Tuesday, December 09, 2008

Sambutan kepulangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman



















Kebelakangan ini institusi kerajaan beradat Negeri Sembilan mendepani perbagai cabaran, malah yang lebih sedih cabaran itu tidak dilihat sebagai cabaran anak Negeri ini tetapi kelihatan DYMM Tuanku kelihatan kesorangan mendapani cabaran tersebut.


Menginsafi juga kemelut dikalangan masyarakat seolah tidak kesudahan ini memerlukan Institusi Raja - Raja Melayu atau (dalam konteks Negeri Sembilan) Institusi Kerajaan Beradat memainkan peranan semula sebagai penyatu dan payung kepada rakyat


bergerak dari kesedaran tersebut, pada 6 Disember 2008, sekumpulan anak Negeri Sembilan telah berkumpul di Kompleks Bunga Raya, KLIA untuk menyambut kepulangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja’afar Ibni AlMarhum Tuanku Abdul Rahman dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Ampuan Najihah Binti Tunku Besar Burhanuddin yang telah berada di luar negara sekian lama.



Himpunan sambutan yang bertemakan "Memperkasa kuasa rakyat mengangkat Daulat Kerajaan Beradat" ini telah dihadiri oleh tidak kurang dari 300 orang anak Negeri Sembilan berbilang bangsa.


"Ini kali pertama dalam sejarah (rasanya) tanpa arahan orang berkumpul menyambut Raja dengan sepenuh hati menyatakan sokongan. Lebih istimewa turut hadir anak negeri yang bukan Melayu ini melambangkan kami merupakan kelompok yang faham Institusi Kerajaan Beradat sebagai payung negeri ini dan rakyat negeri ini bukan sahaja melayu. Institusi raja bukan milik melayu sahaja dan jauh sekali milik Umno sahaja" memetik kata - kata Mohd Kamil Yasin sebelum menyembahkan memorandum "memperkasa kuasa rakyat mengangkat Daulat kerajaan beradat kepada DYMM Tuanku Ja'afar.


Baginda telah perkenan menerima memorandum tersebut yang turut mengandungi petikan ucapan dasar Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang turut menyentuh mengenai memperkasakan kedaulatan Institusi Raja dalam Kongres keADILan ke 5 yang lalu.


Selepas menerima memorandum tersebut baginda serta Tuanku Ampuan berkenan mencemar duli bersalaman dengan hampir semua yang hadir. Kompleks Bunga Raya malam itu gempita dengan laungan Daulat Tuanku !!! Baginda Tuanku dan Tunku Ampuan sempat melambai beberapa kali kepada yang hadir sebelum kenderaan berlalu pergi.


Semua berjalan lancar walaupun berlaku beberapa insiden kecil. Semasa menunggu , kumpulan kami dihalau keluar dari dewan sambutan kononya kerana berpakaian tanpa protokol dan kemudian setelah kami berada di luar dewan sambutan kami mahu dihalau keluar dari kawasan kompleks. Kami faham arahan ini mungkin datang dari beberapa kerat pemimpin Umno yang turut hadir dan kelihatan seolah tidak senang dengan kehadiran kami. Malah menurut teman yang menyertai sambutan tersebut, menyatakan Sdr. Marvin telah di ugut oleh seorang ahli keluarga MB supaya diam dan jangan ganggu tempat orang. Malah secara sinis mengeluarkan perkataan dah lah menumpang...bukan Melayu tak sedar diri.....


Himpunan diketuai oleh Sdr. Kamil Yasin dan turut disertai oleh YB Chai Tong Chai (Chua), YB Ravi (P.Dickson), YB Rashid (Ampangan), YB Taufek (Paroi), Sdr. Zulkifli (PAS NS) dan pemimpin di perbagai peringkat.

6 comments:

  1. Anonymous5:19 PM

    Bagus bro... buat line awal dgn istana supaya tak susah nak angkat sumpah jadi MB ....

    tapi awat nak kembalikan kekebalan... nanti raja2 nie banyak lemak lak....

    apapun all d' best

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:17 PM

    hahahahaa... nampakdah tokoh montori bosar tu !!

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:03 AM

    alahai....raja tahi judi dan kaki minum arak pun nak bela ke..pergi mampus dgn smua2 raja2 tahi kucing nih...

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:05 AM

    nak tanya betulke Dr Azam (ketua bahagian seremban) dan Pn salwa (setiausaha seremban) boikot majlis anjuran badrul dengan tajaan Datuk kamarul di seremban menyebabkan majlis itu gagal....

    Badul dan kamarul harus belajar hormat orang....

    tengok sikamat ADUN yang cemerlang dlm bahagian seremban tetapi adun ampangan yang bangang

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:15 PM

    tahniah bro n rakan2,
    walaupun mengalami kesusahan, dapat juga menganjurkan program sebegini. teruskan usaha.

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:33 PM

    ADUN Ampangan Bangang??? Sapo yang pilih dio jadi calon Ampangan dulu lagi banganggg!!! Hahahaha

    ReplyDelete