Sunday, December 24, 2006

Catatan ke Terengganu : Jangan jadi Cicakman

Oleh kerana kewangan yang amat teruk mulanya nak batal sahaja program ke Terengganu, tetapi mengenangkan Pok Jak, Ketua Bahagian Kuala Terengganu yang bersungguh – sungguh dan Ng Chai Heng, Setiausaha Negeri Terengganu aku tekad juga untuk pergi. Cadangnya untuk naik bas ekspress aja memandangkan kereta yang ‘tidak berapa sihat’ dan untuk lebih menjimatkan.

18 Disember 2007, 7.00 pagi keluar rumah dengan berbekal RM 10.00 yang dipinjam dari mak dan wang yang sememang ada dalam poket RM 7.00. Itupun hanya cukup isi minyak kereta yang dah teruk sangat ’kering’ sebanyak RM 15.00

Dari rumah aku terus ke Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban untuk mengambil semula deposit sewa dewan yang di gunakan untuk Dialog Ekonomi pada 26 November lepas. 8.00 pagi sampai di sekolah itu aku dimaklumkan Encik Tham, Pegawai yang bertugas akan masuk lewat sekitar jam 11.30 pagi. Tiada pilihan lain selain dari menunggu beliau kerana tiada jalan lain untuk mendapatkan tambang ke Terengganu.

Jam 11.45 pagi aku meninggalkan sekolah tersebut dengan pulangan deposit yang di tunggu. Walaupun tidak seperti jumlah yang disangka, hanya RM 150 di pulangkan. RM 450 telah dipotong kerana penggunaan dewan lebih masa dan tambahan kerusi. Resit tertulis RM 450 (Deposit) di tolak RM 150 (sewa kerusi) RM 100 (sewa kantin) RM 50 (sewa lebih masa). Selain tercatat RM 950 untuk sewa dewan dan P.A system yang telah dibayar sebelum program bermula. Deposit itu aku ambil kerana setengah dari jumlah kos sewaan tersebut aku pinjamkan wang sendiri tetapi akhirnya setelah dikira wang jualan tiket dan kutipan hari tersebut aku tak jadi ambil balik wang yang dipinjamkan kerana wang tersebut cukup – cukup untuk projek print vcd percuma. Maka aku niat infaqkan sahaja kecuali deposit ini aku terpaksa ambil.

12.00 tengahari sampai Terminal One Seremban. Malangnya trip bas pagi dah terlepas (11.00 pagi) dan paling awal pun 8.00 malam nanti. Tiada cara lain, aku ambil keputusan bawak kereta keliasa aku yang tiada aircon (kerana compressor rosak) dan rim bengkok teruk. Paling tidak sehingga Kuantan untuk dapatkan bas ke Terengganu.

Kena isi minyak ! Sedikit lega kerana teringat mata terkumpul dalam Kad Smile. Sampai Kuala Pilah aku berhenti di Esso. Aku tebus 1000 mata dapat minyak free RM 15 dan aku tambah RM 40 lagi. Lega selepas isi minyak dengan kelajuan biasa dan tidak menggunakan aircond, minyak yang ada ini cukup bukan setakat Kuantan tetapi terus ke Kuala Terengganu pun cukup.

Dalam perjalanan melepasi Kuala Pilah aku telefon Rizan Ali, Ketua AMK Pahang untuk bertanya mengenai jadual bas dari Kuantan ke Kuala Terengganu. Rizan memberi tahu bas hanya ada pukul 5 petang dan akan sampai Kuala Terengganu sekitar 10.30 malam.

Aku tersenyum kerana aku terpaksa pandu kereta yang macam kereta kuda (kerana rim bengkok teruk) terus ke Kemaman. Cuaca yang mendung telah menyelamatkan aku aku dari kepanasan kerana tiada aircond. Cuma aku perlu berhenti di Stesen Minyak di Muadzam Shah untuk beli minyak enjin. Tambah sikit minyak enjin kerana risau juga lama tak tukar, mungkin kering atau dan terlalu kotor.

Aku hubungi Setiausaha Bahagian Kemaman yang lebih di kenali sebagai Din Bangla (maaf jika Din terbaca dan marah aku dedahkan nick dia) untuk bertanyakan jadual perjalanan Bas dari Kemaman. Bas terakhir ialah jam 5 petang dan biasanya sampai ke Kuala Terengganu sebelum 9.00 malam. Aku sedikit lega, tetapi melihat waktu yang suntuk dan perlu sampai Kemaman sebelum 4.30 petang, aku batalkan untuk berhenti makan. Memang lapar kerana dari pagi belum makan.

Jam 3.00 petang melepasi pintu gerbang masuk ke Kemaman. Terlalu letih memandu ’kereta kuda’ seorang tanpa henti dari Seremban. Lapar pula. Aku berhenti kedai runcit sebelum Masjid Kemaman untuk beli roti krim dan air kotak. Cadang hendak berhenti makan roti, rehat dan solat di Masjid Kemaman.

4.00 petang aku berjumpa Din di depan Restoran Briani depan Maybank Kemaman. Dia minta pandu ikut belakang keretanya. Rupanya dia suruh ikut ke pejabatnya dan minta letak ’kereta kuda’ depan pejabatnya. Dia hantar ke stesen bas dan dalam kereta dia hulurkan tiket bas sambil berkata anggap (tiket ini) keADILan Kemaman belanja. Aku yang sememangnya tengah kering tersenyum sambil ucap terima kasih.

4.30 petang tepat aku telah berada dalam bas. Tetapi malangnya sehingga 5.30 petang bas tersebut tak jalan lagi kerana rosak. Risau tidak sempat sampai sebelum 9.00 malam, telefon Din, minta dia ambil dan hantar ke pejabatnya semula. Terpaksa juga naik ’kereta kuda’ tu ke Kuala Terengganu juga.

Pun tak tahu kenapa tiba – tiba ringan mulut untuk mempelawa seorang lelaki cina yang duduk di tempat duduk bahagian belakang bas untuk sama ke Kuala Terengganu.

Tapi pilihan tepat. Lelaki itu yang bekerja dengan syarikat carigali minyak baru sahaja sampai ke darat setelah 3 bulan di tengah laut. Dia sekarang sedang buat survey mengenai beberapa kawasan yang berpotensi sebagai telaga minyak baru. Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu terlalu banyak ilmu baru aku perolehi darinya. Dia tak henti bercerita mengenai tugasnya cuma sesekali aku ada ruang untuk bercakap.

Jam 9.00 malam aku turunkan dia di Jalan Kampung Cina Kuala Terengganu selepas bertukar nombor contact. Dia janji akan layari blog ini. Kalau dia layari dan baca jangan lupa beri komen.

Aku terus ke Hotel Kenangan, ambil kunci terus ke bilik dan mandi. Jam 9.30 malam aku masuk ke dewan di tingkat 4 hotel tersebut. Nampak sahaja Pok Jak di terus salam dan peluk aku. Aku gelak je sebab teringat sebelum program dan dalam perjalanan entah berapa ratus kali dia hubungi aku dan hanya beberapa kali sahaja panggilan dia yang aku angkat. Kesian dan aku kagum melihat kesungguhan Pok Jak yang tua ini.

Dewan hampir penuh lebih 50 orang aktivis keADILan telah berada dalam dewan. Razali Alias mulakan sesi motivasi. Sebelum aku ambil tempat sebelum Cikgu Zul. Malam itu baru aku tahu Cikgu Zul bakal dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Terengganu. Tahniah.

Malam itu crowd bercampur, sama banyak yang veteran dan yang muda, jadi aku tak tekan habis. Aku habiskan satu jam untuk terangkan pada mereka mengenai 4 perkara ;

  • Adakah kita pernah kaji sebab kekalahan pilihanraya lepas ? cuba buat senarai puluhan alasan tersebut dan sebelum pilihanraya selesaikan semua persoalan itu..jika tidak kita tidak layak masuk pilihanraya lagi...
  • Keadaan parti ini sekarang. Parti ini merupakan kenderaan yang bagus tetapi kita sebenarnya terlalu mengharapkan DSAI. Kita seolah terlupa untuk mengenengahkan tokoh dan menyusun gerak kerja di peringkat kita sendiri ? kita seharusnya buat apa yang termampu henti salahkan orang lain. Jika kita pemimpin suruh orang buat kita kena tunjuk kita boleh buat dulu.
  • Keperbagaian pendekatan. Pendekatan dan program perlu lebih kreatif dan perbagai. Angkatan Muda khususnya perlu berfikir di luar kotak (luar biasa)
  • Rumusan pula berkongsi formula kemenangan dan faktor x

Sesi malam itu berakhir sekitar 12.15 tengahmalam selepas sesi soal jawab. Ada yang kelihatan boleh menerima dan nampak semangat serta jelas bagaimana mahu bergerak selepas sesi ini jika dinilai dari riak muka dan bahasa tubuh mereka tetapi ada juga yang terus kekal mandom. Apa yang mereka perlukan bukan arahan – demi arahan tetapi perjumpaan dan pertemuan fizikal yang membincangkan idea untuk bergerak akan menguatkan iltizam mereka. Pemimpin perlu turun ke bawah membawa idea gerakan yang kreatif.

Selepas program Suhaimi, Timbalan Ketua Perhubungan telah membawa bersama Cikgu Zul dan yang lain ke gerai makan sebelah hotel. Tak sabar rasanya untuk rasa nasi yang pertama setelah seharian berlapar. Selepas makan Pok Jak dan Ibrahim (aktivis keADILan Kuala Terengganu) telah bawa pusing – pusing Bandar Terengganu. Dalam kereta Pok Jak hulur sampul surat katanya dia tahu aku takda duit. Dalam keadaan serba salah tak mampu menolak hanya senyum, ucap terima kasih dan ambil. Ada 4 keping RM 50.

Dia juga tunjukkan pejabat di kawasan tengah bandar yang baru dia sewa untuk dijadikan pejabat Parti. Banyak cerita dan persoalan yang dibincangkan. Tanpa menunjukkan minat untuk mebincangkan masalah aku tarik perbualan dengan berkongsi idea bagaimana nak bergerak secara lebih kreatif. Ibrahim pula rupanya ada kemahiran IT yang tinggi jadi kami berbincang apa yang Ibrahim boleh buat membantu parti di Terengganu.

Jam 2.00 pagi sebaik sahaja turun dari kereta Pok Jak, telefon bimbit berbunyi. Sahabat lama semasa di MPRM yang kini balik bercuti di kampungnya, Kuala Terengganu dari mengajar di Sabah ajak berjumpa. Katanya esok tak sempat kerana dia nak balik rumah mak mertuanya di Perak. Kami habiskan masa lebih sejam berborak depan 7 eleven tengah Bandar Kuala Terengganu. Banyak cerita di perbual tapi aku lebih menunjukkan minat menarik perbualan untuk mengetahui keadaan politik di Sabah, kebetulan kerana dia merupakan antara orang yang aktif dalam Umno di Sabah.

Hampir 4 pagi baru melelapkan mata di bilik 2112 Hotel kenangan.

Jam 9.00 pagi aku meninggalkan hotel. Destinasi sebuah restoran di Kuala Berang. Pagi ini aku berjanji meluangkan masa untuk bersarapan dengan beberapa Puteri Umno yang seorangnya merupakan teman lama aku.

Perjumpaan dihadiri oleh 5 orang. Kawan aku yang menjawat dalam Puteri Umno negeri, dan 4 lagi ajk dari bahagiannya. Perbualan bermula dengan yang ringan – ringan hinggalah ke persoalan politik yang berat.

Dalam pertemuan itu mereka bangkitkan rasa tidak puas hati mengenai penyelewengan yang berlaku. Kata mereka Terengganu paling ramai kontraktor kelas F dan paling banyak projek tapi malangnya yang dapat asyik kelompok yang sama. Bila kita bising dia cuma tubuh syarikat lain dan pasang proksi tapi masih orang sama.

Mereka minta juga dibangkitakan isu MSA Bina Sdn Bhd yang sering dapat projek kerajaan dan agihkan projek secara sub. Sekarang ini orang Umno sendiri gelar Idris Josoh sebagai Menteri Besar Besut kerana semua projek mesti dapat kepada kontraktor Besut.

Mereka kata ramai dah mula serik dengan Umno janji bertabur tapi habuk pun tiada , mereka yang jumpa rakyat ini mula di cemuh. Projek tak berdasarkan kepentingan buat masjid besar bukan ada khariah ramai pun, buat bangunan tambahan sekolah kelas yang lama pun tak penuh dan contoh paling jelas ialah Pasang lampu macam – macam di Kuala Terengganu di jambatan Sultan Mahmud siap pasang lampu ikan tetapi malangnya kawasan Bukit Bauk, Dungun dan kawasan seperti Kampung – kampung di Kuala Berang kegelapan.

Mereka diterangkan mengenai perkara ini berlaku kerana nak kerja senang gaih projek tanpa buat survey kepentingan projek. Mereka bangkitkan untuk menyokong PAS secara terus mereka ada beberapa benda yang tidak puas hati juga dengan PAS khususnya semasa PAS jadi kerajaan. (Bab ini aku tak nak debatkan panjang dengan mereka sebab aku tak nak larikan fokus perbualan)

”keADILan ok kami sokong khususnya jika Datuk Seri Anwar benar – benar boleh perbaiki ekonomi” kata mereka tetapi mereka juga menyatakan kekesalan kerana keADILan di Terengganu senyap dan tiada apa.

”keADILan hanya nampak bila Anwar datang. Penyokong ramai. Tengok bila Anwar datang kami orang Umno pun nak jumpa...tu yang perpuluh ribu jadinya” tambahnya sambil ketawa.

Mereka di beri jaminan kita dalam usaha serius susun jentera keADILan di peringkat bawah khususnya di Terengganu. Mereka juga di pelawa masuk dan sama bina keADILan Terengganu jika ingin lihat Anwar jadi Perdana Menteri. Pelawaan itu disambut dengan sengih ala kerang sahaja dan InsyaAllah.

Nampaknya peluang ada jika orang Umno pun dah mula bosan cuma perlu perhatian khusus penyusunan jentera dan seumpamanya.

Jam 1.30 petang, tiba di Cabang 3, Kuala Terengganu. Destinasi ialah Restoran Pok Jak, makan tengahari free. Pok Jak sambut dengan mesra. Terus order nasi ayam dan limau suam. Sedang rancak berborak dengan Pok Jak datang seorang lelaki, seperti pelanggan tetap Pok Jak. Pok Jak ajak duduk dan perkenalkan dia sebagai orang kuat Umno dan bekas Setiausaha Pemuda Umno Terengganu.

Pok Jak minta aku terangkan pada dia mengenai kes wanita monggolia dan kemungkinan penglibatan Najib. Setelah aku terangkan mengenai penglibatan pengawal peribadi Najib dan Rosmah serta penggunaan bom C4 itu mukanya berubah serius. Aku cuba ingatkan dia mengenai kes Mustakizah yang akhirnya ditutup dengan kematian misteri saksi, kes itu juga dikatakan juga ada kaitan dengan Menteri Kanan Umno. Kemudian perbualan aku lajakkan dengan menerangkan mengenai beberapa angle mengenai ekonomi rasuah dan sebagainya. Nampaknya melalui tajuk ini dia pun setuju kerana dia turut menimbulkan rasuah dan salah guna kuasa dalam kerajaan Terengganu. Nampaknya dia paham apa yang berlaku.... dah dijolok dan terpulang pada Pok Jak untuk follow up lain kali.

3.00 petang aku rasa badan tak selesa lalu selepas keluar dari Restoran Pok Jak di Cabang 3, aku terus memandu menuju ke Masjid Kuala Terengganu. Di sana aku mandi dan tukar baju. Selepas solat. Oleh kerana masih banyak masa aku terus ke Pantai Batu Buruk. Sampai di tepi pantai, parking kereta betul – betul mengadap pantai. Tenang sangat rasanya dengan angin yang kuat dan bunyi ombak besar yang menghempas pantai. Sesekali terdengar pekikan kanak – kanak bermain layang – layang tak jauh dari situ. Duduk di luar kereta atas pasir pantai sambil membaca buku menghabiskan membaca buku Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam terbitan penerbitan Muttaqin.

Ketenangan membaca terhenti apabila Zul Marang menelefon aku. Dia nak jumpa katanya untuk menerangkan mengenai perjumpaan malam ini. 5.30 petang berjumpa dengannya di Gerai belakang hospital yang betul – betul menghadap Laut China Selatan.

Dia menerangkan pada bahawa perjumpaan malam ini bukan sahaja akan dihadiri ahli parti keADILan tetapi turut akan disertai oleh ahli PAS dan ahli Umno. Zul menerangkan mengenai isu paling besar yang mereka hadapi kini ialah pindaan kanun tanah.

Perjumpaan dengan Zul petang itu ringkas dan pendek sahaja. Hanya 30 minit. Kemudian dia bergegas pulang ke Marang dan saya berjanji bertemu beliau di Pekan Marang selepas Isya’.

Masa yang banyak aku ambil dengan memandu perlahan ke Marang sambil singgah di tepi pantai tengok aktiviti orang kampung dan sempat beli keropok lekor untuk ole – ole. Adalah lima kai berhenti. Selepas Maghrib aku sempat pergi ke Cyber Cafe di depan Sekolah Kebangsaan Marang untuk melihat berita terkini dan update blog. Dapat email gambar Rosmah berlaga pipi dengan artis Bollywood... aku terus naikkan gamabr itu sahaja nak update yang lain tak dapat kerana line lambat sangat.

Selesai Isya’ aku tunggu Zul di luar pagar masjid belakang pejabat Umno Marang. Jam tepat 9.15 malam sudah 3 sms aku hantar pada Zul tidak berjawab. Hujan lebat kereta tanpa aircond berkuap. Kereta wira Zul muncul. Dia lambat kerana keretanya bergesel dengan kereta lain tetapi tiada apa yang rosak cuma cermin sisinya pecah.

Perjalanan ke Pengkalan Berangan mengambil masa 35 minit dari Pekan Marang. Jauh masuk ke dalam lokasi perjumpaan ini. Kereta pula tidak boleh laju, cermin yang berwap kerana tiada aircond menghadkan penglihatan.

Sampai di lokasi hujan lebat sangat. Jam 10.00 malam, terpaksa menunggu sebentar kerana untuk panggil semula ada yang balik kerana mereka menjangkakan perjumpaan di batalkan kerana hujan sangat lebat dan telah lewat.

Perjumpaan malam itu dimulakan dengan menerangkan beberapa perkara mengenai perkembangan semasa. Kemudian perbincangan mengenai isu yang mereka hadapi bermula. Perjumpaan dan perbincangan panjang lebar ini hanya tamat jam 12.30 tengah malam. (isu tanah akan diturunkan dalam penulisan akan datang kerana ia isu sensitif yang memerlukan penumpuan khas dan masih menunggu beberapa salinan dokumen yang dijanjikan Zul untuk hantar melalui pos)

Bersalaman untuk pulang terasa sedih kerana nak meninggalkan mereka yang sedang bergelut dengan masalah dan seolah mereka ini dilupakan kerana duduk jauh di pendalaman. Mereka juga pejuang khususnya ahli – ahli keADILan ada yang menjadi ahli semenjak 1999. Majoriti kais pagi makan pagi dalam itu ada yang pernah kumpul duit naik bas hanya untuk sertai demonstrasi di Kuala Lumpur, tapi kini mereka ada masalah mereka bergelut sendirian. Insya Allah saya memberi jaminan mereka tidak akan dilupakan saya berjanji akan menjengah sekali lagi dan isu mereka akan saya bangkitkan nanti.

Salaman erat mereka dengan membayangkan mereka ini pejuang ikhlas. Kata – kata mereka ’kami cukup terharu kerana belum pernah pemimpin dari kuala lumpur datang jengok sampai ke kampung kami’ cukup menusuk dan tersemat di hati.

Kalaulah mereka tahu apa yang berlaku......pemimpin ego, terlalu politiking dan seumpamanya tentu kecewa remuk hati mereka bukan kepalang. Dalam perjalanan keluar dari kampung tersebut saya tersentak dengan sms dari Ketua AMK Terengganu, Wan Anies yang berada di Kuala lumpur. Anies memaklumkan yang dia di hubungi oleh pemangku Ketua AMK Shamsul yang mempersoalkan kenapa aku dibenarkan masuk dan bertemu dengan AMK Terengganu..... aku sedih sangat kenapa ini perlu berlaku ??? Namun Anies minta take note yang dia beritahu Shamsul yang aku hanya turun untuk ceramah anjuran keADILan Kuala Terengganu..... (kepada mereka jangan risau jaminan diberi tidak akan bertanding jawatan nombor satu AMK itu..) Anies tidak salah dia menjawab begitu mungkin baginya itu jalan terbaik dan selamat.

Sampai di pekan Marang hujan masih lebat, Zul membawa aku berhenti di satu kedai tepi jalan, rupanya Cikgu Fariz (exco keADILan) telah sedia menunggu. Dia baru pulang bersama keluarga dari Kuala Lumpur. Kebetulan dia juga tinggal di kawasan Rhu Rendang. Kira – kira 20 minit minum Kopi O keras, aku minta diri.

Memandu keseorangan pulang, hujan lebat, cermin berwap kerana tidak ada aircond dan kereta berhenjut ala kereta kuda amat meletihkan. Jam 4.30 pagi, tidur sebentar di depan 7-eleven Bandar Kemaman.

6.30 pagi selesai solat di Masjid Kemaman hujan agak teduh, cuma renyai – renyai, meneruskan perjalanan.

Beberapa kali berhenti kerana terlalu mengantuk mengakibatkan masa perjalanan panjang.

11.45 pagi ketika melintasi Felda Bukit Selancar aku memberhentikan kenderaan kerana melihat orang ramai di tepi jalan. Rupanya kampung mereka di landa banjir secara tiba – tiba, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang cuma ada yang sempat membawa kereta mereka ke jalan raya utama yang lebih tinggi bagi mengelakkan turut tenggelam.

Berdasarkan kenyataan anggota polis yang sempat aku berbual di tepi jalan itu. Katanya Johor, Melaka dan Gemas teruk dilanda banjir. Air naik tiba – tiba. Aku terus sms Ezam yang berada di Jakarta bersama Erahanim, Nurin dan Shahida yang menghadiri satu program di Habibie Centre mewakili GERAK.

Memandu semula sambil cuba menghubungi teman AMK NS. Mengidupkan radio kereta dengan mendengar siaran NS FM. Sah Pekan Gemas telah tenggelam. Ariffin dan Amir gagal dihubungi. Azizi menjawab panggilan telefon. Arahan kepada Azizi, panggil segera mesyuarat khas di rumahnya, akan sampai kira – kira jam 3.30 petang.

Jam 3.45 petang sampai di Senawang. Terus menuju rumah Azizi. Mesyuarat ringkas memutuskan menghantar pasukan ke Gemas dan satu pasukan berjaga – jaga di linggi kerana aras air sungai dilaporkan sedang naik mendadak.

Baki duit dalam poket aku ada RM 207.00 .... aku hulurkan RM150 kepada Azizi untuk tambah duit yang ada. Aku kata padanya ini duit baki deposit dewan tempoh hari. Dia ambil dan tengok muka aku tanda paham.... kita sama – sama takda duit tapi bila rakyat susah kita kena turun bantu bawa panji keADILan... itu perjuangan.

Bangga dengan teman – teman AMNS mereka faham apa yang terjadi tetapi semua mereka telan. Demi meneruskan perjuangan, terus setiakawan mengasak keadilan, meratah kezaliman, memartabatkan perjuangan.

Malam itu dalam kereta semasa perjalan ke Gemas, kami bincang tentang keberanian menyuaran kebenaran. Dalam perjuangan jangan selalu sangat main politik selamat sebab kita akan dilupakan. Tengok pejuang yang dikenang hingga hari ini semua mereka yang berani....memang benar sejarah ditulis oleh mereka yang menang tetapi lebih penting sejarah tidak pernah mengenang mereka yang penakut dan asyik main politik selamat.

Maka keluar satu perumpamaan.... kita nak berjuang kena ada idola... tapi jangan jadi cicakman ... asyik main politik selamat mati tak sedar silap – silap terkapit kat pintu pun orang tak sedar mati keras kat situ dah lah bangkai tak berbau. Ketawa kami terhenti apabila Amir menekan brek sambil menjerit di tengah – tengah kebun Getah Sungai Kelamah kerana terkejut ranting pokok jatuh di depan kereta......

15 comments:

  1. ya..keadilan kuat kerana DSAI..kene kuatkan barisan hadapan!
    kesian DSAI.mungkin die juga penat. heheh..bg beliau semangat!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:41 PM

    Bad....
    teruskan perjuangan. Biarkan depa dengan politiking depa !

    ReplyDelete
  3. Begitulah perjuangan...perit,pedih,sengsara,derita dan kecewa...

    Tapi anak muda tetap teruskan.... Lawan habis-habisan Cikgu..... Pedulikan semua politiking dalaman... Harus jelas siapa musuh sebenar rakyat!!!

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:51 AM

    Tak ke mana perjuangan andai mcm ni cara korang....
    Kepada Che'GuBard..pastikan anda ikhlas dalam perjuangan...jgn kerana rebutkan jawatan no 1 dalam Angkatan Muda..kepada rakan2 rapat Che'GuBard...ingat lah..andai selama ini anda berdiri megah di atas fitnah dan kata2 umpatan yang direka ...ingatlah...di mana bumi dipijak..di situ langit dijunjung...
    pada anda yang terluka, terguris dan rasa tersinggung di atas perbuatan mereka2 ini...ingatlah ALLAH MAHA ADIL....berdoalah agar satu hari nanti mereka berubah.......dan memperbetulkan keadaan....
    Luka di luar jelas kelihatan..luka di hati......akan sembuh bila mereka2 yang selama ini menjaja cerita cerita datang memohon maaf....Tapi selagi nyawa di kandung badan..ku pohon agar mereka insaf...dan menyesali perbuatan.....
    Rakan-rakan Che'GuBard....renungkanlah.....

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:46 PM

    cikgu bard,saya dari pkr cwangan bunga raya(enot banner),kadang2 kita yg dibawah ni rasa kurang senang dengan politiking dalam pkr,terus buat kerja le,kalau dah buat kerja komplen orgtu ,orgnila tak buat kerjaletih nak layan,tapi say respect kat cikgu coz kalau nak senang dah lama mengajar,tapi ambil resiko, berjuang untuk generasi akan datang.ada juga rungutan dari akar umbi,susah sangat nak jumpa pimpinan,nasihat saya cikgu teruskan berjuang,jangan layan politiking tu.macam enot,cara perjuangannya melalui banner,kepada semua,teruskan berjuang,jgn ikut budaya umno cantas pemimpin

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:51 PM

    Asskum Cikgu Bard apa nak hairan kan ada lagi sisa-sisa UMNO dlm sebahagian ahli PKR.Jadiklau iklas perjuangan takperlu dipersoalkan apa u buat-Bkt.Gantang

    ReplyDelete
  7. Banner ENOT?? Nostalgia betul ngan banner2 dia... teruskan perjuangan pem'banner'an mu enot!!

    dan cikgu bard juga...

    ReplyDelete
  8. hmmm...baru habis baca...mmg payah untuk berjuang atas tiket pembangkang..tp kwn2...yg penting adalah sumbangan dan usaha...bukannya outcome...bila tiba masanya nanti...kun fayakun...maka jadilah ia...teruskan istiqamah dalam perjuangan...buat mana yang termampu sehabis baik

    ReplyDelete
  9. Anonymous11:04 PM

    assalamualaikum...

    chegu...

    teruskan perjuangan...:-)

    dari kawan lama di no 8 dan N9...

    ReplyDelete
  10. Begitulah politik...apatah lagi masih ada pemikiran amno dalam PKR.Masih ada yang berebut jawatan.Masih ada yang merajuk bila mana nama tidak tersenarai dalam PRU yang lepas.Masih ada yang menggunakan kabel tertinggi mencantas calon bawahan.Ingatlah janji kita untuk bebas rasuah,bebas kroni,bebas nepotism.Politik kotor dan cantas mencantas mesti dihapuskan.Perjuangan mesti bersandarkan kesedaran dan keikhlasan tinggi dan jitu.Walaupun kadang kala terasa pedih juga mengenangkan wang ringgit yang banyak habis untuk berkempen, tetapi apabila kemengan dicapai ianya terasa saungguh indah dan manis sekali.

    ReplyDelete
  11. Anonymous9:13 PM

    hang btul la bad... ampeh... lain kali kalu kes mcm ni call aku.. utk hang aku leh jadi driver la.. yg penting kalau aku free aku mmg leh bwk ko g mana pun.

    p/s slama ni aku masuk blog ko aku xpnh nk comment apa2.sbb kita mmg d ajar menanti dr menyerang.. tp bila dh sampai bab nk p tganu pun haang sadis gila.. aku kena gk bg buah serang! hehe LAIN KALI KALAU ADA KES MCM NI CALL AKU... KALAU AKU FREE MMG AKU LEH ANTA KO! BAB NK KIRA MINYAK KE APA KE... BLAKANG BARU KIRA JANJI PERJUANGAN DLAKSANAKN!

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:19 AM

    Shamsul dan kengkawan2 dia nie memang menjahanamkan parti ....

    aku setelah tengok amk cukup lemah mula percaya yang Ezam sengaja pilih Shamsul sebab nak amk lemah...

    aku sokong Saiful Izham ambil ketua amk dan chegubard jadi timbalan....

    Amiruddin Sari Naib

    ReplyDelete
  13. Anonymous8:36 PM

    yang penting islam tue diutamakan.BELAJO ILMU AGAMA.. ilmu islam kena belajar.. penyakit hati kena buang jauh2.... akhir zaman sgt besar fitnahnya....
    org yg beribadat byk yg jahil (ikut2 tnpa belajar)...
    ulama fasik-keluarkan fatwa bkn2.....
    kita tahu x sifat2 WAJIB bagi Allah??
    kita tahu x syarat2 sah bagi solat??
    kita kena belajar sume..insyallah islam akan kuat...ilmu fardu ain adalah utama...ilmu kifayah akan automatik jadi kalau ilmu fardu ain diutamakan...

    ReplyDelete
  14. Anonymous3:19 PM

    Lеt'ѕ sеe if we cɑn answer the questions of whether co-sigոing on a ρersonal loan is a good idea.



    Feeel free to surf to my site :: creditos online

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:39 PM

    There aгe many reasonѕ foг this, the most obvious being the recent volatile economic
    climate.

    Here is my web-site creditos rapidos

    ReplyDelete