Sunday, September 28, 2008

Terus sampaikan bantuan walaupun diugut dan diganggu

Nampaknya Umno tidak pernah mahu berubah, malah makin parah kejahatanya ! Bermula sebulan lalu YB ADUN umno Chembong telah menghubungi pemilik rumah kedai tempat keADILan Rembau menyewa ruang Pusat Khidmat Rakyat. Beliau melahirkan rasa kurang senang kepada pemilik rumah kedai tersebut kerana menyewakan kepada keADILan. Malah ada orang Umno Rembau yang menawarkan kepada pemilik rumah kedai tersebut bayaran yang lebih tinggi dari apa yang kami bayar asalkan Pusat Khidmat Rakyat tersebut boleh ditutup.

Tidak tahan dengan perbagai aktiviti yang mendapat liputan akhbar harian tempatan ada ahli politik setempat juga telah menghubungi beberapa wartawan akbar tersebut untuk memberikan 'amaran lembut' agar jangan beri ruang sangat kepada kami.

Alhamdunillah bulan Ramadhan ini keADILan Rembau melalui Tabung Jejak Fakir berjaya mengumpulkan beberapa ribu wang derma dan zakat untuk kami agihkan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan. Sememangnya di Rembau sendiri banyak golongan yang memerlukan. Tabung Jejak Fakir juga telah membantu bukan sahaja di Rembau tetapi hampir seluruh Negeri Sembilan malah sehingga ke golongan miskin di Utara Semenanjung, Gelang Patah, Johor dan bantuan juga teragih sampai ke Sarawak.

Ini mungkin sedikit merimaskan Umno Rembau. Rumah Anak Yatim yang kami salurkan sedikit bantuan dihubungi oleh ADUN Chembong bertanyakan 'Kenapa bekerjasama dan terima bantuan keADILan?'..... Beberapa teman wanita Umno yang turut membantu kami mengesan golongan miskin, anak yatim dan warga emas juga turut menerima padah apabila diberi amaran dan mula disisihkan oleh Umno.

Alangkah buruknya cara berpolitik sebegini...?

Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan terpaksa mengumumkan akan melantik Pegawai Khas di setiap Daerah untuk mengenal pasti golongan miskin. Ini juga pembaziran kenapa perlu di bazirkan wang rakyat untuk membayar gaji dan pencen lantikan pegawai yang tidak perlu. Masalahnya bukan mengesan tetapi agihan bantuan secara pilih bulu dan ketirisan dalam agihan.

Contohnya Abdullah Badawi, Perdana Menteri datang ke Negeri Sembilan sampaikan cek agihan zakat yang dikutip Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kepada semua wakil rakyat BN sahaja. Dilaporkan media gambar ADUN KOTA, Rembau menerima replika cek sebesar pintu bernilai lebih RM100,000. Malangnya bagaimana dengan fakir miskin yang turut berada dalam DUN yang diwakili PAKATAN seperti Paroi, Ampangan ataupun Sikamat ? Hari ini sekali lagi SINAR HARIAN melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan berbuka puasa di Kota bersama 500 orang dan menyampaikan lagi wang zakat kepada ADUN KOTA dengan jumlah wang lebih RM166,000. Ini sudah melampau.... acara yang dipenuhi bendera Umno ambil wang zakat yang dibayar kepada kerajaan Negeri.

Pengarah Majlis Agama ataupun Mufti Negeri Sembilan perlu menjelaskan perkara ini, jika tidak che'GuBard menyeru supaya umat Islam di Negeri Sembilan memboikot dari membayar zakat di Negeri Sembilan. Wang zakat juga terguna untuk anjur program Umno...?

Pembayar zakat atas nama Kerajaan bukan Umno...yang bayar zakat juga ada bukan penyokong Umno.... Ada persoalan cheGuBard juga guna lambang parti.... jawapanya ialah cheGuBard terang terang kumpulkan wang sedekah, derma dan zakat dari teman - teman atas nama parti...malah ada penyumbang yang minta resit kami beri resit parti... tetapi di Majlis Agama mereka tidak berani beri resit Umno.

Walaupun apa ugutan dan tekanan yang diberikan InsyaAllah kami tidak akan gentar cuma sedikit kesian dengan teman dari Umno ada yang ikhlas bantu kesan golongan memerlukan yang tidak dibantu Umno (kerana tak glamor mungkin) telah diberikan tekanan.

Hari ini seawal jam 10 pagi, telah menjelajah sekitar DUN Chembong naik ke rumah golongan yang memerlukan ini. Ada yang menitiskan air mata kerana terharu dengan kehadiran kami...








8 comments:

  1. Anonymous7:01 PM

    mana cikgu bad nie dpt RM yo...? cam banyak jo rm dio tu.... sedangkan dia ni bukan wakil rakyat.... YB pun tak terbuek cam dio ni

    ReplyDelete
  2. teruskan usaha memenangi hati rakyat agar suatu hari nanti rakyat akan bersama kita. SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
  3. assalamualikum chegu bard..
    biasa la sikap orang UMNO..bila bagi bantuan hanya untuk publisiti..ingat pesan tuan guru chegu bard.."jgn dicampur yang hak dan yang batil"kita orang-orang keadilan perlu terus bekerja walaupun tanpa publisiti..biarkan mereka dgn tindakan bodoh mereka mengamalkan politik rimba..

    ReplyDelete
  4. terus-terang cakap, gaya cikgu mmg mengalahkan wakil rakyat! syabas!

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:58 AM

    Teruskan usaha murni Cikgu Bard! I really salute your commitment and contribution to the poor and the needy. May Allah bless you always!

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:10 PM

    Apa hak en badrul menyeru org jangan byr zakat ditempat dimana kita mencari rezeki??! Hati2 bicara cikgu. Didlm kita bersemangat, hukum agama jangan di lecehkan.

    Alangkah indahnya cikgu menghulurkan bantuan dgn penuh ikhlas tanpa memburukkan pihak lain.

    Boleh cikgu berikan bukti2 pemberian zakat berdasarkan kpd kepartian? Bukankah Baitul mal mempunyai senarai2 org yang layak terima zakat? Kalau betul ada nama tercicir, kenapa cikgu tak serahkan nama2 tersebut ke baitul mal dan pastikan nama2 tersebut menerima zakat? Kan itu lebih mulia drpd melemparkan penghinaan dan kutukan?

    Sebagai professional muda, saya dan kawan2 semakin memikirkan kembali sokongan saya kpd PR terutamanya perasaan org2 melayu semakin terpinggir dek menjaga hati kwn2 kita yg berbangsa lain.

    Malah.. perkara ini diakui sendiri oleh YB iskandar exco selangor.

    ReplyDelete
  7. cayolah ckg bad. teruskan. tak yah jadi yb pun kita boleh berkhidmat. org umno kita anggap mcm langau ajelah.... amik penyapu sosah yo diorang ni.

    ReplyDelete
  8. cayalah ckg bad. tak yah jadi yb pun kita masih boleh berkhidmat. org umno ni kita anggap mcm langau ajo... ambik penyapo sosah....

    ReplyDelete