hanya beza tak sampai 4 bulan sungai di belantara Gua Musang musnah sepenuhnya kerana pembalakan
Catatan Umum oleh che'GuBard SAMM
4 November 2016
1. Pada 28 dan 29 Oktober yang lepas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah bersama dengan Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA) Malaysia telah berkonvoi memasuki belantara Gua Musang dan singgah ke perkampungan orang asli di Pos Bering, Pos Balah dan bersama di Blockade (sekatan) yang dibina orang asli di Polaro dan Bihai. Konvoi diuruskan sepenuhnya oleh PEKA Malaysia dan diketuai sendiri oleh Presidennya, Kol Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil. Bagi pihak SAMM che'GuBard bersama beberapa komrad SAMM antaranya Makio, Nazrul Aznan, Azif, Aqub, Khidzir dan beberapa yang lain. Konvoi sebesar hampir 50 orang ini turut disertai pihak media RTM1 , Berita Harian, The News Straits Times Press, Kosmo! The Star Online, Harian Metro and BERNAMA. SAMM turut membawa kira -kira 800kg bantuan makanan asas untuk diagihkan selain bantuan makanan dalam jumlah besar dibawa oleh PEKA.
|
menyampaikan sumbangan orang ramai kepada orang asli |
2. Dalam isu pembalakan di Kelantan ini SAMM telah munculkan semenjak tahun lepas lagi namun semuanya disapu dibawah karpet sahaja. Pendedahan lengkap dokumen dibuat, bukan sahaja laporan SPRM malah beberapa dokumen utama turut dicetak edar dan cabaran kepada Kerajaan Negeri Kelantan atau pemimpin PAS Kelantan yang disebut dalam pendedahan dicabar untuk saman ke mahkamah jika pendedahan itu fitnah, namun semua membisu. Pertengahan tahun ini isu ini meletup kembali apabila orang asli sekitar Gua Musang telah menutup jalan keluar masuk dan menghalang semua aktiviti membawa keluar kayu balak. Usaha mereka ini demi menyelamatkan persekitaran kehidupan mereka yang hancur akibat pembalakan yang tidak terkawal.
3. Hasilnya pembalak gagal membawa keluar balak. Di dalam hutan kami menyaksikan sendiri balak bernilai puluhan juta tersadai di beberapa tempat pengumpulan. Ini menyebabkan syarikat balak marah kerana kononya mereka rugi,syarikat balak sudah tentu menekan pemimpin yang mereka kawtim. Bukanlah rahsia bahawa balak ini berhubung kait rapat dengan dana politik. Sebagai tindak balas maka Jabatan Perhutanan Kelantan digerakkan untuk membuat sekatan sebelum sekatan yang orang asli dirikan. Memang ada undang - undang di mana sesiapa nak memasuki Hutan perlu meminta kebenaran Jabatan Hutan dan ada bayaran tunai untuk tiap kebenaran yang diberikan. namun undang - undang ini sangat jarang dikuat kuasakan namun untuk membalas sekatan orang asal maka undang - undang ini dikuat kuasa dengan ketat di Gua Musang.
|
kesombongan dan keangkuhan pembalak |
4. Hutan musnah, hasil hutan turut hilang termasuk haiwan liar lari. Maka orang asli hanya bergantung kepada kebun mereka semata - mata, antara tanaman porpular ialah pisang. Orang Asli membuka kebun pisang tanpa menggunakan jentera bagi melapangkan hutan, mereka menanam dengan cara tradisional tanparacun dengan baca organik. Selama ini peraih masuk ke perkampungan orang asli untuk membeli hasil kebun mereka dan kemudian ada pula yang masuk menjual makanan lain kepada mereka. Duit hasil jual pertanian dapat beli makanan lain khususnya makanan berkhasiat untuk kanak - kanak. Namun selepas dari sekatan Jabatan Perhutanan Kelantan maka peraih gagal masuk membeli hasil kebun, orang asli tiada wang dan penjual yang menjual barang runcit harian juga tidak dapat masuk ke perkampungan orang asli. Keadaan sangat teruk, khususnya kanak - kanak sangat terkesan.
Nota : Di Kelantan kini diperkenalkan teknik membalak TLC dimana alasan membalak cuba dihalalkan dengan alasan membuka ladang. Ladang sawit dikelirukan sebagai hutan juga. Lepas ni semua hutan simpan akhirnya ialah ladang sawit.
5. Itulah realiti kerajaan yang konon dicanang sebagai kerajaan Islam, demi kepentingan pembalak yang sudah dikawtim orang asal yang mempertahankan persekitaran kehidupan diseksa. Apa yang peliknya ialah Jabatan Perhutanan ialah agensi Kerajaan Pusat boleh bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan negeri PAS demi menyiksa rakyat mempertahankan kepentingan kapitalis pembalak.
6. Pengalaman dua hari bersama orang asli banyak cerita yang mengejutkan. Tahukah kita tiap tahun peruntukan tinggi diumum melalui belanjawan untuk orang asal hanya 'wayang'. Dari segi pendidikan tahukah kita sekolah anak orang asli cuma beroperasi 3 hari seminggu dan kebanyakan anak orang asli diklasifikasikan sebagai OKU konon mengalami masalah lembab pembelajaran. Sedangkan saya sendiri berjumpa dengan seorang anak orang asal yang mendapat kad OKU tetapi bila dia dibawa ke Hospital Universiti, Petaling Jaya, doktor mengesahkan ia kanak - kanak normal. Ada seorang anak orang asal yang mendapat pencapaian agak cemerlang gagal lenajut pelajaran kerana tidak mampu dan Jabatan Pembangunan Orang Asli (JAKOA) tidak mahu membantu. Ini satu pengkhianatan jelas, mereka kelihatan seperti mahu orang asli kekal tidak berpendidikan agar mudah agensi kerajaan, ahli politik dan kapitalis kaya menginjak dan memperbodoh mereka.
7. Maka tidak pelik kes korupsi libat balak Kelantan SPRM diamkan kerana ia melibatkan kepentingan pemodal kaya dan rangkaian rompakan dan pembodohan rakyat yang panjang. Bn dan pembangkang mungkin bermusuh tetapi titip pertemuan mereka ialah kepentingan pemodal besar. Contoh jelas ketika membawa isu Paya Indah di Selangor, media regim memberikan liputan penuh tetapi apabila nama GAMUDA disebut sebagai syarikat pemaju yang diberi hak menjahanamkan khazanah alam maka media regim tidak lagi memberikan laluan malah sahutan dari Umno juga tidak kedengaran.
Kepada semua, merubah negara atau 'menyelamatkan Malaysia' bukan sekadar melawan watak Najib semata tetapi yang harus kita lawan ialah sistem kapitalis yang menindas rakyat. Musuh kita ialah ahli politik korup yang diperkuda pemodal besar.
"Ayuh kita bina negara milik semua dengan kemanusiaan sebagai tiang serinya..."
Sampai bila kita nak diperbodohkan dengan perebutan sesama 'bangsawan elit politik' Malaysia, mereka menyamun bergaduh mereka seret rakyat kononya merekalah pejuang. Pulangkan harta rakyat yang dirompak mari duduk sama rendah kalau berani lawan bersama. Pembaharuan bukan setakat tukar seorang individu atau nama parti penguasa tetapi sistem yang menindas dan menyeret semua perompak kecil dan besar ke pengadilan. Angin perubahan itu sangat kuat cuma kena lebih berhati hati dan bijaksana, jangan nanti lari dari mulut harimau masuk mulut buaya.
Alhamdulillah SAMM sudah membuka sel dikelompok orang asal di Gua Musang. Dalam masa terdekat kami akan masuk dan mula memuka kelas pendidikan politik di belantara Gua Musang. Mereka akan terus lawan !
Kepada dermawan yang sudi menyumbang makanan asas tempoh hari amat dihargai dan insyaAllah dalam masa terdekat kami ke sana mohonlah sumbang lagi. Senyuman anak orang asli minum susu berkhasiat yang dikirimkan tiada harga untuk dibeli.
Pelik pulak bila pembalakan di kelantan, dikaitkan dengan kerajaan islam. Pembalakan kat penang yang menyebabkan banjir haritu samm taknak kaitak dengan kerajaan dap ke?
ReplyDeleteBaru follow pembalakan kelantan setahun lepas.. patutlah