Wednesday, June 21, 2006

FIESTA FUTSAL WORLD CUP 06 ANGKATAN MUDA BERLANGSUNG MERIAH

Fiesta World Cup 06 Angkatan Muda anjuran Angkatan Muda N.Sembilan telah berlangsung dengan meriah.

Penganjur terpaksa menolak 18 pasukan malah 2 pasukan yang terus datang tanpa mengesahkan penyertaan seperti yang diperlukan turut di tolak. Hanya 40 pasukan sahaja di terima berdasarkan tempat dan masa.
Ini kerana fiesta ini dilangsungkan dengan satu gelanggang sahaja kerana tiada gelanggang futsal yang berani membenarkan Angkatan Muda N.Sembilan menyewa gelanggang mereka atas nama keADILan.
Sebanyak sekurang kurangnya 40 pasukan (280 atlet), 600 penyokong, 18 urusetia, terlibat dalam fiesta 2 hari ini. Fiesta yang dijadualkan pada 10 Jun ini ditangguhkan kerana masalah kewangan ekoran penaja utama menarik diri kerana tekanan.
Walaubagaimanapun ini tidak merencatkan kemeriahan fiesta kerana dengan menunda tarikh ramai lagi pasukan mendaftarkan diri. 10 perlawanan awal terpaksa diadakan pada 17 Jun dari 8.30 malam – 10.30 malam.
Fiesta ini menjadi lebih meriah apabila mendapat kerjasama dan sokongan 9 kedutaan asing yang terdiri dari negara – negara peserta Fifa World Cup 06’. Pihak kedutaan telah sudi menyumbangkan bendera (perbagai saiz) dan beberapa cenderahati untuk memeriahkan lagi fiesta ini.
Upacara pelancaran fiesta telah disempurnakan dengan sepak mula oleh Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia, Saudara Syamsul Iskandar dalam perlawanan pertama SKF B menentang pasukan Evolusi.
Kemeriahan fiesta sedikit cacat dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai di upah oleh UMNO yang mencuri 127 bendera keADILan, bendera logo fifa World Cup 06’ dan bendera perbagai negara yang digantung sepanjang jalan menuju ke tempat program.
Bendera yang digantung jam 5.00 petang, 17 Jun telah disedari hilang sekitar jam 8.00 malam hari yang sama. Tindakan ini dipercayai didalangi oleh parti pemerintah kerana takutkan sambutan hebat oleh orang muda terhadap program ‘kreatif’ Angkatan Muda Negeri Sembilan ini.
Sekitar jam 6.30 petang, 8 pasukan yang layak ke suku akhir telah mencabut undi untuk menentukan mereka bermain atas nama negara mana. Penganjur telah memberikan jersi 8 negara sebagai hadiah kepada 8 pasukan layak ke suku akhir, antaranya ialah jersi negara England, Brazil, Jerman dan Itali.
Perlawanan akhir telah menemukan Pasukan Bertam Ulu FC yang bermain atas nama Brazil dan Current naik 12 % yang bermain atas nama Jerman menyaksikan Brazil menang dengan jaringan 5 – 2.
Penentuan tempat ke tiga dan ke empat pula di antara England (Lavida Torres) dan Argentina (Alif Ya Mim) berkesudahan Argentina menewaskan England 3-1.
Sebelum perlawanan akhir, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzzaman, naib Ketua Angkatan Muda Malaysia telah menyempurnakan acara kemuncak dengan menguji penjaga gol Jerman dengan membuat sepakan penalty. Dalam sorakan penonton yang meriah sepakan Sharifah tersasar dari gol.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YM Dato’ Aladzhar Khalid, Penasihat keADILan Negeri Sembilan (Setiausaha Kerapatan Adat N.Sembilan), Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman (naib Ketua Angkatan Muda Malaysia) dan cheGuBard (Timbalan Ketua PeneranganAngkatan Muda Malaysia (heeee...aku sendiri le tu).
Antara yang hadir sepanjang fiesta ini antaranya ialah Erahanim (Exco Angkatan Muda Malaysia) yang banyak membantu dengan mengetuai jawatankuasa teknikal.

Keputusan penuh :

Juara : Brazil (bertam ulu fc)

Naib Juara : German (current naik 12%)

Ketiga : Argentina (Alif Ya Mim)

Ke empat : England (Lavida Torres)

Pasukan Terceria : TSI FC (Taman Sendayan Indah)
* semua pemain datang dengan keluarga yang menjadi penyokong setia

Penjaring Terbanyak : Razlan (Brazil)


SEKALUNG BUDI
Jika di lihat dari sudut kewangan, tekanan, masa
dan tenaga sudah tentu program ini tidak akan berjaya tanpa
bantuan, sokongan dan kerjasama perbagai pihak.
Maka dengan rendah hati Seluruh jawatankuasa penganjuran
fiesta Futsal world cup 2006 Angkatan Muda
Merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada

YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Mohamad Ezam Mohd Nor
(penaung kehormat)

Dr Ahmad Azam Hamzah
YM Dato’ Aladzhar Abd Khalid
(penaung penasihat)

KAMEL YASIN
KETUA & JAWATANKUASA keADILan BAHAGIAN RASAH

Penyumbang
Faizal Sanusi
Sharifah Shahida Syed Kamaruzaman
Syamsul Iskandar Md Akin
Erahanem Md Zaki
Saiful Izham Ramli
(yang terdiri dari exco Angkatan Muda Pusat)

Pasukan – pasukan yang menyertai
dengan penuh semangat kesukanan

Penaja – penaja
Pihak pengurusan e – Stadium,Port Dickson
Pusat Aktivis Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia
Norizam Yassin
Pengurusan Football Indoor Centre,Seremban
Dan semua penyumbang secara langsung
mahupun tidak langsung yang tidak sempat
dicatat dalam menjayakan fiesta ini.

SPECIAL THANX TO ERA HANEM, AMIR, AZIZI DAN ALL AMNS

No comments:

Post a Comment