Kenyataan Media
26 JUN 2010
Ogos 1965, regim pemerintah Negara telah menyerahkan Singapura. Kelemahan regim ini ditutup dengan perbagai sentiment. Rakyat yang terbakar dengan perbagai sentimen pada waktu itu melupakan kelemahan regim sehingga tergadai hak dan kedaulatan Negara. Semenjak itulah perbagai isu hubungan dua negara ini muncul dan tidak selesai.
Antara isu yang tidak diselesaikan dan berpanjangan sejak dulu antaranya ialah isu pembangunan tanah milik KTMB dan sekitar tambak Johor. Walau apa pun tuduhan terhadap Perdana Menteri sebelum ini namun jelas mereka mempertahankan kedaulatan Negara dan tidak mahu menerima tawaran rundingan Singapura yang jelas berat sebelah.
Namun baru – baru ini hasil pertemuan tertutup Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawat di Singapura. Kononya telah menyelesaikan beberapa isu tertangguh sekian lama. Dilaporkan di media Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di Singapura ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Dilaporkan juga Najib turut menyatakan, 271 hektar tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah kini diserahkan kepada sebuah syarikat yang belum lagi ditubuhkan.
Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.
Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan.
Walaupun belum ada kepastian mengenai status pemilikan tanah, tetapi projek sistem transit laju (RTS) menghubungkan Tanjung Puteri, Johor dengan stesen di Woodlands yang dijadual beroperasi pada 2018 melalui projek usaha sama ini, kini dibahagi dua kepada Singapura.
Najib juga, gagal memberikan penjelasan terperinci tentang cadangan memindahkan Stesen KTMB di Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) milik Singapura menjelang 1 Julai 2011.
Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.
Malaysia juga dikatakan bakal memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta api di WTCP.
Hampir pasti bahawa kos operasi KTMB pasti akan meningkat dan bayaran penyewaan WTCP milik Singapura akan membebankan pada masa akan datang.
Maka KTMB bakal menyertai senarai syarikat milik kerajaan yang rugi seperti Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby Berhad yang juga dibawah perlaburan Khazanah Nasional.
Apa yang berlaku ialah kita bakal membentuk satu lagi perjanjian seperti perjanjian air dengan Singapura yang jelas amat berat sebelah dan menggadaikan kedaulatan Negara.
Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.
Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan Negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.
Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini ?
Berdasarkan kenyataan bersumpah yang di ikrarkan oleh Balasubramanian pada 1 Julai 2008 menyatakan Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura. Maknanya Najib pernah berada di Singapura bersama Altantuya.
Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut ? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan Negara ?
Najib perlu tampil dan berterus terang depan rakyat Malaysia. Jika benar dia diugut rakyat Malaysia seharusnya bangkit bersatu bersama Najib yang sedang menghadapi ugutanmelalui rekod maklumat risikan Singapura ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat isu ini sebagai isu besar kedaulatan, maruah dan masadepan Negara. Untuk itu 2 Julai ini Solidariti Anak Muda Malaysia akan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai isu ini dan surat terbuka ini akan dicetak sekurang – kurangnya 10,000 naskah akan diedar seluruh Negara bagi mempertingkatkan pemahaman rakyat agar bangkit mempertahankan kedaulatan Negara.
BADRUL HISHAM SHAHARIN a.k.a che’GuBard
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Salam sahabat, sudah gaharu cendana pula apakah andan tahu apa yang anda tulis atau tujuan anda hanyalah untuk provokasi sahaja. Allah kurniakan akal untuk kita berfikir dan bukannya untuk menjatuhkan orang lain atau untuk memfitnah orang lain. Bersyukurlah dengan nikmat yang allay kurniakan kepada kita sekarang ini. Lu cerita tentang laporan sumpah balasubramaniam,,,mana balasubramaniam sekarang? apasal ini macha lari pigi London,,takut kaa,,,
ReplyDeleteNi kau tembak fakta ke atau kau kencing fakta?
ReplyDeleteaku orang Johor pun tau Singapore dah bukan Malaysia. Bukannya main serah je.
Kau kenal ke dgn Tunku? Kau kenal ke dgn Lee Kuan Yew?
Kau tulis ni kau nak kata Tunku serah kedaulatan negara kepada Cina.
Buta sejarah la kau ni.
org yg tak boleh terima fakta,org yg tak baca betol selok belok sejarah hanyalah org UMNO,B END..kita ni dh dikencing dlm sejarah yg sebenar oleh UMNO,B END ni dh sekian lama hanya org2 yg ada mata dan akal fikiran je akan cari,korek dan baca sejarah yg betol..WASIAT PEJUANG!!!
ReplyDelete“Jangan menyerah diri kepada musuh, biarlah mati di dalam hutan, jantan sebagai pahlawan.” “Jangan percaya kepada pembesar-pembesar Melayu kita yang menjadi kakitangan British itu. Itulah sebabnya mengapa peperangan Bahaman telah menderita kekalahan”. “Haruslah kamu semua menyokong Rejimen Ke-10 melancarkan peperangan terhadap British, sekali-kali jangan berkhianat, siapa berkhianat akan disumpah dan akan celakalah seumur hidupnya.” - Pahlawan Islam Dato Bahaman
haussss...
ReplyDeleteAnak BABI kau BARD.
ReplyDelete"Bila saorang muslim itu membuat fitnah terhadap sesama muslim , seakan dia telah memakan daging saudaranya itu"
Yang gi sumpah orang tu Muslim ke?
ReplyDeletechegubard --> bodoh piang~ ;)
ReplyDeleteisu bodoh? fakta xdak? hentam keromo saja..
ReplyDeleteno wonder
Hahahaha... steady chegufart... erm... ni buku sejarah darjah berapa???? rasanya chegu sure umur dah seratus tahun... iyoler.... duduk sebelah first PM berunding ngan singapore sehingga fakta yang dibagi betul segala hehehe... syabas chegufart
ReplyDeletebodoh lar lu... pikir baik2 lar kebaikan dia... lu main tembak jerkn... nak jadi hero ker... tau lar skang PKR x cukup calon... lu ingat boleh jadi calon lar lepas nie...
ReplyDeleteHahahaha tak tau plak mane ko dapat fuck-ta bodoh ni.Tanah KTMB tu tanah status pajakan saje. Ko ingat ko boleh suke2 ati nak buat macam tanah bapak kau ke bodoh.
ReplyDeleteayuh cheGuBard teruskan usaha pendedahan berani
ReplyDeletesemua statement kau di akhiri dengan 'question mark' (?)
ReplyDeleteMakna nya kau sendiri tak sure dengan statement kau .
fakta fail. Patut lah kau kena tendang dengan kementerian sebab chegu (konon) tak bagus
sbg rakyat biasa aku rasa ada yg tak kena.. knp perlu pertemuan 4 mata unt selesai masalah negara..???
ReplyDelete