10.30 pagi ini satu Sidang Media Khas Ketua Bahagian keADILan Rembau telah dipanggil di Pejabat Perhubungan keADILan Negeri Sembilan.
Turut hadir dalam siding media tersebut ialah Cikgu Razak (Timbalan Ketua Bahagian), Azizi A.Aziz (Setiausaha Bahagian), Sdr. Zahirul (Ketua AMK Rembau), Sdr. Amirudin Hamzah (Ketua AMK Teluk Kemang) dan Sdr. Yusof Tapa (Penyelaras keADILan DUN Kota) serta beberapa lagi A.J.K bahagain Rembau.
Sidang media ini dipanggil khas untuk mengenengahkan tiga isu iaitu isu banjir kilat,isu pimpinan Umno Kota menghalang bantuan warga emas miskin dan isu fitnah pembelian ahli Parlimen oleh YB Datuk Hassan Malek.
Isu Banjir Kilat
Bukan kali pertama beberapa kawasan di dalam daerah Seremban dan beberapa kawasan sekitar mengalami banjir kilat. Bukan sedikit aduan yang sudah dibuat berkenaanya. Cuma pada 19 Okober yang lalu banjir lebih buruk dan paras air naik dengan cepat. Contohnya di Taman Tunku Jaafar, air naik hingga melebihi paras pinggang dalam masa tak kurang dari 25 minit. Oleh kerana paras air naik terlalu cepat, mangsa banjir hamper tidak sempat menyelamatkan apa – apa. Beberapa rumah yang dilawati merekodkan hamper keseluruhan alat eletrik rosak.
keADILan Rembau turut terbabit menurunkan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Malah kami turut sama mengedarkan serba sedikit sumbangan kepada mangsa terlibat. Oleh kerana sumber yang terhad maka sudah tentu sumbangan kami terhad dan tidak menyeluruh. keADILan merakamkan simpati kepada mangsa.
Mesti ada pihak yang mengambil tanggungjawab. Sememangnya ia bencana alam tetapi ia merupakan bencana alam yang terjadi ekoran perancangan Bandar yang ‘salah’ atau ‘cuai’. Selepas beberapa kali banjir kilat berlaku seolah tidak ada tindakan serius diambil. Limpahan air yang banyak tidak mampu diruskan dengan baik. Keadaan ini lebih parah apabila seperti tidak ada kawalan terhadap aktiviti berhampiran tebing sungai seperti perlombongan pasir dan pembangunan. Kerajaan Negeri khususnya kerajaan tempatan seharusnya mengambil tanggungjawab penuh. Pampasan yang sewajarnya harus diberikan kepada mangsa terbabit.
Semalam YAB Menteri Besar telah mengumumkan pertuntukan segera RM8 juta untuk pelan menghadapi banjir kilat. Ia sesuatu yang harus dipuji tetapi jangan jumlah wang yang besar ini terbazir tanpa sebarang usaha serius dan dipantau sepenuh perlaksanaanya.
Sehingga pagi tadi dilaporkan Ahli Parlimen Rembau masih belum turun melawat mangsa banjir. Mungkin beliau terlalu sibuk berusaha mencukupkan kuota pencalonan dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno.
Isu Umno halang @ ganggu bantuan warga emas Miskin
keADILan Rembau telah mewujudkan Tabung Jejak Fakir yang bertujuan untuk mengumpulkan dana sumbangan orang ramai untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan. Sempena Ramadhan yang lepas keADILan Rembau telah membantu lebih 100 keluarga dengan memberikan bantuan makanan asas dan wang tunai. Ada beberapa keluarga miskin dan anak yatim juga dibawa membeli pakaian Hari Raya. Bantuan disalurkan tanpa mengira kaum dan agama, tumpuan kami ialah mereka yang benar – benar susah dan mereka yang tercicir dari tersenarai sebagai penerima bantuan.
Dalam siri jelajah mencari fakir miskin ini kami mengesan beberapa aktiviti yang kurang menyenangkan seperti bantuan zakat dan dari kerajaan disalurkan mengikut kepentingan politik. Malah ada ada antara orang ramai yang membantu kami mencari golongan miskin tegar ini diberi amaran oleh pemimpin Umno setempat.
Kami mengesan hamper 30 buah rumah atau keluarga yang memerlukan bantuan susulan. Salah satunya ialah Pak Cik Manab Rasul, 78 tahun yang tinggal seorang diri dalam pondok buruk yang hamper tidak layak di duduki. Keadaan beliau yang sangat uzur tidak mengizinkan beliau bekerja. Walaupun beliau menerima RM200 bantuan kebajikan masyarakat setiap bulan tetapi jumlah itu amat tidak mencukupi dengan kenaikan kadar harga kebelakangan ini. Ketika lawatan ‘Jejak Fakir’ sehari sebelum 1 Syawal beliau dalam keadaan demam dan uzur. Kerana tidak mampu ‘berkuat’ beliau tidak cukup tenaga mengemaskan rumahnya sendiri. Keadaanya rumahnya yang kotor, berbau dipenuhi, bumbung yang bocor menyebabkan lantai lembab kerana air hujan lebih memburukkan keadaan.
Pada 21 Oktober yang lalu seramai 21 orang sukarelawan keADILan DUN Kota telah turun bersama untuk membaiki rumah tersebut. Namun setelah memerhati dengan dekat rumah tersebut tidak mampu dibaiki lagi. Kemudian kami membuat keputusan untuk membina sebuah rumah yang lebih sesuai untuk Pak Cik Manab tinggal yang lengkap dengan bekalan elektrik, air dan mempunyai bilik air didalam. Di mana sebelum ini pondoknya tidak punya bekalan elektrik dan air serta beliau terpaksa pergi ke rumah jiran yang berjarak lebih 100 meter untuk menggunakan bilik air dan tandas.
Kami telah membuang semua yang terdapat dalam rumah Pak Cik Manab seperti pakaian, tilam dan bekas – bekas makanan. Kotor, tikus, lipas malah lipan dijumpai. Lantai kawasan tempat Pakcik Manab tidur kami robohkan dan tukar baru. Kami tinggalkan rumah Pakcik Manab hari itu dengan dalam rumah yang bertikar getah, tilam, bantal malah dengan beberapa set pakaian baru. Halaman rumahnya yang dipotong rumput dan berkemas.
Seminggu dari sekarang akan bermulalah ‘projek’ pembinaan rumah baru Pak Cik Manab yang dijangka akan menelan belanja RM2,000. Kami mengalukan sesiapa sahaja yang sudi menghulurkan bantuan tidak kira dari segi kewangan atau sumbangan bahan binaan.
Ketika kami bersama beberapa penduduk kampong sibuk bergotong royong kami dihadiri wartawan sebuah akhbar tabloid harian yang dating mengambil laporan. Selepas itu wartawan tersebut terus ke rumah ketua kampong untuk mendapatkan responya. Malangnya respon yang diperolehi amat memeranjatkan. Ketua Kampung yang juga pemimpin Umno setempat yang dikenali mengatakan beliau tahu mengenai keadaan Pakcik Manab tetapi beliau kata bantuan tidak layak disalurkan kerana Pak Cik Manab masih mampu bekerja tetapi malas.
Malah selepas itu ada ‘orang perhubungan’ Ketua Kampung datang menghantar masej kepada kami yang member amaran agar kami menghentikan apa yang dilakukan. Ketua Kampung / Umno akan selesaikan isu rumah Pak Cik Manab dalam masa seminggu. Malah ada kata – kata angkuh seperti “jangan Adil nak buat pandai pandai di kampong aku”…turut dilafazkan !
keADILan amat sedih dengan perkembangan seperti ini yang bukan kali pertama dihadapi. Menteri Besar terpaksa membazirkan wang rakyat dengan melantik pegawai khas mengenal pasti orang miskin dalam negeri ini tetapi malangnya usaha membantu golongan miskin tegar dihalang.
Menteri Besar yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Rembau seharusnya menyatakan pendirian dalam isu ini. Ini bukan kali pertama. Saya juga pernah melaporkan dalam blog saya http://chegubard.blogspot.com bagaimana ADUN Chembong sendiri juga turut berusaha menghalang usaha kami membantu golongan miskin di Chembong.
Pada 26 Oktober ini jam 8.30 malam di kampong Bitongan, Rembau akan diadakan Majlis Jamuan dan ceramah perdana raya. YB Azmin Ali akan hadir dan dalam majlis tersebut juga akan dilancarkan program bersih dan baiki rumah warga emas miskin Rembau. Semua dijemput hadir.
sila klik tajuk bawah untuk baca posting lain berkenaan isu Umno halang bantu orang miskin.
Isu fitnah pembelian ahli Parlimen oleh YB Datuk Hassan Malek.
17 Okober 2008 yang lalu Saudara Mizan seorang ahli biasa keADILan Bahagian Kuala Pilah telah ditahan oleh BPR di (tempat kerjanya) sebuah syarikat kewangan di Kuala Pilah. Beliau telah dibawa ke BPR Seremban untuk disoal siasat.
Berikutan peristiwa ini beliau menghadapi ‘tekanan’ di tempat kerja dan muncul persepsi buruk terhadap beliau. Peristiwa ini berlaku kerana laporan fitnah yang dibuat oleh Datuk Hasan Malek, Ahli Parlimen Kuala Pilah yang menuduh beliau dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk membeli ahli parlimen tersebut. Malah Datuk Hasan Malek menggunakan media menghebahkan ‘fitnah’ kononya beliau ditawarkan sejumlah wang yang besar dan jawatan menteri kanan jika bersetuju ‘melompat’ ke menyokong Anwar Ibrahim.
Saudara Mizan dan keADILan Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai fitnah tersebut.Malangnya kenyataan Sudara Mizan dan keADILan Kuala Pilah tidak berani dijawab oleh Hasan Malek. Selepas berbincang dengan kepimpinan keADILan, maka hari ini (bertarikh 22 Oktober) satu surat telah dihantar kepada Hasan Malek untuk beliau membuat kenyataan terbuka menjelaskan perkara tersebut dan menarik balik fitnahnya atau beliau akan berdepan dengan surat dari peguam untuk memulakan prosedur tindakan undang – undang.
Sebenarnya tindakan Hasan Malek ini sendiri telah menjadi cerita lawak dikalangan penduduk setempat yang turut mengenali Saudara Mizan. Perkara ini mungkin muncul kerana harapan Hasan Malek yang ingin duduk dibawah ‘lampu limpah’ demi menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan dia sebagai Menteri Besar yang baru apabila Najib menjadi Perdana Menteri. Ini bukanlah lagi rahsia kerana Hasan sendiri sudah bercakap lepas ditempat terbuka menyatakan beliau mungkin berpotensi tinggi terpilih menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang kononya orang pak lah.
Cuma bagi keADILan jangan kerana persaingan politik dalaman dan angan – angan politik peribadi yang besar ahli parlimen Kuala Pilah ini sanggup menyebarkan berita fitnah yang memangsakan ahli keADILan. Selaku ahli Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan saya serius mendesak penjelasan terbuka Datuk Hassan Malek atau prosedur tindakan undang undang akan dimulakan.
Pada 25 oktober 2005, 8.30 malam di Restoran Sabar Menanti, Taman Widuri Indah, Senawang akan didakan Majlis Jamuan Raya dan penyampaian cek bantuan. Dalam majlis tersebut saudara Mizan akan hadir dan akan berceramah menyampaikan pengalaman beliau ditahan BPR dan mendedahkan cerita sebenar apa yang berlaku berkenaan fitnah keADILan cuba beli Hassan Malek.

salam perjuangan,
ReplyDeletesaya betul2 tak menyangka yang adun chembong, Yb Zaiful sangggup menghalang kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Keadilan. sungguh sempit pemikiran dia, adakah salah membantu orang susah?? memang betullah perjuangan umno selama ini hanya untuk kepentingan peribadi. saya kenal dia sebelum dia jadi YB lagi. sekarang barulah tahu apa yang dia kejar selama ini... betul2 tak sangka. begitu cepat manusia berubah.. perkara yang baikpun dia tak suka...dangkal sungguh...
syg saya x dpt pegi tolong..saya keje time tu...sori chegu... :( kalo x dpt gak tlg sapu2 umh pakcik tu..chegu mesin rumput x???hehehehe...s/u AMK
ReplyDeleteRupa-rupanya, ini Saiful Bukhari! *
ReplyDeleteBlog PanassOLEH: Sdri. Ainis Azreen
BONGKAR!!! -Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari.
Nuffnang Ads
Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).
Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN.
Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya.
Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional?
Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar.
Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia.
Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa?
Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Pautan lain:Penafian DSAI | Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat | PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
Pembongkaran Berita Terkini Saiful Bukhari Di Pahang Daily
ReplyDeletenjv,bn
Pembongkaran Berita Terkini Saiful Bukhari
Eksklusif: Panas dan Sensasi, Pembongkaran Berita Terkini Saiful Bukhari Di Pahang Daily !!
Pendedahan terkini mengenai “mangsa liwat” Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari akan kami bongkarkan dalam masa terdekat ini. Maklumat sudah diterima dan dikumpulkan dari saudara mara, rakan-rakan serta mereka yang rapat dengan anak muda itu. Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang “Bapa Saiful Buat Urusan Beli Hartanah Jutaan Ringgit Di Janda Baik Bentong” dan juga “Saiful Ditimpa Bala Akibat Sakit Kelamin, Anunya Bernanah Dan Beliau Sukar Buang Air Kecil”. Berita terkini akan kami dedahkan kepada umum selepas ini. Banyak desakan daripada ramai pihak agar kami menjejaki Saiful. Mujurlah pegawai perisik kami berjaya mendapatkan maklumat terkini untuk dipaparkan. Teruskan bersama kami di Pahang Daily untuk berita panas “Penyakit Saiful Semakin Serius” dan “Rekod Panggilan Dikenalpasti, Saiful Dipercayai Telah Berhubung Dengan Mindef Sejak Bulan Februari”. Justeru itu teruskan sokongan anda untuk setia bersama kami.
[Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkerjasama memberi maklumat terkini Saiful untuk didedahkan kepada umum ini. Semoga dengan ini dapat memberi gambaran sebenar kepada rakyat tentang manusia "durjana" Saiful Bukhari ini serta betapa kes liwat Anwar adalah satu konspirasi jahat untuk menamatkan karier politiknya]
http://pahangdaily.blogspot.com
kalaulah semua ketua bahagian serius macam cikgu nie... ranap Umno... nie yang takdok kerusi dalam bahagian tu ..tetapi ado tu yang monang tapi kawasan tak bejago
ReplyDeleteSaiful nie dah jumpa dengan Jalil tauke bangunan yang disewa PKR rembau untuk halau PKR dari bangunan tersebut...
ReplyDeletetahniah cikgu....
ReplyDeletesaye nk bercakap ttg perjuangan mmg la saye x reti..tp satu je yg saye ttp kn dlm hati,JIWA SAYE X MAMPU DIBELI DGN DUIT.mane x nye,duduk tepi jln tunjuk muke utk BN pn dh dpt duit.berjuang ke namenye tu??????untuk sahabat2 saye yg lain yg bergolok gadai menyokong BN,LU PIKIR LA SNDRI!BN yg dulu je bagus,zaman mak abh kite..yg skrg HAMPEHHHHHHH!
ReplyDelete