Selepas kisah pingat emas sukan asia ditarikbalik kerana kes doping, minggu kita dikejutkan dengan berita Datuk LCW pula yang gagal dalam ujian Doping dalam kejohanan Terbuka Denmark di Conpehagen pada 1 Oktober lepas.
Walaupun kita baru sahaja dikejutkan dengan 2 kes sebegini, namun sebenarnya apa yang lebih membimbangkan adalah ia menunjukkan betapa seriusnya kelemahan sukan negara ini.
Ada pandangan dan komentar yang mengatakan bahawa terdapat kemungkinan Dato LCW mengambil ubat atau stimulan sukan yang mengandungi bahan terlarang untuk memastikan dirinya mempunyai stamina untuk bertanding dalam kejohanan tersebut.
Ini juga merupakan satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak begitu sahaja. Beban dan tekanan gelaran pemain No. 1 dunia dan negara yang dipikul oleh Dato LCW memungkin beliau terpaksa mengambil beberapa stimulan bagi mengekalkan kecergasannya ekoran daripada faktor usia yang semakin meningkat.
Namun, kita tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Dato LCW dan pasukan kejuratihannya. Ketiadaan pelapis bertaraf dunia yang boleh menggantikan tempatnya juga perlu dilihat dengan serius.
Kenyataan Umum
22 Oktober 2014
Kegagalan polisi sukan negara untuk melahirkan pelapis bertaraf dunia akhirnya telah memangsakan seorang pemain senior yang juga merupakan pemain badminton no 1 dunia. Adalah sangat menyedihkan untuk seorang tokoh sukan yang banyak berjasa kepada negara terpalit dengan kes sebegini.
KBS, MSN dan ISN juga perlu melihat kepada aspek pasukan perubatan yang mengiringi sesebuah pasukan ataupun seseorang pemain itu. Adakah panel perubatan ini telah memberikan nasihat berhubung kandungan ubat atau stimulan itu?
Apa yang pasti, bajet 2015 telah memperuntukkan ratusan juta ringgit. Boleh dikatakan antara yang tertinggi dalam siri bajet tahunan negara. Adalah diharapkan agar KBS, MSN dan ISN boleh bekerjasama dengan persatuan sukan untuk merangka program strategik pembangunan sukan. Pelapis bertaraf dunia perlu segera dimunculkan.
Kelemahan-kelemahan urustadbir persatuan, penyelewengan dana, ketidakmampuan persatuan untuk melaksanakan pembangunan pelapis dan sebagainya perlu mula diberikan tumpuan penuh. Menteri KBS perlu menitikberatkan perkara ini.
Jika tidak berkemampuan, tukarlah portfolio lain. Jangan bersandar pada umur dan kelayakan akademik semata-mata sebagai hujah untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan. Tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Negara telah pun dimalukan dengan kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya komanwel dan sukan asia. Lebih tercemar lagi apabila pingat emas pertama negara di sukan asia telah ditarikbalik. Dan kini melarat pula ke sukan badminton.
Tidak dilupakan juga polemik mengatur keputusan perlawanan badminton yang masih belum diselesaikan lagi. Kepada Menteri KBS, anda perlu mula bekerja dengan serius. Jika tidak berminat, bertukarlah ke kementerian komunikasi dan multimedia yang mungkin boleh memenuhi minat anda untuk berlakon dan bersosial.
Solidariti Anak Muda Malaysia
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
No comments:
Post a Comment