Sunday, August 21, 2011

Berbuka puasa bersama Ganerasi 709 dan anak arwah wira BERSIH




Sempena bulan Ramadhan ini, Generasi 709 telah mengadakan “Berpuasa Demi Demokrasi dan Keadilan”, dengan mengadakan aktiviti sedemikian, diharap dapat memupuk rakyat Malaysia yang menghayati sistem demokrasi turut bersama menghayati kepentingan untuk berpuasa dan memperkukuhkan sistem demokrasi tulen berkembang di tanah air Malaysia.
Sejak zaman Reformasi pada tahun 1998 hingga zaman Bersih 2.0, semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah menunjukan keberanian untuk hadir ke perhimpunan aman Bersih pada 9hb Julai demi menegakkan keadilan dan pilihanraya yang bersih. Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah titik permulaan untuk menyelamatkan negara bagi mengembalikan kebebasan dan keadilan. 9hb Julai juga telah membuktikan benteng perkauman yang dibina rejim selama ini telah roboh.
Negara kita sedang mengalami perbagai masalah seperti inflasi, gejala rasuah, jenayah dan kemelesetan ekonomi. Oleh demikian, kami harus berpandang depan bagi menegak keadilan dan memastikan sistem demokrasi berkembang pesat pada masa depan. Negara memerlukan hak kebebesan, masyarakat bermaju depan, rakyat aman damai dan harmorni.
Oleh itu, program “Berpuasa demi Demokrasi dan Keadilan” telah dilancarkan dengan menggabungkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik pada 19hb Ogos 2011. Generasi 709 dengan mendesak Kerajaan Malaysia dan Suruhan Pilihanraya berpegang teguh mengikut hasrat rakyat dengan melaksanakannya:
1) Melaksanakan 8 tuntutan daripada BERSIH 2.0.
2) Sistem kehakiman yang bebas dan adil
3) Menghentikan penindasan ke atas perbezaan fikiran politik, memupuk demokrasi dan hak kebebasan.
4) Mengembalikan kebenaran punca kematian (Ahmad Sarbani, Teoh Beng Hock, Baharudin Ahmad, Kugan Ananthan) dan menghukum pihak yang terlibat supaya menegak keadilan kepada mereka.
Tujuan program ini adalah untuk rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bersama menghayati kelaparan dan rendah diri, bersatu-padu menunjuk kuasa rakyat untuk demokrasi negara kita pada Bulan Puasa Ramadhan yang bermakna ini. dan program ini berakhir dengan berbuka puasa keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia akibat kegilaan regim semasa demonstrasi BERSIH 09.07.2011. Turut serta dalam program itu ialah CheguBard , Pengerusi SAMM yang menyampaikan sedikit sumbangan mewakili anggota page FB : Kami Boikot Buletin Utama TV3 serta sumbangan SAMM kepada keluarga Allahyarham Hj Baharudin.

No comments:

Post a Comment