Pendedahan Dr. Mahathir ini amat menggemparkan sehingga mengheret menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menjawab tuduhan tersebut.
Menurut Khairy banglo tersebut bukanlah milik Abdullah tetapi milik anak lelaki Abdullah. Malah Khairy menambah bukan menjadi kesalahan untuk saudara mara Perdana Menteri memiliki kekayaan. Dalam kenyataan yang sama juga Khairy memberikan amaran kepada yang sering mengkritik keluarga Perdana Menteri agar berhenti kerana jika dia juga mengambil langkah yang sama iaitu mendedahkan kekayaan keluarga pemimpin lain ia akan lebih memalukan.
Namun 17 April lepas secara tiba – tiba Dr. Mahathir telah bertindak anti klimaks apabila memohon maaf dan menarik semula kenyataanya mengenai banglo tersebut.
Banglo mewah RM60 juta tersebut sebenarnya adalah milik Wong Mun Yee @ Cindy Lim, isteri seorang jutawan Malaysia, Patrick Lim Soon Kit.
Maka timbul persoalan, kenapa Dr. Mahathir tuduh dan tarikh balik tuduhan sedangkan menantu Abdullah mengakui Kamaluddin (anak lelaki Abdullah) memiliki banglo mewah tersebut ?
Kedua adakah Patrik Lim Soon Kit berkongsi harta kekayaan dengan keluarga Perdana Menteri dan untuk mengelakkan sebarang perkara berbangkit ia sebuah banglo milik keluarga Perdana Menteri dibeli atas namanya ?
Ketiga atau Khairy tersilap mengaku, maka sebenarnya banglo yang dimaksudkan Khairy ialah banglo lain di Australia ? Maka berapa banyak kekayaan negara yang dipunggah pemimpim politik dan disimpan di luar negara ?
Keempat Khairy ugut akan dedah harta keluarga pemimpin lain, siapa pemimpin itu yang juga memunggah harta negara ? Jika diterjemahkan secara mudah ugutan Khairy mungkin berbunyi.... bukan keluarga aku (Perdana Menteri, Abdullah) sahaja yang punggah kamu juga buat, maka pandai makan pandai simpan...diam – diam sudahlah...
Aduh. Perit sungguh menelan perkhabaran begini. Kalaulah mereka tahu bertapa seksanya rakyat mencari sesuap nasi. Tiap hari tax kena bayar, sini sana tax tapi 'every single cents' harta pemimpin itu menimbulkan syak. Mereka tidak tahu bertapa sengsaranya menahan lapar sambil bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Harta berpuluh juta itu KETERLALUAN!
ReplyDeleteAduh. Perit sungguh menelan perkhabaran begini. Kalaulah mereka tahu bertapa seksanya rakyat mencari sesuap nasi. Tiap hari tax kena bayar, sini sana tax tapi 'every single cents' harta pemimpin itu menimbulkan syak. Mereka tidak tahu bertapa sengsaranya menahan lapar sambil bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak. Harta berpuluh juta itu KETERLALUAN!
ReplyDelete