Monday, October 06, 2008

Kemunculan pertama Petra sejak ditahan ISA

Pagi tadi Raja Petra muncul buat kali pertamanya di khalayak awam sejak ditahan ISA baru - baru ini. Kemunculan dalam suasana Aidilfitri masih terasa ini telah berjaya mengumpulkan ramai yang terdiri dari teman blogger, pemimpin PAKATAN dan penyokong-penyokong. Ketika che'GuBard tiba di perkarangan Mahkamah jam 9.10 pagi kira kira 200 orang memenuhi kamar mahkamah dan sekitar luar kawasan mahkamah.

Tahanan kata zalim - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Raja Petra Kamarudin 'diseret' ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi menghadapi perbicaraan kes hasutan.

Pengendali blog terkenal Malaysia Today tiba dari kem tahanan Kamunting, Taiping jam 8.30 pagi.

Beliau yang mengenakan baju biru berkolar putih tiba dalam sebuah kenderaan polis.


Beberapa penyokong beliau hadir di mahkamah. Turut kelihatan di kawasan mahkamah beberapa pemimpin pembangkang yang diketuai tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Perbicaraan itu yang dijadual selama seminggu berhubung artikelnya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya itu pada 25 April lepas.


Raja Petra, yang juga popular disebut RPK, didakwa 6 Mei lalu.


Beliau mulai menjalani tahanan ISA selama dua tahun di kem itu sejak 22 September.


gambar dari Nikon D8O milik 'BLACK' yang dihantar melalui email. Gambar dirakam di tepi mahkamah ketika menunggu Petra dibawa keluar mahkamah. Saudara Bala, Pengerusi Lembaga Penasihat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah memberikan t-shirt Free RPK yang cantik untuk dipakai.



3 comments:

  1. hdup raja petra
    link http://keretatauhu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. bebaskan raja petra

    ReplyDelete
  3. Hamidun3:28 PM

    cikgu ...ese jumpo dan salam ko .... yang salam dan cakap apo khabar orang kampung.....maso nak balik tu

    ReplyDelete