Sunday, September 30, 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Kenyataan Media
28 September 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 
2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;

Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus

3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. 
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.
SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.
Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. 
Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tahniah SAMM NS kerana kejayaan anjur bowling dan SAMM Kedah / Perlis kerana berjaya anjur santai anak muda


 tahniah kepada SAMM Kedah / Perlis kerana program komrad
di utara mendapat perhatian media


Kejohanan Bowling Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) peringkat Negeri
Sembilan telah berlangsung pada 23 September 2012  di Pusat Boling AEON Seremban 2.
Seramai 70 peserta bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM1 ribu.

Program bermula jam 10.30 pagi hingga 2 petang.Turut hadir memeriahkan program, Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai che'GuBard. Hadiah disampaikan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani.


Ucapan depan Pejabat Umno selepas iring penternak burung walit bertemu Menteri

rakaman ucapan saya yang dirakam oleh media Umno (untuk baca lanjut klik http://chegubard.blogspot.com/2012/09/samm-bersama-yb-ng-sue-lim-iring.html )





terima kasih atas rakaman ini jangan lepas ni deleted sudah lah.

Saturday, September 29, 2012

maaf atas kekeliruan yang tidak disengajakan

Merujuk berita yang dilaporkan akhbar internet (Keadilandaily) yang telah menulis berita dengan memetik cheGuBard yang dihubungi melalui telefon berkenaan buku latihan sekolah dengan gambar Presiden Umno.

Pada beberapa hari lepas saya dihubungi oleh wartawan untuk mendapatkan komen mengenai kewujudan buku latihan dengan gambar Presiden Umno yang dimana sebelum itu kewujudan buku tersebut tersebar sejak sehari sebelum itu di media internet khususnya Facebook.

Namun sehari selepas itu saya menbuat carian sendiri mengenai kewujudan buku tersebut dan sebuah media internet juga (Malaysiandigest) juga telah menyiarkan berita memetik kenyataan artis seni (bebas) yang menerangkan bahawa kewujudan buku tersebut ialah antara projek seni mereka.

Setelah meneliti semuanya che'GuBard dengan ini menarik semula kenyataan dalam pemberitaan media internet sebelum ini dan sesungguhnya tidak disengajakan. Selaku aktivis masyarakat saya akui kesilapan dan menghargai usaha kesenian artis tersebut.

che'GuBard mengambil tanggungjawab penuh secara peribadi kerana kenyataan saya dalam pemberitaan tersebut tidak ada kena mengena dengan parti atau organisasi yang saya sertai, selaku aktivis masyarakat didikanya menyatakan kebenaran dengan berani tetapi bila sedari ada kesilapan jangan takut mengambil tanggungjawab dan mengakui.

Sekian.

che'GuBard

Friday, September 28, 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Kenyataan Media
28 September 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 
2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;

Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus

3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya. 
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.
SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.
Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR. 
Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Sekian

Jangan lupa Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka

MASIH ingat kontroversi percutian Najib Razak tahun lalu? Di saat negara merayakan hari kemerdekaan 31 Ogos, Najib pergi bercuti ke Perth, Autralia rujuk sini [Najib sambut merdeka].

Media-media arus perdana sibuk memainkan isu pesawat peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Sabah dan Sarawak di Hari Malaysia tempoh hari.

Walhal perbelanjaan sewa pesawat itu langsung tidak melibatkan wang pembayar cukai (wang rakyat). Sebaliknya percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta.

Hal ini turut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Nurul Izzah Anwar [Mkini]
      
Inilah yang dikatakan orang, muncung berkokok ekor bergelumang taik. Berapa banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rakyat daripada dibazirkan untuk percutian Najib dan Rosmah?

Budaya politik ganas Umno merebak ke kampus ; SAMM tekad bantu mobilisasi R

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Budaya politik ganas yang dibawa oleh Umno kini sudah menjadi ikutan mahasiswa universiti rentetan insiden pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dibelasah pagi tadi, kata Badrul Hisham Shaharin (gambar), pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dalam insiden 4 pagi pagi tadi, Edikoup telah dipukul sekumpulan lima orang samseng ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

“Saya sangat kesal dengan insiden ini.

“Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya,” kata Badrul yang dikenali sebagai Chegubard.

Badrul juga menyelar budaya politik ganas seperti ini yang dianggapnya mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno.

“Bulan lalu rombongan Jelajah Merdeka Rakyat diserang dengan pelbagai bentuk ancaman seperti insiden baling kasut dalam masjid dan menyimbah cat  ke bas. Saya lihat budaya ganas ini menjadi ikutan kini di kalangan mahasiswa,” kata Badrul.

Dalam sidang akhbar sama, Badrul berkata SAMM selaku sekutu Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) mengumumkan pihaknya bersama 25 NGO lain akan menggerakkan mobalisasi ke seluruh negara bagi memastikan penyertaan besar Konvoi Mega ‘R’ sebagai tanda solidariti kepada tuntutan hak royalti minyak Kelantan.

Badrul juga menegaskan isu tuntutan hak royalti ini bukanlah isu negeri tetapi melibatkan isu pengkhianatan besar negara.

“Ini merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan sebagai rakyat Malaysia, semua individu dan NGO wajar memberikan sokongan kepada usaha mengembalikan hak rakyat negeri Kelantan khususnya, dan negara amnya,” katanya lagi.

The Malaysian Insider pada minggu lalu membuat laporan NGO Royalti (R) merancang untuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada perdana menteri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri 3 Oktober ini.

Pada hari sama, NGO R juga bakal mengadakan satu perhimpunan di Istana Kehakiman Putrajaya di mana perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan kepada Petronas akan berlangsung. Pada Ogos lalu, Najib menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.

Najib mendakwa kerajaan Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum kerana pengeluaran petroleum tidak dilakukan dalam kawasan perairan mereka.Najib turut berkata jawatankuasa itu akan membuat kajian menyeluruh dalam tempoh enam bulan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.

Namun, jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mendapat kritikan dan dituduh sebagai satu permainan politik kerajaan.
Majlis tersebut akan dihadiri oleh Pimpinan Pakatan Rakyat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 3 Oktober, kepimpinan kerajaan Kelantan akan ke Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya mendengar perbicaraan kes tuntutan royalti Kelantan.

Setakat ini, Gerakan R berjaya mengumpulkan 150,000 tandatangan rakyat Kelantan dan satu memorandum akan diserahkan ke Pejabat Perdana Menteri (JPM) pada 3 Oktober

Senarai sebahagian kecil dari pembaziran wang rakyat







Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
 
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

TOLAK ISU – ISU BODOH HANYA UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH SEBENAR

Kenyataan Terbuka
27 September 2012



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama organisasi anak muda di Pulau Pinang dengan ini mengecam tindakan permainan media ‘dangkal’ regim penguasa dalam usaha mengalih perhatian rakyat dalam isu sebenar.
Dari isu bendera ‘Sang Saka Malaya’ yang dikibar pada malam merdeka yang diberikan perasa propaganda melampau dengan fitnah ia menjadi agenda PR untuk menukar bendera negara. Isu ini dipatah dengan mudah dengan hujah jika benar PR mahu menukar bendera mengapa tidak bendera gantian tersebut diarak di negeri bawah pentadbiran PR dahulu, tetapi ini tidak berlaku kerana ia hanya fitnah regim Bn semata.

Terbaru ialah isu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PR kononya menggunakan jet peribadi untuk hadir ke acara parti di Labuan. Isu ini menjadi gempar hampir lebih seminggu dimainkan di media perdana milik regim Bn.

Persoalanya mudah ; berapa wang negara (baca RM rakyat) hilang kerana pemimpin PR ini menaiki jet peribadi tersebut ? Telah juga diperjelaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri jet tersebut di uruskan oleh rakan beliau yang kebetulan merupakan ahli perniagaan dari Malaysia Timur. Sebenarnya ini yang menakutkan Bn apabila ada orang korporat yang mula cenderung menyokong PR. Maka orang korporat ini harus dicari sehingga ke lubang cacing untuk dihukum.

Persoalan berikutnya ialah Anwar hanya seorang Ketua Pembangkang dalam negara Malaysia dan seperti mana yang diketahui hampir tidak punya peranan dalam pentadbiran negara kerana dinafikan oleh regim Bn. Maka apa yang tidak kena ?

Jika melakukan penerbangan dengan jet peribadi merupakan kesalahan, maka seharusnya lebih salah apabila dilakukan oleh Menteri Kabinet dan sudah tentu tajaan itu lebih mampu mengundang perbagai persepsi.

Rekod penggunaan jet yang sama yang disediakan oleh T Jets Sdn Bhd sendiri mampu memberikan penjelasan. Kita cabar media regim mendedahkan pimpinan Umno yang pernah menggunakan jet tersebut dan siapa pembiaya mereka. Antaranya pada 23 September 2011, Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga antara yang tersenarai pernah menaiki jet tersebut.

Manakala pada 15 November 2011 lepas DatukSeri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno sendiri telah mengakui menaiki jet peribadi yang ‘ditaja’ sahabatnya untuk ke Arab Saudi. Mengapa ini tidak menarik perhatian media regim jika benar mahukan ketelusan ? Siapa yang menaja menteri tersebut dalam penerbangan jet peribadi dan apa kepentingan mereka ?

Itu belum lagi bagaimana wang negara terbazir kerana atas program parti Bn helikopter, jet dan banyak harta negara digunakan.

Persoalanya kini jika disebut kemewahan bagaimana pula media terus diam apabila muncul satu demi satu pemborosan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Cincin RM 24.45 juta yang telah dibuat laporan SPRM masih belum terjawab, terbaru muncul pula gambar Rosmah dalam media internet yang dikatakan mengenakan jam berjenama Frank Muller yang dikatakan berharga RM 350,000 – RM 500,000.

Itu belum lagi berbilion wang negara yang hilang kerana kelemahan, pembaziran dan rasuah. Bersama kenyataan media ini disenarai 75 kejadian kehilangan berbilion wang rakyat yang sehingga kini tidak terjawab. (klik sini)

Kami mendesak untuk isu bodoh seperti isu jet ini dihentikan segera. Ia cuma usaha sebuah regim yang hampir lemas dengan kesedaran rakyat. Ia cuma satu usaha mengalihkan isu sebenar dari perhatian rakyat.

Isu sebenar sekarang ialah kepayahan hidup rakyat, negara hilang daya saing sehingga menanggung hutang paling tinggi dalam sejarah negara, kenaikan harga barang dan rasuah serta penyelewengan yang tidak terkawal. Kini negara ditahap kritikal, Malaysia memerlukan peranan semua dalam usaha menyelamatkan negara ini. Kita memerlukan politik matang, seharusnya inilah masa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya bersaing dalam isu polisi dan tawaran kepada rakyat. 

Inilah masanya kita melakar sejarah baru politik matang dalam negara di mana ketua kepada parti penguasa (Bn) Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil merani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua gabungan pembangkang (PR). Yakinlah bukan kepetahan yang bakal menjadi ukuran tetapi rakyat ternanti untuk menilai kejujuran dalam membuat tawaran bagaimana negara harus dipacu ke depan menjadi sandaran. Selebihnya biar rakyat membuat keputusan.

Kami anak muda tidak akan tertipu dan teralih tumpuan.

Sekian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang

Angkatan Muda Pulau Pinang (AMK PP)

DAPSY PP

Pemuda PAS PP

Unit Ehsan P.Pinang

Jingga 13

Malaysian Indian Voice (MIV) PP

Persatuan Kebajikan India Bayan Baru

Komuniti Pulau Pinang

**kenyataan media dibacakan oleh sdr. Azrizal Tahir(Timb.Ketua AMK Malaysia) pada 27 September,2.30 ptg di Komtar Walk, P.Pinang

Rosmah dicabar nyatakan istihar peribadi

Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.
Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.
Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000. 

Sehubungan itu, Rosmah dicabar mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.
Rosmah perlu sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu khususnya apabila rakyat terhimpit dengan

“Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011.

Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.


dan menurut Anak Sungai Derhaka:

Dengan mengambil kira gaji minimum baru bagi Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak RM900 manakala di Sabah dan Sarawak diletakkan pada paras RM800.. rakyat Malaysia perlu mengambil masa selama seperti perkiraan di bawah untuk memilikinya..

RM900 x 12 (bulan) = RM10800 x 46 tahun 4 bulan = RM500,400

Ini bermakna mereka memerlukan sekurang-kurangnya 46 tahun lama untuk memiliki jam tangan mewah berjenama Franck Muller ini..

*perkiraan itu berdasarkan gaji minima dimana rakyat Malaysia yang punya gaji minima itu dianggap tidak makan dan minum* he..he..he.. boleh ke?

Harga jam tangan Rosmah Mansor sahaja sudah menyamai 1-2 buah harga rumah yang agak selesa..

Perlu kita ketahui bahawa Jenama Franck Muller merupakan salah satu jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.

Persoalannya di sini ialah..

1~ Bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?

2~Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.

3~Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi “Pendapatan Sampingan”? Mungkin?

Walaubagaimanapun, carian  untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor mungkin?

Saturday, September 22, 2012

Khairy dicabarnya nyatakan tidak perlu undi orang cina dan dedah juga program pemuda (komponen) Bn yang juga guna dana asing

Seperti di jangka Ketua Pemuda Umno akan perkuda isu 'filem / karikatur' hina Rasullullah untuk politik domestik Umno dan peribadi beliau. Ada beberapa persoalan yang perlu di jawab dan perlu   di beri perhatian ;
  1. Bukankah ramai ulama Umno yang telah mengistiharkan demonstrasi / himpunan jalanraya itu haram ? Adakah Ketua Pemuda Umno itu Jumaat lepas sudah melanggar fatwa haram demonstrasi atau beliau sendiri sudah mengeluarkan fatwa membatalkan fatwa lama dan umum fatwa demonstrasi sudah menjadi halal ?
  2. Bukakah pemuda Umno yang selama ini sungguh - sungguh dalam mendesak demonstrasi wajib dalam stadium kerana dalam stadium juga boleh suarakan rasa dan perasaan, tetapi bagaimana pula mereka pula buat demosntrasi di jalanan sehingga banyak jalan ditutup dan tidakkah peniaga rugi kerana orang ramai jalan ditutup ? atau mereka akhirnya sedar hakikat sebenar bila orang ramai berhimpun peniaga alkan lebih untung dan tanpa arahan untuk polis masuk ganggu dan pecah kedai - kedai maka semua akan dapat manafaat.
  3. sikap perkauman menebal tidak boleh terpisah dengan Umno. Khairy dan pemuda umno menggunakan kesempatan demonstrasi dan menunggang sentimen membela Rasullulah dengan politik perkaumannya. Pemuda Umno membawa bahan sepanduk dan laungan anti DAP berkumandang. Malah dalam kenyataannya Ketua Pemuda Umno itu secara terus terang meminta PAS meninggalkan PR hanya kerana DAP didominasi oleh orang cina. Manusia ini jugalah yang sama akan berbaju Cheongsam dan berpeluh menghafal beberapa patah perkataan berbahasa cina apabila nak rayu undi cina, hipokrit dan munafik ! Jika minta PAS kerana dominasi cina , kini Khairy dicabar nyatakan dengan jelas tidak perlukan undi orang cina lagi.
  4. Pemuda Umno perlu faham mereka kini parti pemerintah maka sekadar demonstrasi tidak cukup ! Kerajaan sendiri yang dikuasai Umno harus bertindak. Mereka laungkan anti Amerika, Anti Israel, Anti Yahudi tetapi ketahui atau tidak mereka bahawa ketika banyak kerajaan dunia termasuk yang minoriti Islam juga telah memboikot Israel tetapi Malaysia meneruskan hubungan dagang membantu ekonomi Israel. klik link dibawah untuk penjelasan lanjut hubungan dagang Malaysia bantu Israel ;
  5. Dalam isu berkaitan juga diingatkan Tun Dr. Mahathir sendiri pernah bertemu Soros dan dihadapan Soros dan media mengatakan peristiwa kejatuhan ekonomi 1997-1999 tidak ada kene mengena dengan Soros (klik sini)
  6. Tidak cukup dengan itu tahukah kita betapa munafiknya regim penguasa, kita ajak rakyat boikot hanya kerana nak kan undi semata buktinya kita juga benarkan syarikat besar pro Israel memiliki hartanah dan menjadikan negara ini sebagai pusat operasi (klik sini untuk baca lanjut)
  7.  Mengenai dana asing, tahukah pemuda umno bahawa parti komponen Bn juga menerima dana asing untuk menjalankan aktiviti, malah kerajaan sendiri menerima dana asing (klik untuk baca lanjut) Di pertegaskan ;

    • saya sokong hak rakyat berhimpun dan menyatakan pendapat seperti termaktub dijamin dalam perlembagaan negara dan konvensyen hak asasi dunia
    • tidak ada agama boleh dihina, menjadi hak malah wajib bagi umat Islam bangkit bela penghinaan terhadap Rasullulah. Apa yang berlaku mampu wujud kegelisahan antarabangsa, kerajaan negara terbabit seharusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit menghina. Penganut agama lain juga harus bersama.
    • umat Islam juga harus menerbitkan karya lebih baik melawan penghinaan tersebut. Filem perlu lawan filem.
    • sudah 55 tahun kita merdeka tetapi hampir semua isu dikait sentimen perkauman ini berlaku kerana parti politik perkauman yang hidup atas api perkauman. Sudah tiba masa untuk kita tolak politik perkauman dan melihat ke depan membina negara ini bersama dalam meraikan penyatuan perbezaan.
    • isu dana asing ialah politik bodoh, dalam dunia globalisasi dan lebih lagi Malaysia mengamalkan sikap pro kapitalis pasaran bebas, maka dana asing pasti berlegar.
    • sikap anti Yahudi sebenarnya berbau perkauman,tahu atau tidak kita ada anak bangsa Yahudi mati kerana pertahan hak orang Islam Palestin. Ayuh kita arahkan ke sasaran lebih tepat iaitu anti negara Israel. Namun adakah negara ini benar berani bertindak anti Israel kerana kita sendiri banyak berdagang terus dengan negara tersebut.
    • Ajak rakyat boikot adalah hipokrasi, jika benar berani haramkan kemasukan barang yang dianjurkan boikot.
    •  
      Akhirnya sudahlah dengan bermain sentimen munafik mengalihkan isu sebenar rakyat demi meraih undi. Hakikat sebenarnya negara kini hilang daya saing, kenaikan harga barang menekan hidup rakyat, pendapatnegara meningkat tetapi hutang negara meningkat dengan lebih mendadak sehingga paling tinggi dalam sejarah ini kerana pengurusan lemah dan rasuah berleluasa.
       
      Ini masalah sebenar rakyat, rakyat memerlukan penyelesaian permasalahan ini. Kehidupan makin menekan. Segelintir kecil menguasai sejumlah besar ekonomi dan rakyat terbanyak berebut kek ekonomi ang kecil. 
       
      Sekian ;
       
      che'GuBard
      Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

UTHM Prof Amir Hashim ugut mahasiswa agar sokong UMNO/ BN

beginilah tahap pemikiran orang yang bergelar 'Prof' di negara ini

Monday, September 17, 2012

penerima geran bantuan Perdana Menteriterpaksa bayar komisyen 40%


 surat aku janji tidak mendedahkan butiran yang telah diserahkan pada SPRM jika tidak bioleh dipenjara dua tahun atau denda sehingga sepuluh ribu
 Sidang media sebelum laporan SPRM
 Bersama teman - teman selepas laporan SPRM

Pada 16 September 2012, mengambil semangat Hari Malaysia, cheGuBard dengan di iringi teman - teman telah membuat satu laporan SPRM mengenai satu dokumen yang hantar di kediaman di N.Tebal, Pulau Pinang.

Satu sampul surat tidak bertanda telah dihantar dengan ditinggalkan di peti surat. Setelah diteliti sampul surat itu mengandungi dokumen sebanyak 25 helai dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia. Merujuk seperti mana yang telah diumumkan dalam sidang media sebelum laporan SPRM dibuat. Antara dokumen tersebut ialah ;
  • Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
  • Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan bertarikh 6 April 2012
  • 2 minit minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2011 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.

    Dalam minit mesyuarat yang sama juga merakamkan yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

  • Dilampirkan juga penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
Mauk membuat laporan sekitar 3.15 petang dan keluar dari bangunan SPRM 6.30 petang. Laporan  telah diterima oleh Jafarudin Shahari, Penguasa SPRM. cheGuBard telah dirakam maklumat sejurus membuat laporan tersebut dan turut disertai oleh beberapa pegawai kanan SPRM yang turut mebantu pada masa itu.

Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat ‘komisyen’ yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya : 
  • anngota keselamatan sendiri harus buka mata bagaimana persatuan yang harus menjaga kamu selepas pencen pun terlibat dalam komisyen dalam mendapatkan wang bantuan kebajikan ?
  • Adakah atau apakah kaitan pemimpin tertinggi Bn yang disebut dalam minit mesyuarat yang ditemui untuk meminta bantuan dapatkan dana geran kebajikan dengan syarikat yang dikenali sebagai pengantara itu ?
  • Jabatan Perdana menteri harus keluar dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Adakah ini amalan biasa untuk mendapatkan dana politik di peringkat tertentu ?
Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya. Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul.
SAMM mendesak satu siasatan menyeluruh bukan sahaja geran bantuan Perdana menteri terhadap persatuan ini sahaja tetapi harus meneliti semua geran bantuan yang sama. Diyakini ini banyak lagi kejadian seperti ini dan ia menjadi amalan biasa yang salah tetapi sudah dilihat halal. Jika diteliti rasanya atas nama kebajikan tetapi disonglap komisyen orang politik dijangka nilai menjangkau ratusan juta telah hilang.
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
16 September 2012

SAMM bersama YB Ng Sue Lim iring penternak burung walit bertemu menteri pertanian

 puak Umno yang tiba - tuba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa
penternak burung Walit
 30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap
dia terus mengamuk tak tentu pasal
antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara

Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.

Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pej. Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.

Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"

Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."

Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.

Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"

Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.

Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.

Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.

Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.

Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.

Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.