Tuesday, September 02, 2008

Merdeka Auto Show 2008 : Memerdekakan Rakyat

Sempena 'mood merdeka' dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, cheGuBard dengan bantuan teman - teman di Pulau Pinang khususnya Din Binjai telah mengadakan Merdeka Auto Show 2008 : Merdekakan Rakyat. Acara sehari ini telah menyediakan 10 perbagai gerai. Gerai utama sudah tentu berkaitan kenderaan motor tetapi tidak ketinggalan juga gerai jualan barangan cenderamata berkaitan Pakatan Rakyat dan gerai yang dikendalikan AMK P.Pinang yang menempatkan kaunter keahlian dan pemeriksaan daftar SPR. Acara paling menarik sepanjang hari itu ialah pertunjukan stunt Drift oleh 'wak' Faizal.

3 buah kereta yang sedia untuk di drift oleh Faizal.


Gerai yang dikendalikan oleh AMK P.Pinang.
Gerai Jualan alat penjimat minyak yang menjadi tumpuan.

walaupun cuaca tak menentu (tengahari terlalu panas dan petang hujan) tetapi pengunjung khususnya anak muda tak putus hadir.
Faizal sedang melepak minum dengan kawan - kawan sambil menjawab soalan dari peminat DRIFT.
Kedai eksesori motor.
dalam kesibukan mentadbir kerajaan negeri dan kempen pilihanraya Timbalan Ketua Menteri P.Pinang tetap sudi hadir melawat Auto Show. Di sebelah beliau kelihatan Din Binjai, Ahli Majlis MPSP yang menjadi tulang belakang acara ini.


Atas : Timbalan Ketua Menteri baru keluar dari kenderaan yang telah di drift dalam hujan, walaupun cuba cover muka nampak pucat sikit hahahaha...tahniah dan terima kasih kerana sporting sungguh !!
Kudin aktivis PAKATAN RAKYAT dari Paroi, Rembau seperti biasa sentiasa nak celah tiap kali ada orang besar tapi takpe sebab dia antara yang keje kuat.walaupun dalam hujan tapi depan DSAI, Faizal tidak mengecewakan...


Kemuncaknya sudah tentu ucapan perasmian penutup oleh DSAI.

Selaku Pengarah Program cheGuBard nak ucap terima kasih pada semua yang terlibat. Din Binjaiyang sungguh - sungguh urus logistik sehingga dapat belanja dengan murah, Faizal yang sudi men drift dengan 'percuma' walaupun mula janji ada motor terbang tapi last minit motor tak leh datang....Yasir-bekas jaguh 'rempit' asia... petugas - petugas yang sukarela.. dan semua peserta konvoi pusing permatang pauh, peserta pertandingan 'motorsikal lambat', motorsikal berhias, cabutan bertuah dan perbagai lagi pertandingan. Kepada yang berjaya bawa balik hadiah utama TV 29 inchi...tahniah !!

1 comment:

  1. sape... 'wak' faizal tu :-)

    Yang pasti bukan saya kan ;-)



    Jemput ke blog saya ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete