Thursday, February 19, 2009

Pak Lah ; nak berhenti tak nak...nak berhenti tak nak...nak berhenti tak nak...- malaysiakini


Ini ialah satu papantanda gergasi yang merentangi jalan Syed Putra, Kuala Lumpur. Papantanda ini rasanya baru dinaikkan dalam seminggu dua ini.

Papantanda yang bermaksud "Abdullah sebagai Perdana Menteri menghargai semua cadangan dan mengalukan semua cadangan dengan meminta semua melayari www.warkahuntukPM.com.my"

Cuma terfikir menjelang Abdullah yang akan pergi bulan Mac ini adakah tidak terlalu lewat untuk semua ini. Apa gunanya iklan bernilai jutaan ringgit ini diletakkan ketika waktu di hujung seperti sekarang.

Atau ada muslihat sebaliknya. Kem Abdullah mengharapkan orang ramai mengakses laman tersebut dengan menghujani ruang komen dengan masej mendesak Abdullah supaya kekal....?

Jika ini taktiknya cheGuBard nak ucapkan tahniah kepada Abdullah dan Khairy (& co.) kerana sekurang kurangnya mula berbuat sesuatu ketika waktu senja walaupun nampak tak berapa cerdik.

Akhirnya nanti Abdullah boleh kekal sebagai Perdana Menteri menyelesaikan masalah negara seperti SPRM yang masih tak tentu arah, sistem kehakiman yang masih parah dan banyak lagi. Oleh kerana Umno makin tenat maka Najib akan diminta demi kelansungan parti melayu terbesar di dunia itu, maka sewajarnya Presiden Umno menumpukan pembaikan Umno dahulu maka pelan peralihan kuasa fasa satu hanya melibatkan jawatan presiden Umno dan fasa dua 2010 akan melibatkan jawatan Perdana Menteri.

Abdullah (menurut sumber dalaman yang rapat dengan beliau) mula merasakan tertekan dengan kerakusan Najib. Orang - orang di JPM pun sudah mula menganggap Abdullah 'bakal bekas PM' dan melayan Najib sebagai 'bakal PM'. Malah susun atur pejabat PM mula nak diubah.

Kata teman - teman Abdullah tak akan berani nak buat begitu kerana ia akan diserang, namun secara peribadi apa yang Abdullah rugi sekarang ini pun apa yang orang tak kata kat dia. Malah mutakahir ini populariti Abdullah naik sedikit dengan menjunamnya populariti Najib. Menyedari hakikat ini juga Najib tidak akan diam. Selaku ahli politik dia cekap membuat 'deal' ada khabar dia sudah mula bincang dengan Kem Khairy Jamaluddin - berdamai Najib disokong sebagai Presiden dan Khairy akan disokong sebagai Ketua Pemuda. Ceritanya juga menantu Abdullah juga mula khayal dengan janji manis Najib ini, Abdullah makin tertekan kerana menantunya mula jauh sedikit dan banyak berahsia dengan Abdullah. Namun jika ini berlaku nescaya KJ akan tertipu 'tegak-tegak'. Najib tidak akan meninggalkan Mukhriz itu janji Najib kepada Mahathir.

Namun di saat akhir ini juga cheGuBard faham Abdullah mungkin keseorangan, namun sekurang kurangnya Rezal Marican masih setia padanya. Rezal yang pernah diketepikan sedikit kerana kehadiran menantu kesayangan jugalah yang setia kembali kepada Abdullah ketika susah. Menurut kata teman - teman UIA Rezal ini memang dari sebelum Abdullah menjadi TPM memang sudah setia memuja dan terpesona dengan susuk Abdullah.

harap Rezal dapat nasihatkan Abdullah di saat - saat seperti ini berhentilah buat kenyataan berbau jenaka. Contohnya ketika ditanya komen Abdullah dengan perkembangan MB 'Bn' Perak yang digantung oleh Speaker dari memasuki Dewan Undangan Negeri Perak. Abdullah dengan yakin menjawab bahawa PAKATAN Rakyat nak tumbangkan Kerajaan Bn Perak.

Seperti tulisan seorang teman dalam blognya.

Hairan bin Ajaib.

Tapi itulah kata-kata yang diungkapkan oleh bapa mertua Khairy, Abdullah Badawi.

Abdullah dalam sidang akhbarnya hari dengan nada “marah-marah” mengatakan tindakan Speaker DUN Perak menggantung MB dan Exco-exco haram sebagai satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan Haram BN di Perak.

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! (meminjam gelak Tukar Tiub).

Abdullah terlupa ke yang BN yang rampas kuasa dari Pakatan Rakyat beberapa hari yang lalu?

Ke dia tertidur masa rampasan kuasa tu berlaku?


Apapun harap Abdullah lakukanlah yang terbaik untuk survival terakhirnya..? Najib juga berdepan dengan kesukaran...selain dari dihantui Roh Altantuya yang makin jelas kelihatan terutama selepas Sirul (tertuduh) ketika dalam mahkamah mendedahkan bahawa dia kambing hitam dan pembunuh sebenar masih bebas di luar, Najib juga menghadapi kesukaran politik.

Masalah antara Bn yang makin renggang, masalah pemilihan Umno. Jawatan timbalan contohnya dia lebih mahukan Ali Rustam tetapi takut nak istihar sokongan kerana kalau Muhiyuddin menang dia akan dirojak. Muhiyuddin terpaksa disokong (pura - pura) kerana ia pilihan Mahathir. Pemanjat pagar istana (Md Taib) pula seperi hari raya meriahnya mengedarkan 'ang pau' raya.

Semalam di kedai kopi Rembau, seorang penyokong kuat Menteri Besar Negeri Sembilan cuba bagi tahu cheGuBard. Sembangnya " gambar YB Wong ni betul - betul selamatkan Najib....pandai betul Najib keluarkan gambar tu masa dia sedang diserang isu Perak dan polis yang bunuh Altantuya tu..."

Lalu cheGuBard teringat...tiba - tiba orang lain tak jawab tetapi Najib lak lantang mencabar untuk dibuktikan yang Bn (dia) terlibat dalam edar gambar Adun Bukit Lanjan..... pedas cili akan terasa oleh pemakanya..

3 comments:

  1. KENAPALAH KERJAAN TIDAK SENSITIF DGN KEPERLUAN RAKYAT....MENGAPA DUIT DIBAZIRKAN TERLALU BANYAK UNTUK KEMPEN PEMILIHAN UMNO DAN PRK, POSTER DAN GAMBAR2 GERGASI BERNILAI JUTAAN RINGGIT, PERUNTUKKAN SUKAN GOLF RM1 JUTA, KEOHANAN SUKAN GOLF, PERAHU LAYAR...KAN KALAU DUIT BERBILION ITU DIGUNAKAN SEBAGAI SUBSIDI
    UNTUK MENURUNKAN HARGA MINYAK SERENDAH YG BOLEH...KEMUDIAN PENGUATKUASAAN HARGA BARANG SECARA TOTAL...DIHARAPKAN DAPAT MENGURANGKAN
    BEBANAN RAKYAT YG SEDANG DIHIMPIT OLEH KEMELESETAN EKONOMI.....KURANGKAN POLITIKING KERANA PEMBAZIRAN WANG RAKYAT AKAN BERLAKU...JANGAN SAMPAI RAKYAT MEMBERONTAK SPERTI DI INDONESIA...RAKYAT YG MISKIN AKAN MEROMPAK HARTA ORANG KAYA... SUPERMARKAT ,. GUDANG2 ...PERNIAGAAN KAPITALIS DIPECAHKAN DEMI SURVIVAL DAN DENDAM..HARAP JANGAN TERJADI DI MALAYSIA....

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:43 PM

    sia setuju benar..kerajaan skg terlalu membazirkan wang rakyat kepada perkara-perkara yg tdk berfaedah kpd rakyat jelata. Penderitaan warga berpendapatan rendah dapat dikurangkan jika wang tersebut ditujukan kepada usaha-usaha yg disebut oleh bro zack tadi..kerajaan skg memang tdk cekap, tdk telus, kaki rasuah, kaki temberang, kuat politiking, sibuk membuncitkan perut sendiri dan bla bla bla...

    ReplyDelete
  3. apakah ada kejutan reformasi gelombang najib kalau betul najib tak jadi pm dan disumbat dalam penjara.kah kah kah

    ReplyDelete