Wednesday, October 15, 2008

Khairy diboo di Setiawangsa dan Kubu Khir robek


Khir tewas di kubunya...........

Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato Seri Dr Muhd Khir Toyo yang menggunakan sentimen `kempen untuk anak tempatan’ mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian Pemuda Umno yang menjadi 'kubu' kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat.


Antara kubu kuat beliau, Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Muhamad, Datuk Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut pada 5 Oktober lepas. sila klik untuk membaca lanjut

Khairy di'boo' oleh perwakilan Setiawangsa

Calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dan jentera kempen dikatakan menghadapi tekanan apabila beliau masih belum melepasi kouta pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.

Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di boo beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC pada 4 Oktober lalu.


Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit. sila klik untuk membaca lanjut


KuLi kena getah sekali lagi dengan Dr. M

Seperti yang cheGuBard telah banyak kali ulas dalam ceramah terbuka. Kemasukan Dr.M dalam Umno semula ialah kerana ketakutan dengan kemungkinan PAKATAN menubuhkan kerajaan dan Anwar menjadi PM. Dr. M sebenarnya telah mengetahui beberapa nama MP yang 'rapat' dgn Anwar dan berpotensi sebahagian dari pasukan yang bakal menyeberang. Satu isu yang mungkin boleh dipermainkan sedikit lagi ialah isu Melayu. Rapatnya KuLi dengan beberapa pemimpin pakatan dan betapa KuLi yang berpengalaman ini tersisih dalam Umno telah memberikan sedikit 'amaran' kemungkinan KuLi akan menyeberang bersama segerombolan pemimpin Melayu ke dalam PAKATAN. Ini akan memadamkan terus isu komposisi Melayu dalam kerajaan baru.

Kerana takutkan perkara ini berlaku Dr. M yang telah berpatah arang dengan Umno telah setuju menjilat ludahnya semula masuk dengan kononya menyokong 'pack' KuLi & Muhiyuddin Yassin. Ramai terkejut juga dengan perkembangan tersebut, tetapi bagi che'GuBard kemasukan Dr. M bukan kerana nak sokong KuLi tetapi nak jarakkan KuLi dengan PAKATAN dengan menggula gulakan KuLi kononya Dr. M sokong dia kali ini. Serentak dengan itu KuLi nyatakan dengan tegas bahawa beliau tetap akan bersama Umno walau apa pun jadi.

Ternyata Dr. M sekali lagi berjaya mainkan KuLi. KuLi mungkin akan terus hanyut.... Hujung minggu lepas di sebuah Rumah Terbuka Aidilfitri pemimpim Umno di Ukay Perdana Dr. Mahathir telah duduk semeja dengan Najib dan Muhiyuddin. Berdasarkan pemberi maklumat Dr. M dah nyatakan sokongan terbuka kepada dua calon Presiden dan Timbalan Presiden ini.... nampaknya KuLi kena lagi...

4 comments:

  1. Anonymous4:21 PM

    Orang tak berapa cerdik (Ku Li) memang slalu kena...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:23 PM

    salam........ satu analisis yang cukup baik....

    im with u sir... !!

    ReplyDelete
  3. Chegubard,
    Bukan saja kuli yg kena,malah Pak Lah juga terkena dgn permainan Mahathir,Najib n Muhiydin.Pak Lah telah terkena juga..mereka2 ini dah mmg tak nak Pak Lah,UMNO gila kuasa,Najib n Muhyidin memang org2 Mahathir dari dulu.Pak Lah jadi mangkuk hanyut terlalu percaya sgt pd mereka2 yg nak jahanamkan Pak Lah,elok sgt lah Pak Lah terkena,nasib dia......Apa-apa pun Pak Lah n kroni2nya sudah jadi kaya raya,letak jawatan pun dah bahagia,duit dah berkoyan-koyan,anak menantu rosakkan subsidi untuk rakyat n masukkan subsidi rakyat ke dlm perut2 anak menantu.....Bodo nya...pak lah....

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:53 AM

    BAWALAH MENCGUCAP BANYAK2 JANG.
    DEN TAU KAU NI CERDIK BELAJAR JE,
    UNTUK HIDUP KAU GAGAL JANG.

    ReplyDelete