Umno terus menyerang dan menggunakan isu peribadi, menjelang hari - hari terakhir kelihatan banner yang menggelikan hati...Tolak Anwar kaki zina dan liwat... bersama Kepimpinan Bersih dan Beriman.... tak ke kelakar nama nyer tu.. then letak PIC Najib banner ini di satu masjid yang Najib lawati...
Umno makin terdesak mereka gunakan perbagai taktik perdaya pengundi. Antaranya semalam di sekitar Permatang Ara telah tertangkap sekumpulan pemuda bermotorsikal membuat bising dan membawa bendera DAP, dan apabila ditahan dan dikenalpasti mereka ialah petugas Bn yang diupah untuk bawa bendera DAP dan bertindak liar kononya untuk takutkan pengundi Melayu.
Juga semalam dua orang petugas Bn tertangkap di Permatang Pasir ketika cuba menggantung banner palsu keADILan yang kononya tertulis Lim Kit Siang bakal Timbalan Perdana Menteri. Dua orang budak dalam gambar itu antara yang ditangkap.
Ariff Shah (calon Bn) juga mengakui bahawa dia juga terlibat dalam membayar RM 100 - RM 500 sehari kepada petugas khas mereka sebagai bayaran tenaga pakar termasuk sebagai agen perisik. Calon Bn mengakui mereka bayar petugas termasuk bayar agen perisik. Ini bertentangan dengan akta pilihanraya. Tetapi seperti biasa SPR pekak akan terus buat pekak.
Bn terdesak dalam mendapatkan undi bukan Melayu, mereka mula sanggup membayar kepada tokoh - tokoh masyarakat bukan Melayu untuk istihar masuk Bn. Namun mereka gagal buktinya seorang pemimpin tempatan bernama Ponnusamy. Ponnusamy pernah di temuramah oleh wartawan Suara Keadilan keluaran minggu lepas.Beliau berpengaruh dikalangan penduduk kaum India di Seberang Jaya. Beliau ditawarkan RM30,000 untuk masuk Bn tetapi dia tolak dan buat laporan Polis
apakah seluruh pegawai dan kakitangan spr pekak serta buta mata mereka terhadap apa yang berlaku perkara yang menyalahi undang-undang dan peraturan pilihanraya di permatang pauh?
ReplyDeletekalau dah pekak dan buat maka jangan jadi orang lebih baik jadi orang utan, sekurang-kurangnya tidak menganggu kehidupan manusia lain.
ada faham ke rashit dalam hal ini, tua tapi macam tak guna punya orang.
drp: cucu orang utan.