Saturday, November 12, 2016

Konvensyen Pakatan harapan hanya ‘premature ejaculation’

Catatan Umum

12 November 2016

1. Hari ini sepatutnya akan tercatat gabungan kuat dan bersejarah mengikat satu gabungan pembangkang paling kuat bagi mendepani Barisan Nasional namun semua itu gagal terlaksanan apabila dua parti serpihan Umno yang terhasil kerana kegagalan kelompok yang dikepalai Mahathir menyingkirkan Najib Razak, dimana kumpulan ini tidak mahu menandatangani satu dokumen yang dikenali sebagai perjanjian Pakatan Harapan sebagai kemuncak dalam Konvensyen Pakatan Harapan.

2. Muhyiddin dengan jelas menolak parti bunga raya pimpinan Mahathir untuk menandatangani dokumen tersebut maka yang menjadi menjadi lucunya kerana penolakan Muhyidin itu maka Konvensyen kali ini tidak mengeluarkan dokumen perjanjian PH sebagai aku janji kepada rakyat. Hanya resolusi konvcensyen sahaja dilakarkan. Nampaknya begitulah besarnya kebergantungan pemimpin PH kepada parti mahathir walaupun parti kecil itu tidak dipedulikan oleh rakyat pun. Dalam keadaan rakyat sedia berubah namun pemimpin pembangkang sendiri gagal bersedia malah bergantung dengan diktator yang selama ini dikecam.

3. Shafie dan parti perahunya dari Sabah menang dijangka tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan PH kerana parti ini akan fokus isu Sabah dan akan melumpuhkan semua parti pembangkang lain dengan serangan ia parti semenanjung. Inilah peranan Shafie yang berjanji dengan Najib untuk meneruskan survival politiknya dan syarat dia tak diganggu SPRM dan seumpamanya.

4. Walaupun parti bunga raya masih tidak menyertai PH namun Mahathir diberi ruang memberikan ucap tama. Ucapan Mahathir yang mengatakan dia anti DAP tetapi dia sanggup ketepikan kerana mahu Najib jatuh seharusnya menyedarkan rakyat betapa mereka kini hanya obses kuasa dengan mengenepikan prinsip. Ada Mahathir kata selama ini dia salah kerana anti DAP ? Ada Mahathir akui dosanya zalim, melanun wang negara dan menghancurkan sistem ? Mahathir dan kumpulan koruptor itu masih sama cuma sedang kudakan pembangkang untuk singkir Najib bagi menempatkan orang - orang mereka berkuasa. Dia masih anti DAP namun ketepi sikap itu hanya untuk singkir Najib. Soalnya jika Najib tak ada lagi nanti apa jadi ?

5. Soal Pas sekali lagi mencelarukan semuanya. Parti Bunga Raya minta semua tunggu maka semua terpaksa tunggu Pas, yang kuat membawa isu dedak Najib termasuk Pas dibayar Najib ini ialah parti bunga raya tetapi kenapa tiba - tiba bila nak bentuk gabungan kuat dia pula suruh tunggu Pas ? Sampai bila ?

6. Mahathir nak bentuk pembangkang yang bersatu ? Soalnya parti bunga raya dia sendiri berlaku perebutan kuasa. Terbaru tempoh hari bagaimana watak disebalik fitnah penyingkiran Anwar pada 1998 yang menjadi pengampu Mahathir umum keluar parti bunga raya kerana kecewa tidak dilantik jawatan yang dikehendaki. Muhyiddin menolak melantik Khairuddin sebaliknya melantik penjenayah demokrasi iaitu Rashid yang pernah menjadi bapak penipu PRU ketika menjadi Pengerusi SPR sebagai naib Presiden.

7. Tidak ada polisi jelas dan jalur jelas perubahan negara yang macam mana ingin dibawa, yang ada hanya serangan dan pendedahan yang sudahpun diketahui rakyat. Bagaimana pula dengan korupnya tokoh PH seperti Azmin Ali yang bukti demi bukti terbentang. Adakah kita nak kata SPRM tak bertindak malah membersihkan Azmin bukti Azmin tidak bersalah ? Kalau itu buktinya SPRM juga membersihkan Najib, adakah Najib juga bersih ?

akhirnya semua duduk akur , Mahafiraun tua memimpin perjuangan ?
8. Selaku rakyat biasa saya tak mampu selindungkan kecewa saya. Ya, kita berdepan krisis kepimpinan dan tekanan dari regim pemerintah tetapi dengan kecelaruan dan jenayah korupsi yang ditutupi kononya cerita perjuangan amat mengecewakan. Perubahan apa kita tuju ? Adakah lari mulut harimau nak masuk mulut buaya ?

9. DAP, AMANAH, PKR seharusnya mengorak langkah membina gabungan kuat, sekutu seperti parti bunga raya, parti perahu dan lain - lain yang kuat hanyir jenayah korupsi mereka lagi diberi peluang ikut belakang. Gariskan perubahan dengan jelas dan keras. Pas sedekahkan sahaja pada Najib, singkir Pas dari Selangor tetapi semua ini tidak berlaku sebab apa ? Gagal kerana semua masih tidak yakin dan sudah letih berlawan. Semua pihak hantar wakil berunding dengan Najib. Saya ketehui dan kenali ramai agen pemimpin pembangkang yang berunding dengan Najib. 

10. Contohnya Itu sebab Azmin terus dilindungi tak terusik SPRM , dia berunding... kerana itu ketika semua kerusi pemimpim pembangkang terjejas kerana rombakan SPR kali ini namun Bukit Antarabangsa makin mengukuh bukan Bn. Semua berunding dengan Najib kecuali DAP, kerana itu hanya kerana kes lemah dan direkayasa Lim Guan Eng diseret untuk ditumbangkan melalui Mahkamah yang tidak bebas. Maaf saya katakan hanya DAP dan PSM sahaja hingga kini tidak berunding dengan Najib secara parti atau secara individu oleh pimpinan utama mereka.

catatan oleh ; che'GuBard, SAMM

nota kaki : SAMM telah mengeluarkan dokumen tuntutan negara perubahan sebagai panduan asas negara perubahan bagaimana yang hendak dituju, klik sini http://www.anwarismail.com/wp-content/uploads/2016/06/jalur.pdf

jemput tonton video di FB Peguam Anwar Ibrahim mengenai Mahathir https://www.facebook.com/sankara.nair/videos/10154831443285967/

5 comments:

  1. Anonymous7:00 AM

    Bard....
    Suara hang sama je macam suara aku.
    Tak sapa nak dengar.

    ReplyDelete
  2. Bad is bad10:57 AM

    Bard. sejak hang syok sendiri nih.. hang dah takda value dah.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:48 PM

    Bard ...kau tau ke makna pre mature ejaculation ni. Kau cikgu sekolah tadika. Takut kau tak tau. Kau tak kena jemput jadi jgnlah merajuk lak sampai cakap london

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:39 AM

    kita amik dia utk memudahkan perjuangan, bukan utk memimpin perjuangan. hg benci dia sbb apa yg dia dah buat kat anwar...tapi anwar sendiri dah baik dgn dia...camna tu?

    ReplyDelete