Tuesday, May 27, 2008

Kita terusik kerana kabar angin.........

sejak semalam beribu sms, email dan panggilan telefon yang diterima....tiba - tiba gempar isu nak ikut Ezam masuk Umno....

Telefon di rumah ibu saya turut dihujani panggilan ..... telefon bimbit isteri saya juga..... reaksi bercampur ada yang sedih merayu untuk turut bersama... ada yang gembira dengan khabar angin tersebut... ada yang secara 'keras' memohon penjelasan... dan ada juga yang maki hamun tak tentu arah.... isteri saya dan ibu saya turut di maki oleh mereka yang kononya pejuang dan pemimpin Parti Keadilan.

antara sms yang saya terima seperti di bawah :

Chegu bard tlg hentikn lakonan! Kami tahu kau dalang blog antikhairy. Kau biasa buat kerja menyamar hantar email tipu konon2 bantai kutuk diri sendiri, lepas itu kau sendiri jawab. Jgn brlakonlh sial!! kami tahu itu kerja bodoh kau! Apa tujuan kau adakan cerita ezam nk ajak kau masuk umno? ada ati nampak kau setaraf ezam? Pantat mak kau lah bard! (sms dari 0166208767)

ada beberapa sms ke telefon isteri saya yang lebih parah bunyinya...

saya hubungi no itu semula dia kata dia Zaidi, Kelang. Saya cuma bercakap saudara bebas bercakap tapi jangan libatkan makian terhadap keluarga saya.... tapi beliau dengan kasar menuduh " kau sapa...kau tak tubuh gerak pun... kau sama sial macam Ruslan .... " tapi bila diajak berjumpa untuk penjelasan beliau beri alasan...

Ingin saya jelaskan........
  1. kenapa kita perlu terpengaruh dengan laman atau blog nyamuk yang penulisnya berselindung dan jelas pro parti lawan..???
  2. merujuk kepada berita Malaysiakini ingin diperjelaskan
    • saya mengambil pendirian tidak komen bukan semestinya saya mengikuti Ezam
    • saya tidak komen kerana saya tidak mahu buang masa dan terperangkap dengan isu yang remeh ...banyak isu dan kerja lebih besar yang perlu diselesaikan
    • 'perjumpaan sulit' ....pertemuan saya dengan Ezam bukan pertemuan sulit memang benar saya jumpa dengan beliau.... kami berbincang banyak perkara termasuk menngenai GERAK yang saya bantu beliau tubuhkan, kerana bukan sedikit masa, tenaga dan wang dikorbankan untuk membina GERAK sehingga dikenali di tahap sekarang ini dan jika benar Ezam mahu menyertai mana - mana parti politik GERAK perlu diserahkan kepada kumpulan bebas.
  3. saya terharu dengan panggilan telefon dari teman - teman pemimpin pertengahan dan rakan pejuang di bawah .... saya paham kegusaran semua.... jesteru itu saya mohon semua bekerja keras untuk kepentingan rakyat terbanyak.... jangan kita termasuk dalam golongan yang pandai beri komen...cakap banyak dan kasar... atau hanya ampu dan muncul bila melihat peluang terhidang........tetapi bila dinilai tidak banyak pun membantu dan berada di tempat selesa bila masa memerlukan pengorbananya...
  4. Ezam tidak pernah mengajak saya memasuki Umno jauh lagi menawarkan apa jua jawatan kepada saya.
  5. memahami tidak akan pokok bergoyang tanpa ditiup angin.......... saya faham kemungkinan timbulnya kekeliruan ini kerana semua terjadi serentak... Ezam membuat keputusan masuk Umno-saya masih ada hubungan baik dengan Ezam dan juga pada masa yang sama saya ada melontarkan sedikit 'teguran' mengenai pengurusan dan kepimpinan.
  6. mengegur tidak semesti membenci dan mahu berpisah.... saya melakukan demi menjaga kemenangan dan memahami penderitaan dan rasa hati teman yang sama berjuang....
Ini bukan kali pertama saya membuat 'teguran'.........tetapi hampir setiap kalilah saya dikaitkan dengan pengkhianatan....... dari semasa sebelum Pemilihan Kemaman saya di maki secara terbuka oleh kepimpinan NS kerana kononya saya mengkhianati perjuangan ...hari ini mereka yang maki sudah hampir semuanya tidak ada dalam perjuangan ini dan saya masih di sini.... begitulah semasa berlaku seolah krisis kepimpinan dalam pemuda saya berada di pihak yang tidak porpular saya di maki hamun secara terbuka namun sekarang ini saya masih di sini...dan kebanyakan mereka sudah tidak bersama.......

Ingat......... Perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Kita bercakap soal keadilan dan demokrasi.... maka dengarlah suara di bawah... ketika merenung langit dan jangan hanya bercakap pada burung tetapi turut ingat rumput yang di pijak........

Saya amat tidak suka menulis semua ini secara terbuka disini tetapi.......jangan hanya tahu maki hamun tapi cermin diri apa kita sudah buat dalam perjuangan ini...........

6 comments:

  1. Anonymous1:17 PM

    salam... tahniah... tahniah... tahniah... tak perlu risau apa2... bawak bertenang... kepada yang memaki hamun tu biarlah tuhan balas... mungkin kifarah kepada dosa2 kita yang lepas... apa2 pun thnx for the komen... tapi masih blurr la komen tu.. tapi takpe.. take your time.. cume jgn gusar2 sgt la... ok... salam

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:31 PM

    hampir menitiskan air mata.... semalam saya muna'jat semalaman solat hajat agar berita tersebut tidak benar.... saya paham Ezam sudah tidak boleh ditahan lagi.....

    selepas membaca tulisan ini saya hampir titis air mata... perlu sujud syukur rasanya....

    perjuangan ini tetap diteruskan jika cikgu pergi sekalipun tetapi... cikgu umpama permata dalam perjuangan ini......

    nasihat ikhlas saya cikgu matang dalam penyusunan strategi cuma harap jangan emosi dalam berdepan kerenah politik dalaman.... rambut sama hitam hati lain-lain...

    jangan hampakan ada ramai anak muda di luar sana yang diinspirasikan semangat perjuangan mereka oleh kamu cikgu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, sebagai pemimpin yang baik dan bagus, tak salah kalau mengaku kesalahan sendiri....

    Chegubard takkan tak tahu, anda adalah AMT KEADILAN, kalau orang buat spekulasi, cepat2lah nafi, nih cakap no komen.... saya harap, kalau cikgubard taknak perkara sama berulang (means, orang ganggu cikgubard, mak dan isteri), tak perlulah cakap double meaning!!!!

    Anyway, PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA!!!

    thanks.

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:17 PM

    Alhamdulillah.....
    lega hati kami semua...saya juga telah hadir ceramah umum cikgu kat taman tasik jaya baru2 ni..penuh dengan semangat...mula2 saya rasa curiga juga,tp alhamdulillah cikgu dah nafikan.....kita terus berjuang dan berjuang....Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  5. salam chegu bard...
    teruskan perjuang..
    perjuang masih jauh..
    masih ramai melayu yang tak mengundi keadilan dan pembangkang...kita perlu mengerakkan segala ruang yang ada..supaya rakyat dan melayu dapat menerima perjuangan kita..
    salam reformasi..

    ReplyDelete
  6. Salam... Ada rakan yg bertanya "betulkah CB kuar PKR?" Soalan tersebut saya jawab dengan ketawa panjang.. hahahaha..

    Sejujurnya, saya tidak kenal CB dgn lebih mendalam tetapi apa yg jelasnya saya masih percaya tekad beliau dlm perjuangan PKR masih digengam erat.

    ReplyDelete