SHAH ALAM, 30 DIS: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin(KJ) digesa
menjawab dakwaan isu pinjaman jutaan ringgit dari Bank Pertanian
Malaysia Berhad yang dikaitkan dengan beliau ketika bapa mertuanya, Tun
Abdullah Ahmad Badawi masih menjawat jawatan Perdana Menteri.
Pinjaman masih tertunggak itu juga dikatakan mungkin bakal dilupuskan
sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pegawai bank yang
menguruskan pinjaman mudah itu.
Demikian menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard kepada TV Selangor hari ini.
“Saya ada datanya, pinjaman itu dibuat sebelum Pilihan Raya Umum
tahun 2008 lagi, tetapi Khairy tidak pernah membayar sekali pun,” kata
Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin.
Chegu Bard yang belum mahu mendedahkan jumlah pinjaman tersebut turut mempersoalkan tujuan pinjaman tersebut dibuat.
“Kalau petani biasa, nak pinjam cuma beberapa ribu ringgit, tetapi
pelbagai syarat perlu dipenuhi seperti ‘proposal’ (kertas cadangan) dan
sebagainya, tetapi apa ‘proposal’ Khairy beri sehingga membolehkan dia
dapat pinjaman yang bukan sedikit.
“Lazimnya rakyat kebanyakkan kalau tak bayar pinjaman seperti
pinjaman kereta contohnya, kelam-kabut sorok kereta di belakang rumah,
bimbang kena tarik.
“Adakah Bank Pertanian beri layanan berbeza dengan VIP seperti Khairy
hinggakan pinjaman berjuta ringgit boleh dilupuskan begitu sahaja,
sedangkan bank itu milik kerajaan dan fungsinya untuk membantu golongan
petani untuk memajukan diri mereka dalam bidang pertanian” ujar beliau
lagi. - http://www.selangorku.com/?p=20575
Sila klik sini untuk layari kenyataan penuh mengenai pinjaman Bank Pertanian libat Khairy Jamaluddin
No comments:
Post a Comment