sultan Selangor tidak akan mengambil
keputusan menarik gelar jika tidak mendapat persetujuan Dewan Diraja Selangor
iaitu sebuah Jawatankuasa Penasihat Istana Selangor yang dianggotai tokoh –
tokoh penting seperti Kerabat, Tokoh Masyarakat dan Lantikan dari pemegang
jawatan penting dalam Kerajaan negeri Selangor. Isu penarikan gelar ini telah
dibincangkan pertengahan November lagi dengan salah seorang anggota panelnya
ialah Azmin Ali sendiri. Ramai mahu mendengar apa dialog Azmin dalam mesyuarat
tersebut ? Keputusan sebulat suara bermaksud Azmin juga bersetuju dengan 4
alasan yang merumuskan Anwar derhaka dan ditarik gelar dari Istana ? mana janji
kesetian Azmin.
12.
Melihat perkembangan ini jelas politik Azmin
licik seperti bapa angkatnya. Dilihat baik dan setia tetapi rencong menikam di
dalam. Rakyat perlu diperingat selepas berjaya lobi diri sendiri hingga
memalukan Presiden dan Ketua Umum tetapi
imej baiknya konon terpaksa menjadi MB kerana menjunjung taat atas arahan
Istana, kerana Sultan mahukan dia. Hari ini dia menjunjung kasih taat setia
kepada Istana menyokong menarik gelar dan Istana menggelar penderhaka ke atas
Anwar dan tidak menolak kemungkinan selepas ini dia akan menjungkung kasih taat
Istana singkir Anwar dari berperanan di Selangor termasuk penasihat ekonomi.
Kemungkinan ada selepas itu juga dia akan menjunjung kasih selaku Azmin,
Menteri besar bergelar Datuk Seri Selangor pula akan menyingkirkan Anwar dari
PKR itu sendiri dan menghimpit Anwar berehat lebih awal dari politik. Dia akan
berselindung di sebalik Istana. Liciknya mengingatkan kita pada bapa angkatnya.
13.
Silapnya pada siapa ...? Silapnya pada Anwar sendiri
kerana sejak awal memberi payung emas menjadikan Azmin kebal... selepas PRU
2008, Azmin keluar TV3 kutuk Presiden sebagai pengamal nepotisna dan kronisma
tetapi Anwar diam....kemudian 2010 dan terbaru 2014 pemilihan penuh trajedi ... berkilo bukti dipersembahkan Anwar
diam.....akhirnya anak emas ni telah menjadi dinasor tamak yg tidak boleh
ditahan lagi.
14.
Sejak naik sebagai MB dia telah memulakan proses
pembersihan bukan penyokongnya dan meletakkan penyokong berperanan di mana –
mana. Ia akan melebar bukan sahaja dalam Kerajaan Selangor tetapi dalam parti
seluruh negara selepas ini atas alasan mudah disalurkan dana.
15.
Kepada Ketua Umum,Presiden PKR…ibu dan bapa
gerakan reformasi… Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail… banyak sudah pengorbanan kamu, kami bukan setia membabi buta tetapi
kami sedar kamu sedang dihimpit teruk oleh Azmin Ali dan kuncunya. Kamu sedang
diuji dalam dan luar parti. Bertahanlah cuma permintaan kami jujurlah dan
bertindaklah.
Sekian.
MEGAT KHAIRUL ANUAR B. RAZALI
B 030003354
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor
B 030003354
Anggota PKR Cabang Hulu Selangor